Pembaca Blog Ini...

Monday, June 17, 2013

Cerita Saya Tentang Nasi Lemak

Nasi lemak… Sedap, kan? Ini antara makanan kegemaran saya ni. Sejak dulu. Sejak zaman kurus berat badan 50kg sampailah sekarang. Sedapnya… Ahli keluarga saya semua suka makan nasi lemak kecuali Imah ngan Icah kot sebab jaga badan. Kalau nasi lemak yang emak masak, ui ui ui.. Gila babun sedapnya! Rindunya… Minggu depan balik Melaka, nak minta mak masak nasi lemak dia yang power tu.

Nasi lemak yang paling sedap bagi saya, tentulah nasi lemak masakan emak. Sambal dia… Mak ai… Takleh cakap. Meleleh….. 

Nasi lemak ni kalau bungkus dengan daun pisang lagi laaaaaaaaaaaaaa… tak terkata!

Kalau cakap fasal nasi lemak orang lain selain emak masak, paling sedap nasi lemak Cik Bedut. Dah arwah dah Cik Bedut tu. Nasi lemak dia, perghhhhhhhhhhhhhhhhhhh meleleh. Sambal kupang.. Sambal kerang… Ini zaman saya sekolah rendah dululah. Lepas pindah Serdang, tak rasa dah nasi lemak dia. Masa tu sebelum pi sekolah mesti pi ambik nasi lemak dia dulu. Nenek dah pesan awal-awal dah sehari sebelum. Nak 5 bungkus. Sebungkus 30 sen aje lah masa tu. Panas-panas…. (Meleleh……..)~ Asyik meleleh aje.

Dah lama dah tak makan nasi lemak Cik Bedut. Yelah, dia pun dah arwah dah. DIa jual nasi lemak tepi tingkap aje. Sape nak beli, jenguklah kat tingkap. Dia mesti tengah bungkus.. hehe. Sampai sekarang, kalau balik Melaka dan lalu kat tingkap rumah arwah, mesti saya akan cakap kat cik abang, “Ini lah tingkap rumah Cik Bedut yang buat nasi lemak power tu.” Pastu, cik abang pun sambung, “Ada lauk kupang, ada lauk kerang.. Tapi, sekarang dah takleh makan nasi lemak tu sebab Cik Bedut dah meninggal.” Itu dia… Baik punya perli. Hahaha.. Saya asyik duk cerita benda sama pasal nasi lemak tu sampai cik abang dah hafal dah cerita saya.. hahahhaha

Rindu! Semoga Allah memberkati roh Cik Bedut.

Kalau kat Serdang, nasi lemak paling sedap saya rasa kat gerai depan pintu pagar UPM. Bukan pintu pagar utama lah. Pintu pagar yang buka kalau hari Jumaat. Depan tasik Seri Serdang tu lah kalau siapa tahu. Takdelah sedap mana walaupun banyak lauk. Takleh lawan sambal arwah Cik Bedut.

Masa saya kerja kat BTHO, Cheras.. Ada satu gerai nasi lemak depan opis tu. Adui.. sambal paru dia bias bikin dada bergoncang! Hari-hari saya beli sebelum naik opis. Nasib baiklah kerja situ 2 minggu aje. Kalau lama, memang azab lah perut aku! Hahaha Mendera perut kot makan nasi lemak setiap hari walaupun memang sedap. Gila!

Sekarang, duduk Terengganu tak jumpa lagi nasi lemak yang sedap. Saya tak berapa suka nasi lemak sambal ikan tongkol kat sini. Rasanya lain. Tak macam nasi lemak sambal orang Melaka. Sambal dia…. Ntah… Tak tahu nak kata. Yelah, saya bukan orang Terengganu, kan? Jadi, selera tak sama. Tapi, makan jugak. Bukan tak makan. Makan juga. Kalau rasa nak makan nasi lemak tekak sendiri, masaklah kat rumah. Cik abang pulak, dia suka nasi lemak sambal ikan tu sebab dia memang dari kecik makan nasi lemak sambal tu. Tapi, dia pun takde masalah nak makan nasi lemak sambal Melaka yang ikut tekak saya tu. Takde hal.. Boleh belaka…

[Gambar selingan: Nasi Lemak Air Tangan Sendiri]

A da satu kali tu(banyak kali kot) saya kena cirit birit. Setiap kali kalau kena penyakit ni, mesti sebelum tu saya ada makan sambal nasi lemak ke atau apa-apa sambal lah. Mungkin, (emak cakap lah) dua sebab; Pertama – sambal tu sambal top up. Maksudnya, sambal semalam tak habis maka ditambah dengan sambal hari ini. Kedua – sambal tu masa ditumis tak garing. Maksudnya lada dia tak masak. Perut saya memang alergik kalau spoil bab bab sambal ni.. Kalau sambal dia molek, tak de hal...

Sarapan semalam saya makan sambal kerang + nasi putih je. Petang je terus berulang ke toilet. Sampai lah ke malam. Sampai ke pagi ni ada rasa lagi. Minum air kosong banyak-banyak nak hilangkan ‘racun’ dalam perut. Ideologi arwah Ayah lah tu. Kalau payah nak buang air besooo pun, dia kata minum air kosong 3 liter jangan makan apa-apa. =) Teringat masa saya duk Shah Alam. Saya call emak cakap saya ada masalah penghadaman. Jam jam tu ayah datang resque, bawa air mineral 6 botol. Memang menjadilah petua tu. Esok senang je membuang…

Pagi tadi, saya minum air panas. Cik abang tegur sambil gelak-gelak (perli lah kalau gitu), "Kenapa minum air panas pagi ni? Biasa pepagi dah belasah ais.." Saya pun jawab, "Sakit perut.."

Ok, itu sahajalah cerita tentang nasi lemak. Korang share lah dengan saya fasal nasi lemak yang paling power pernah korang makan.Nak tahu jugak. Orang kata nasi lemak kat coconut shake klebang tu sedap. Balik ni nak try laaaa... hahahhahaahaaa..

2 comments:

Sidratul Muntaha said...

nasi lemak mak aku jugak yg sedap
ahahaha
sbb mak aku mgm penjual nasi lemak dulu2
owh ye
aku pnh mkn nasi lemak sedap kat mtn melur klang
mmg sedap la
dulu la..
la ni bile tokey dia bersara..
anak2 buah sambung niaga..
asmbal dia and sambal sotong dia dah tak bape nka power..
gomber kata orang jawe (tawar)

~ain said...

ayu.. nasi lemak! hukhuk....
anak dia kena menuntut lagi tu.. kasi sambal dia kaw kaw punya..