Pembaca Blog Ini...

Wednesday, June 19, 2013

Makanan yang Dimasak di Rumah



Malam tadi (lepas dinner), saya cakap kat cik abang.. 


“Abang, bulan puasa ni jom kita diet nak? Tak yah makan nasi…”


Dia diam aje. Maknanya dia tak nak lah tu. Macamana nak diet, hari-hari dia request saya masak. Tengahari dah call saya. Tanya saya nak masak apa petang nanti. Kita jarang makan kat luar dah sekarang sebab bosan. Sampai tak tahu nak makan apa dah kat luar. Di samping jimat juga kalau masak ni. Beli lauk untuk seminggu dalam RM50. Belanja dapur RM100++ setiap bulan. Dah boleh makan sedap. Cuma, beli sayur dan lain bahan tambahan kalau perlu. 


Masak simple asalkan kenyang aje. Kadang-kadang tu bakar ikan je dalam pemanggang ajaib, buat air asam. Takpun sambal kicap atau budu. Perah asam limau. Ulam ulaman. Kemain bertambah makan ... Mana lah nak diet bagai. Makan selera sokmo.. 


Kalau makan luar, sekali makan dah RM20++. Belum kena nafsu serakah nak makan ikan besar lah, sotong udang tempura laaa.. Memang cecah RM50 sekali makan. Lepas tu, bosan.. bosan .. bosan..  Jadi, kita decide masaklah untuk makan malam sebab pagi-pagi memang sarapan kat kedai aje lah kalau hari kerja. Kalau hari minggu, kebiasaannya kita akan brunch aje. Bangun tidur dah tengahari….. Biasa dia tu!


Kat Instagram berlambak gambar makanan. Hahaha.. Tapi, tak delah setiap hari saya upload gambar masakan saya. Kadang-kadang lepas masak, teringat… snap lah sekeping dua. Kalau tak ingat, nasiblah. Makanan semua dah duduk dalam perut baru nak ambil gambar, memang tak delah kan.. 


 Ini ikan pasir (orang Terengganu panggil) dengan kerapu kecil. 
Dah balik lewat, lutut ketaq. 
Tapi masak jugak. Goreng ikan aje.. 
Makan dengan kicap. Pun jadi..........
Tapi, masa ni saya ada masak satu lauk Singgang ala Terengganu. 
Macam asam rebus lah tapi taruk daun kesum. Kegemaran cik abang!


Ini kari ikan. 
Kuah lebih, makan dengan roti pulak. 

Ini gulai ala Terengganu. Resepi sahabat alam siber. 
Warna tak sama macam beliau punya 
gulai walau dah guna rempah yang sama.
Rasa dah ada...
Cik abang paksa buat roti jala. hehe


Goreng ikan buat sayur lemak. 
Sayur lemak ni pun antara favourite cik abang. 
Cik abang ni food lover. Sama lah kitorang!
Apa je yang kita tak makan? Semua kita punya favourite... =)


Ini dish yang leceh sikit.
Nasi ayam. Tapi, masak laju-laju secara bergu. Cepat aje siapnya.
Apa yang penting?
Tentulah "KERJASAMA"....
kan?

Banyak lagi lauk saya selalu masak yang tak ingat nak ambil gambar.. 
Psiko hahaha
 Mee kari lah.
Ikan goreng berlada.
Sup Telur (fav dia jugak)
Sup cendawan. 
Sup sayur.
Kalau malas makan nasi, masaklah bihun ke, spageti ke...


Ikut tekak saya. 
Kadang-kadang ikut selera cik abang.
Kalau ada dia teringin, dia request lah.
Setiap kali dia minta nak makan apa-apa, saya tetiba diserang darah gemuruh.
Ubatnya, study resepi kat Internet lah. Selak buku 1 Hari 1 Resepi lah.


Kalau dia makan, dan cakap, "Sedap!" saya rasa gembira.
Kalau dia tak cakap sedap pun, tapi dia menambah makan... 
Hilang semua penat lelah. 
Ketaq dua lutut lenyap begitu saja.
Sakit tulang belulang semua sembuh.


Itulah nikmat memasak, yang takkan dapat kalau kita makan kat luar!
Agaknya sebab tu lah emak suka memasak kalau anak balik ramai-ramai.
Nak pulak kitorang adik beradik ni, dah lah makan laju macam ikan piranha.. 
=)

7 comments:

pB said...

sedap nyerrrrrrr

PUANSTOBERI said...

Btul.akak sker je tgk org yg masak kat umah esp yg keja cam kita nih. mmg la penat tp bila asben makan tu rasa cam puas hati sgt kan. akak pun suka nak masak, tp yg byknya malas. hihi. tp dok m.c kt umah ni msk je la. yg simple2 je pun.

tu akk tk bule hadam cemna la org yg langsung tak masak utk suami. rela makan kat kedai. tau tak air tgn isteri lah pengikat suami. mmg skg suami kata takpe..takpe..jgn esuk2 itu yg dijadikan alasan. huhu..

zarena heeney said...

mmg masakan isteri terbaik
betul la mkn kat rumah lg best
pg mkn kat luar
lunch mkn kat luar
jd mlm biar la kita msk sendiri jea kan

~ain said...

pB.. aik? Belum rasa dah sedap? hehehe

~ain said...

kak reen.. kan? masak simple pun ok. Bukan org lain nak makan. kita je pun. suami pun kena fahamlah kita balik kerja ketar lutut bagai. kenalah terima aje apa kita masak. jgn nak cerewet sgt.

hari minggu boleh nak minta yang susah2 sket. boleh dilayan... hahah

~ain said...

ena.. itu lah. kalau asik makan kat luar je, bosan! Nanti suami pun lari.... hahhaha

~ain said...

ena.. itu lah. kalau asik makan kat luar je, bosan! Nanti suami pun lari.... hahhaha