Nasi lemak… Sedap, kan? Ini antara
makanan kegemaran saya ni. Sejak dulu. Sejak zaman kurus berat badan 50kg sampailah
sekarang. Sedapnya… Ahli keluarga saya
semua suka makan nasi lemak kecuali Imah ngan Icah kot sebab jaga badan. Kalau
nasi lemak yang emak masak, ui ui ui.. Gila babun sedapnya! Rindunya… Minggu
depan balik Melaka, nak minta mak masak nasi lemak dia yang power tu.
Nasi lemak yang paling sedap bagi
saya, tentulah nasi lemak masakan emak. Sambal dia… Mak ai… Takleh cakap.
Meleleh…..
Nasi lemak ni kalau bungkus
dengan daun pisang lagi laaaaaaaaaaaaaa… tak terkata!
Kalau cakap fasal nasi lemak
orang lain selain emak masak, paling sedap nasi lemak Cik Bedut. Dah arwah dah
Cik Bedut tu. Nasi lemak dia, perghhhhhhhhhhhhhhhhhhh meleleh. Sambal kupang..
Sambal kerang… Ini zaman saya sekolah rendah dululah. Lepas pindah Serdang, tak
rasa dah nasi lemak dia. Masa tu sebelum pi sekolah mesti pi ambik nasi lemak
dia dulu. Nenek dah pesan awal-awal dah sehari sebelum. Nak 5 bungkus.
Sebungkus 30 sen aje lah masa tu. Panas-panas…. (Meleleh……..)~ Asyik meleleh
aje.
Dah lama dah tak makan nasi lemak
Cik Bedut. Yelah, dia pun dah arwah dah. DIa jual nasi lemak tepi tingkap aje.
Sape nak beli, jenguklah kat tingkap. Dia mesti tengah bungkus.. hehe. Sampai
sekarang, kalau balik Melaka dan lalu kat tingkap rumah arwah, mesti saya akan
cakap kat cik abang, “Ini lah tingkap rumah Cik Bedut yang buat nasi lemak
power tu.” Pastu, cik abang pun sambung, “Ada lauk kupang, ada lauk kerang.. Tapi,
sekarang dah takleh makan nasi lemak tu sebab Cik Bedut dah meninggal.” Itu dia…
Baik punya perli. Hahaha.. Saya asyik duk cerita benda sama pasal nasi lemak tu
sampai cik abang dah hafal dah cerita saya.. hahahhaha
Rindu! Semoga Allah memberkati roh Cik Bedut.
Kalau kat Serdang, nasi lemak
paling sedap saya rasa kat gerai depan pintu pagar UPM. Bukan pintu pagar utama
lah. Pintu pagar yang buka kalau hari Jumaat. Depan tasik Seri Serdang tu lah
kalau siapa tahu. Takdelah sedap mana walaupun banyak lauk. Takleh lawan sambal
arwah Cik Bedut.
Masa saya kerja kat BTHO,
Cheras.. Ada satu gerai nasi lemak depan opis tu. Adui.. sambal paru dia bias bikin
dada bergoncang! Hari-hari saya beli sebelum naik opis. Nasib baiklah kerja
situ 2 minggu aje. Kalau lama, memang azab lah perut aku! Hahaha Mendera perut
kot makan nasi lemak setiap hari walaupun memang sedap. Gila!
Sekarang, duduk Terengganu tak
jumpa lagi nasi lemak yang sedap. Saya tak berapa suka nasi lemak sambal ikan
tongkol kat sini. Rasanya lain. Tak macam nasi lemak sambal orang Melaka.
Sambal dia…. Ntah… Tak tahu nak kata. Yelah, saya bukan orang Terengganu, kan?
Jadi, selera tak sama. Tapi, makan jugak. Bukan tak makan. Makan juga. Kalau
rasa nak makan nasi lemak tekak sendiri, masaklah kat rumah. Cik abang pulak,
dia suka nasi lemak sambal ikan tu sebab dia memang dari kecik makan nasi lemak
sambal tu. Tapi, dia pun takde masalah nak makan nasi lemak sambal Melaka yang
ikut tekak saya tu. Takde hal.. Boleh belaka…
[Gambar selingan: Nasi Lemak Air Tangan Sendiri]
A da satu kali tu(banyak kali
kot) saya kena cirit birit. Setiap kali kalau kena penyakit ni, mesti sebelum
tu saya ada makan sambal nasi lemak ke atau apa-apa sambal lah. Mungkin, (emak
cakap lah) dua sebab; Pertama – sambal tu sambal top up. Maksudnya, sambal
semalam tak habis maka ditambah dengan sambal hari ini. Kedua – sambal tu masa
ditumis tak garing. Maksudnya lada dia tak masak. Perut saya memang alergik kalau spoil bab bab sambal ni.. Kalau sambal dia molek, tak de hal...
Sarapan semalam saya makan sambal
kerang + nasi putih je. Petang je terus berulang ke toilet. Sampai lah ke malam. Sampai ke pagi
ni ada rasa lagi. Minum air kosong banyak-banyak nak hilangkan ‘racun’ dalam
perut. Ideologi arwah Ayah lah tu. Kalau payah nak buang air besooo pun, dia
kata minum air kosong 3 liter jangan makan apa-apa. =) Teringat masa saya duk
Shah Alam. Saya call emak cakap saya ada masalah penghadaman. Jam jam tu ayah
datang resque, bawa air mineral 6 botol. Memang menjadilah petua tu. Esok
senang je membuang…
Pagi tadi, saya minum air panas. Cik abang tegur sambil gelak-gelak (perli lah kalau gitu), "Kenapa minum air panas pagi ni? Biasa pepagi dah belasah ais.." Saya pun jawab, "Sakit perut.."
Ok, itu sahajalah cerita tentang
nasi lemak. Korang share lah dengan saya fasal nasi lemak yang paling power
pernah korang makan.Nak tahu jugak. Orang kata nasi lemak kat coconut shake klebang tu sedap. Balik ni nak try laaaa... hahahhahaahaaa..
2 comments:
nasi lemak mak aku jugak yg sedap
ahahaha
sbb mak aku mgm penjual nasi lemak dulu2
owh ye
aku pnh mkn nasi lemak sedap kat mtn melur klang
mmg sedap la
dulu la..
la ni bile tokey dia bersara..
anak2 buah sambung niaga..
asmbal dia and sambal sotong dia dah tak bape nka power..
gomber kata orang jawe (tawar)
ayu.. nasi lemak! hukhuk....
anak dia kena menuntut lagi tu.. kasi sambal dia kaw kaw punya..
Post a Comment