Macam biasa, hari Ahad… Lemau sikit. Jap lagi ada kelas pukul 8.30. Gila malas nak pi kelas. Malas nak membebel. Tapi, mana ada masuk buat kerja sendiri, kan? Terpaksalah juga gigih!! Kalau aku tunjuk muka malas aku ni, dengan student-student sekali ikut malas. Hahah
Minggu lepas, 4 hari tak masak. Beli makanan kat pasar Ramadhan. Kantoilah memborong makanan. Tapi, habis tau. Memang beli cukup-cukup nak makan je. Tak de membazir. Tak ikutkan nafsu lapar masa tengah beli tu sebab memang tak lapar pun. Allah bagi cuti. Hahaha
Rabu tu, pi mana tah. Balik lewat. Bukan itu alasan utama. Adik saya tanya, “Long, ko tak masak ke?” Saya jawab, “Malas! Jangan banyak cerita.” Matilah kalau dia mengadu kat emak. hahaha
Khamis pun, angin malas datang bertiup lagi. Tak leh nak tepis. Teruk benar menerjah ke mukaku. Ajak adik saya pi shopping raya kat KT. Kemain.... Berbuka puasa kat Ikan Bakar Kuala Ibai.Konon macam puasa sangat budak dua orang ni! Padahal......
Jumaat berbuka
puasa rumah pak mertua sebab abang ipar yang duduk dengan abah nak berbuka
dengan keluarga mertuanya. Takkan nak tinggalkan abah berbuka sorang. Maka,
dalam hujan lebat cik abang meredah juga pi pasar Ramadhan sebab bini dia buat
perangai tak mau masak lagi.
Beli ayam
golek RM20, gulai daging RM10, kerabu RM4, kuih-kuih lain dalam RM5 kot, pajeri
nenas RM2, air soya RM6. Hambek kau! Malas masak sangat, kan? Pastu nyesal
sebab banyak nau belanja makan. Sepatutnya bulan Ramadhan boleh jimat tang
makan, kan? Rasa beralah kat diri sendiri. Masa memborong tak rasa bersalah pulak, kan?
Sabtu
(semalam), masak laksa. Masa cik abang keluar servis kereta, saya sms je bahan
apa nak. Dia beli dengan jayanya sebab dah selalu beli bahan buat laksa. Laki
aku kalau nak suruh dia puji masakan kita, ko jangan masak selama seminggu atau
hampir seminggu. Pastu, barulah dia akan puji saya masak sedap. Barulah dia sedar betapa bini dia ni masak sedap! Nikmat benar
sebab kalau makan luar kadang-kadang tak berapa sedap, mahal dan tak puas. “Tengok
perutlah,” katanya. Masak lebih sebab hantar rumah pak mertua.
Hari ni, kena
masaklah. Semalam cik abang beli ikan kembung, ikan kerisi, sotong…. Dengan ikan
cencaru yang dekat seminggu lebih bertapa dalam peti ais. Berhari-hari tangguh
nak buat cencaru sumbat. Hari tu buat cencaru sumbat jugak tapi tengah duk
goreng, habis bahan sumbat dia berterabur keluar.
Buntu………..
1 comment:
klu ikan sumbat ena akan ikat dgn benang
ikat kuat2
jd masa goreng bhn sumbat takkan kuar punya :)
Post a Comment