Pembaca Blog Ini...

Sunday, July 28, 2013

Angin Malas Membawa Diriku

Huh.. lama tak update blog. Tak de orang kesah pun saya nak update ke tidak, kan? ahhaha Tak de benda nak cerita plus malas yang berkobar-kobar. Tengok! Malasnya pun dah berkobar-kobar...


Macam biasa, hari Ahad… Lemau sikit. Jap lagi ada kelas pukul 8.30. Gila malas nak pi kelas. Malas nak membebel. Tapi, mana ada masuk buat kerja sendiri, kan? Terpaksalah juga gigih!! Kalau aku tunjuk muka malas aku ni, dengan student-student sekali ikut malas. Hahah

Minggu lepas, 4 hari tak masak. Beli makanan kat pasar Ramadhan. Kantoilah memborong makanan. Tapi, habis tau. Memang beli cukup-cukup nak makan je. Tak de membazir. Tak ikutkan nafsu lapar masa tengah beli tu sebab memang tak lapar pun. Allah bagi cuti. Hahaha

Rabu tu, pi mana tah. Balik lewat. Bukan itu alasan utama. Adik saya tanya, “Long, ko tak masak ke?” Saya jawab, “Malas! Jangan banyak cerita.” Matilah kalau dia mengadu kat emak. hahaha



Khamis pun, angin malas datang bertiup lagi. Tak leh nak tepis. Teruk benar menerjah ke mukaku. Ajak adik saya pi shopping raya kat KT. Kemain.... Berbuka puasa kat Ikan Bakar Kuala Ibai.Konon macam puasa sangat budak dua orang ni! Padahal......



Jumaat berbuka puasa rumah pak mertua sebab abang ipar yang duduk dengan abah nak berbuka dengan keluarga mertuanya. Takkan nak tinggalkan abah berbuka sorang. Maka, dalam hujan lebat cik abang meredah juga pi pasar Ramadhan sebab bini dia buat perangai tak mau masak lagi.

Beli ayam golek RM20, gulai daging RM10, kerabu RM4, kuih-kuih lain dalam RM5 kot, pajeri nenas RM2, air soya RM6. Hambek kau! Malas masak sangat, kan? Pastu nyesal sebab banyak nau belanja makan. Sepatutnya bulan Ramadhan boleh jimat tang makan, kan? Rasa beralah kat diri sendiri. Masa memborong tak rasa bersalah pulak, kan?

Sabtu (semalam), masak laksa. Masa cik abang keluar servis kereta, saya sms je bahan apa nak. Dia beli dengan jayanya sebab dah selalu beli bahan buat laksa. Laki aku kalau nak suruh dia puji masakan kita, ko jangan masak selama seminggu atau hampir seminggu. Pastu, barulah dia akan puji saya masak sedap. Barulah dia sedar betapa bini dia ni masak sedap! Nikmat benar sebab kalau makan luar kadang-kadang tak berapa sedap, mahal dan tak puas. “Tengok perutlah,” katanya. Masak lebih sebab hantar rumah pak mertua.



Hari ni, kena masaklah. Semalam cik abang beli ikan kembung, ikan kerisi, sotong…. Dengan ikan cencaru yang dekat seminggu lebih bertapa dalam peti ais. Berhari-hari tangguh nak buat cencaru sumbat. Hari tu buat cencaru sumbat jugak tapi tengah duk goreng, habis bahan sumbat dia berterabur keluar.

Buntu………..

1 comment:

Unknown said...

klu ikan sumbat ena akan ikat dgn benang
ikat kuat2
jd masa goreng bhn sumbat takkan kuar punya :)