Emak dah dua tiga kali cakap dia nak reban ayam.
Dia kata
orang yang dia nak upah tu tak datang pun buat reban dia.
“Aku ni dah tak
larat. Kalau muda-muda dulu, memang dah lama siap reban ni!”
Banyak kali jugak
dia bebel fasal reban ayam tu.
Nak kasi ayam makan sisa nasi-nasi yang tak
habis tu katanya.
Anak lelaki sorang pun tak pandai menukang.
Kalau disuruh,
memang taklah nak buat.
Nak buat camne.
Mana ada orang yang pandai buat semua
benda kan?
Saya cuba lah tanya kat cik abang.
Kot-kot dia pandai buat reban.
Nada paling lembut sekali.
Nak amik ati, kan? haha
“Abang, pandi buat reban tak?
Boleh buatkan emak reban tak?”
“Reban macamana?”
“Entahlah.. Tapi, reban biasa-biasa je kot.
Boleh muat ayam
tiga empat ekor.
Nak kasi makan balance makanan. Sayang terbuang.”
“Nantilah abang fikirkan. Boleh kot kalau yang
simple-simple. Abang cubalah buat.”
“Ok, harap-harap jadilah…”
Hari Rabu Khamis Jumaat projek pun berjalan.
Assistant project manager!
Boleh laaaaa dari takde!
heheh
Sabtu..
Reban siap!
Tak sempat nak belikan ayam sebab Ahad kita dah nak balik Terengganu.
1 comment:
alhamdulilah, tercapai hasrat mak. untung ada menantu ringan tulang.
Post a Comment