Sambung...
Lepas semua balik menziarahi pusara, kita keluar beraya rumah Achik.
Depan rumah je....
Minum air seteguk dua, belasah kuih pastu balik..
Ambil gambar dulu.
Aim dengan kakak kesayangan dia!
Gambar keluarga.
Tukang ambik gambar tangan gigil.
Gambar blur.
Ramai tetamu datang silih berganti.
Tak menang tangan.
Bekerjasamalah...
Gambar lain ada dalam kamera adik ipar.
Tak sempat nak transfer gambar sebab mereka dah balik awal benoo..
Raya kali ni disambut sederhana.
Selalunya pun sederhana.
Takde tukar langsir perabot bagai sebab memang selalunya pun takde macam tu.
Kuih raya menantu perempuan bawa untuk mak.
Saya? Hahahaha..
Sebelum ni pun, tak pernah belikan kuih raya untuk emak.
Kang kencing manis mak naik. Saya kasi duit je.
Bolehlah mak tampung mana-mana belanja yang tak cukup.
Tak de dah dapat duit raya sebab
orang yang setiap tahun kasi duit raya kat saya sudah tidak ada di dunia ini lagi.
Semoga Allah damaikan ayah di tempatnya.
Semua diam..
Dalam hati masing-masing fahamlah.
Tetiba terfikir..
Kita sedih ayah tinggalkan kita, kan...
Kita hilang ayah secara jasadnya sahaja. Ayah masih hidup dalam hati kita, kan?
Tapi, ayah...
Perasaan ayah pulak macamana masa tu?
Dijemput Allah pulang ke rahmatNya.
Mesti tinggalkan SEMUA yang dia sayang di dunia ini.
Namun, alhamdulillah ayah tinggalkan semua dengan senyuman.
Saya yakin ayah redho dengan kesudahannya.
~Al-Fatihah buat ayah~
No comments:
Post a Comment