Pembaca Blog Ini...

Monday, September 9, 2013

Singgang si Suami

Semalam (Sabtu 7/9/2013), saya bangun lambat. 
Dah bangun awal dah tapi duk peram peram diri dalam selimut, kan... 
Lambatlah bangun. 
Cik abang bangun awal dari pemeraman, dia pun bersiap.


"Nak gi mana, bang?" 
~ tengah mamai nampak dia baru pas mandi.


"Pi pasar."


"Nak beli apa? Lauk kan dah beli untuk seminggu.."


"Nak beli lengkuas dengan kunyit hidup.."


"Oooo.. kirim kentang sikit."


"Ok."


"Dengan limau nipis. Dengan udang geragau.." 
~ sempat jugak kirim seketul dua barang.


"Ok.."


Saya tidur balik. 
Terbangun sebab bau lauk singgang dari dapur. 
Kemain harum semerbak!

Saya tak selalu masak singgang sebab tak berapa fav.
Tapi, dia kan orang pantai timur. 
Maka, singgang macam 'lauk selalu' dia. 


Kalau belah Melaka, 
tumbuk dan tumis 
bawang merah, 
bawang putih, 
halia, serai, cili padi, kunyit hidup, air asam jawa... 
jadi lah Masak Pindang Ikan. 
Ikan yang sedap macam ikan selar, ikan merah ke.
Makan dengan sambal tumis! 
Perghhhhhhh....


Kalau singgang pantai timur ni,lebih kurang masak pindang. 
Tapi tak tumis dan tak pakai bawang merah.
Cuma hiris bawang putih, lengkuas, kunyit hidup.
Kalau belah Kelantan, singgang dia putih je. Tak taruk kunyit.
Campak dalam periuk yang ada air agak-agak tenggelam ikan.
Buh asam keping ngan cili api.
Rebus. Buh ikan. Siap!
Ikan yang selalu dimasak singgang ialah ikan aye. a.k.a ikan tongkol.
Selalu makan dengan budu, ulam timun.... 
Sedap jugak!
Tapi, tak berapa Perghhhhh.. 
hahaha


Lain orang, lain selera...

2 comments:

♥z@z@♥ said...

org pantai timur mmg suka singgang..asben sy pun kekdg masak singgang sndiri..hehe

~ain said...

zaza... singgang ni senang sgt nak buat. suami yang tak berapa pandai masak pun boleh buat..