Pembaca Blog Ini...

Wednesday, September 25, 2013

Tolong Cuci

Malam tadi, heboh lah kat FB pasal MatYo pemain bola kebangsaan tu dengan bini dia berlaku kurang ajar dengan sorang pak guard tu pasal parking. Apa daaa perangai orang tak pandai hormat orang tua ni? Tak faham aku.. Pasal parking je kot! Tah laaaa... Akhir zaman ni macam-macam hal!

Hari ni hari Rabu. Wah wah wah.. esok hari Khamis! Suka hari Khamis sebab takde kelas tak yah nak fikir sangat. Duduk kat opis sambil buat preparation kelas next week. Next week pulak, student Test 2. Lagi seronok aku berjimba ramba selain jam jam yang kena jaga exam tu lah kan.

Sekarang tengah tanda kuiz sambil bersenang lenang. ahahaha.. Kerja melambak depan meja tapi malas benarlah nak buat. Cepatlah pukul 5. Gue nak berambus dari opis ni. hahahah..

Semalam tengok ending Cinta Jannah. Ceh... apa daaaa ending laju-laju macam tu? Laki aku dah marah-marah sebab ending dia macam tak habis. Saya ok aje lah sebenarnya. Saya tengok pun dah separuh jalan sebab sibuk sental bilik air.

Saya ni psiko tau kalau bab bilik air ni. Kalau tandas kotor, tak lalu nak berak. Berak pun, sebab terpaksa. Tak sepenuh hati kata orang. ahahah boleh? Saya selalu rasa stress pasal bilik air ni. Bila dah start berdaki sket, mula lah susah hati. Masalah betul. Tapi, bila disental tak mau hilang dakinya! Sental macam nak terberak pun tak lut. Apa masalah nya? Lenguh-lenguh badan semua gara-gara sental bilik air ni.

Semalam, lepas sental separuh... terus rasa macam nak demam. Macam bertahun punya daki pulak kan? Padahal boleh kata seminggu sekali disental. Serius weh! Tak tipu dan bukan nak mengada-ngada. Sel sel badan dah banyak rosak kot. Dah tua... Cik abang selalu jugak tolong sental. Tapi, malang betul! Saya tak puas hati lah.. hahahah

Tau tau je lah kerja lelaki. Dia buat, tapi tak de lah bersih sangat. Kalau tak puas hati, buatlah sendiri kan? Tapi, tak larat. Tu yang saya diam kan aje tu. Tak berani nak complaint. Nak cerewet2 ni kang dia marah. Dia dah tolong sental dah kira ok lah. Syukurlah ....

Siapa tau pencuci tandas yang kuat sikit? Tak yah sental kuat-kuat pun ok dah bersih? Saya dah guna macam-macam still macam kehape hasilnya. Dah campur-campur macam macam sampai shampoo pun diguna buat cuci jamban. Sakit lenguh badan-badan. 

Kang guna acid kang, melelas pulak kulit sendiri. Bahaya plak. Daki dari angkasa lepas kot dalam bilik air saya tu? Saya kalau datang psiko nya, saya boleh bayangkan daki bilik air tu hidup. Membesar dan menyelinap dalam bilik air... Menjalar-jalar keluar.. Eeeee.... Geli!!!!!!!!!!!!!!!! Psiko kan?

Tolonglah beri saya cadangan. Nak guna sabun jenama apa lagi? Parah dah ni.. Menyental bilik air sambil berlinangan air mata....

4 comments:

Mrs ARK said...

Saya dah cuba:-

1. Cif Cream.
Picit keliling toilet bowl. Sental. Biar dalam sejam dua. Sental lagi and flush.

2. Clorox + sabun serbuk
Cleaner office ajar. Ni semua boleh. Dinding. Lantai. Bowl.

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

ada satu jenama. nnt balik kan Has insta pic nye. lupa lak

Unknown said...

klu toilet ena pki clorox jea
seblm tidor letak clox dulu
pagi esoknya baru cuci
memang bersinar hehehhee

Sidratul Muntaha said...

ko try coca cola?
aku pnh ms belajo dulu test kat jamban dgn besi rod karat gila tak boleh bukak nut dia
mmg berkesan