Pembaca Blog Ini...

Thursday, December 26, 2013

Harga

Semalam cik abang pi cycling pagi buta. 6.30 pagi dah gerak pi Tok Bali. Ada program berbasikal beramai-ramai anjuran .... (lupa) hahaha.. Dia balik pukul 3 lebih. Lepas mandi-mandi terus dia tidur sampai pukul 6.00 petang. Saya sabar je laaaa duduk tengok tv sambil menyanyi sorang-sorang. Kasi peluang lah dia rehat. Dia penat lah mengayuh basikal 45 kilometer. Biasa 10-20 kilometer je petang-petang.

Pukul 6 petang - saya dah bising lah kejut dia solat Asar. Lepas tu nak ajak dia pi beli barang dapur sikit. Dapur dah kering kontang. Semua dah abis, tinggal garam gula aje.. 

Kita pi kedai runcit dekat rumah aje. Kat situ kira barangnya murah lah. Ingatkan nak pi hypermarket. Tapi, kalau pi Giant ke Mydin ke, mahu lah habis dua tiga kali ganda. Maklumlah... kat hypermarket ni macam-macam ada. Kang terbabas.... Selalu macam tu. Budget seratus, jadi dua ratus.. Budget 200 jadi 300.. heheh.. Ini tak salahkan sesiapa. Salahkan diri sendiri je sebab tak dapat kawal nafsu beli. 

Kali ni siap list barang kat handphone. Sementara cik abag tidur tu, saya dah siap-siap buat list. Sampai kedai ambil sana, ambil sini.... Bayarlah... Kena RM105.00 kalau tak silap. Belum semua barang beli. Itu pun ada yang dah ditapis dan difikir dua tiga kali akan kepentingannya.

Huh.. harga barang mahal sekarang. Serius ni. Tak tipu. Sardin kecik cam Ayam tu ah RM3.00++.. Pencuci pinggan Labor bulan lepas RM2.30. Bulan ni dah RM2.90. Mak aiii... Susu pekat manis dulu RM2.30 jenama F&N sekarang dah dekat RM3.00. Kita amik cap Saji masih RM2.20. (Tak bervitamin pun takpe laaa.. Kita telan vitamin Shaklee aje lepas ni.. hahaha.. ) Pendek kata, dulu kita amik ikut jenama kita suka. Sekarang, kita cari yang paling murah aje dekat rak. Tak kiralah cap apa pun. Asalkan murah.

Korang banyak duit, takpelaaa.. Kaya. Duit bertingkek-tingkek tak habis belanja. Setakat barang naik dua tiga posen tak rasa. Tapi, kami golongan pendapatan sederhana ni yang tertekan. Kos sara hidup meningkat. Gaji naik setahun seratus dua aje... Alahai.. Apa nak buat? Kena lah kerja siang malam... Blablablaba.. Jangan nak promote aku join MLM plak pasni. Maklumlah nak mempertingkatkan pendapat keluarga. Ada aku lempang kang! (emo)

Ada pula bijak pandai cakap. "Eh, harga barang naik pun, orang tetap pi shopping. Pasaraya tetap penuh orang.blablabalaaaa..." Aku rasa nak penampar je orang yang cakap macamni. Memang lah orang masih kena berbelanja. Nak makan apa kalau tak membeli barang dapur. Cuma ko fikirkanlah orang yang berpendapatan rendah dan sederhana ni... Yang anak ramai, atau banyak tanggungan. Fikir tu kasi meluas sikit. Jangan tengok kat sebelah rumah kau aje. Janganlah jumud sangat. Please laaaa.... (emo lagi)

Minggu lepas, selesai urusan di Kuala Terengganu singgah di Merang beli keropok lekor. Terasa nak makan keropok lah kan... Kat papan tanda tulis "KEROPOK LEKOR GORENG RM1 = 6 BATANG" Minta cik abang belikan RM2 sebab 12 batang kita banyak laaaa kan sebab panjang. Cik abang tanya cukup ke .. Saya kata ok lahhh.... 


Sekali dapat...


Sejengkal bahagi tiga! Ada laaa sebesar hotdog koktel tu.. Sedihnya laaaahai. Apa sebab ni? Ini pasal harga barang naik ke atau bekalan ikan kurang sebab musim hujan ni? Tahun tahun sudah musim tengkujuh jugak. lagi teruk ... Tapi, saiz keropok lekor tidak pula jadi kecik macam ni. Malu nya laaa kalau pelancong datang ke Terengganu pi beli kopok lekor then dapat kopok comel macam nih? Oh no!!!!!! Mana orang Terengganu nak letak muka? (Hahaha.. saya bukan orang Terengganu. IC KL.. IC KL...  tetiba tak ngaku)

Tah apa nak jadi? Dulu pun naik harga tapi takde lah mendadak dan menyeluruh macam ni? Siapa nak jawab ni? Dalam Parlimen, orang A tanya orang B macamana nak bantu rakyat dengan masalah kos sara hidup meningkat nih, orang B jawab lain. Eh, terang-terangan jawab benda lain yang aku pun tetiba jadi kompius.. hahah... Zaman sekarang ni, orang bukan macam zaman kegemilangan Kampung Pisang (filem Zombie Kg Pisang).. Semua ketua cakap, kita iyeeeeeeeee kan aje. Semua dah boleh fikir. Kalau ada yang macam tak leh fikir tu, maafkanlah dia.... Sebab yang takleh fikir tu golongan minoriti aje.

Kalau boleh, tak nak lah bandingkan 'keamanan' negara kita ni dengan negara lain. Kang tak pasal-pasal menteri halau aku keluar dari Malaysia ni. Siapa nak tengok mak dan adik-adik aku kalau aku kena halau? heheh

Sekian....

(Semoga saiz keropok lekor akan kembali kepada sedia kala....)

1 comment:

BAYU HEBAT SDN. BHD said...

serius sedih tgk kopok size koktel dah..