Pembaca Blog Ini...

Tuesday, December 31, 2013

Tetamu Datang Rumah

Huarghhhhh... 

Lemaunya pepagi ni nak bangun tido. Cik abang kejut banyak kali suh bangun sembahyang Subuh. Asyik ye... ye... ye... hmm.. hmm.. hmm... Last sekali dia buat dek aje. Lantak ko! hahaha.. sejuk kot! Hujan... Musim tengkujuh kan.. Tak pasang econ pun. Pasang kipas aje. Tapi, sejuknya masyaAllah..  tidur dah melengkung macam udang dah. Udang gemok! Wahahah..

Hari ni kelas pukul 10.30 pagi. Ada masa lagi nak berjimba sebab dah prepare petang semalam. Tinggal nak curahkan aje.. Malam nanti ada kelas pulak. Jadual ada masalah dan penyelesaian dia buat kelas malam. Sabar ajelah. Ikhlaskanlah hati semana yang mampu. Kan?

Malam tadi, Haikal (anak sedara) datang rumah. Abah dengan ibu dia kata dah banyak kali dia sebut nak datang rumah Mok Alang. Hai.... tak tau apa bestnya rumah maklang ni. Toys satu pun takde. Maklumlah takde budak kecik. Seronok dia makan buah ceri pokok depan rumah maklang. 

Alang-alang datang, jamu lah tetamu makan malam sekali. Haikal kemain makan. Pedas pun dia belasah. Meleleh ari idung dia. Hahahah... Tapi, makan tetap makan. Hai, nak bodek maklang ke? Sesuap nasi, segelas air.. Mana tak kembung perut.
 
Nakal betul. Habis semua sudut dia duk melompat. Budak-budak baru nak naik. Esok dah masuk sekolah 6 tahun. Macam baru je aku tengok dia terkebil-kebil tengok kiri kanan masa baru keluar dari perut mak dia. Alahai... dah 6 tahun dah berlalu. Sekejap je rasa. Saya dengan cik abang masih rasa macam pengantin baru.. hehehe.. Saya tanya, "Haikal, esok sekolah ke?" Dia pun jawab dengan loghat Terengganu, "Esok dok agi. Esok amik baju skoloh baru!" hahahah

Haikal anak sedara pertama belah cik abang. Masa tu semua excited lagi. Bila dah 3-4 orang, mak mak pak pak sedara semua buat dek aje. hahahah

Tak reti duduk diam. Adik-adik dah tidur keletihan, dia sibuk duk suruh aku amik gambar dia. Sambil-sambil dia berlakon macam-macam gaya. Sabar je lah... 


Sesekali tetamu datang, memang rasa seronok. Rasa nak keluarkan semua makanan yang ada dalam simpanan nak jamu orang makan. Biar orang seronok datang rumah kita. hehehe.. tapi, nak ngemas rumah tu yang malas. Maksud saya, rumah bersepah sebelum tetamu datang. Malu lah, kan.. heheRumah bersepah sokmo. Tak ada budak kecik, tapi budak besar yang suka ambil barang tak reti simpan balik. (saya laa tu).. hehehe

Ok, bai....

1 comment:

Lynn Hamzah said...

betul tu...biar orang suka datang rumah kita...keluarkan semua dan belanja makan puas2...hihihi...