Pembaca Blog Ini...

Monday, December 30, 2013

Udang dan Keledek

Waaaaaaaaaaaahh.. tajuk dipengaruhi Masterchef sangat!
Saya memang selalu masak. Tapi, taklah masak yang havoc havoc. Masak sekadar nak kasi kenyang perut masing-masing aje. heheh.. Ada juga makan luar sesekali. Kalau asyik makan kat luar aje, memanglah bosan. Dulu masa mula-mula kawin, tak berapa pandai masak. Asyik makan kat luar lah. Lama-lama dah pandai masak (sikit) sukalah masak. 

Cik abang pula semakin tua ni makin suka request macam-macam. Dia makan gulai sotong kat kedai, tak cukup sebab mahal. Balik rumah, dia suruh aku masak pulak. Hui.. cuak lah! Takut tak jadi. tapi, lama-lama pandailah. Kalau asyik tak pandai aje dan tak usaha nak jadi pandai memang lah malang sekali.

Kalau ada anak-anak, bila semua dah duduk jauh-jauh. Sesekali mesti anak-anak rindu nak makan masakan emak. Macam saya adik beradik. Kalau emak malas masak, apa yang nak dirindu sangat kan? hahaha.. Boleh gitu?

Hari tu masak sambal udang sebab tengok instagram sapa tah. Terliur aku tengok. Hai.. hai.. cik abang makan sikit sebab petang dia nak p cycling. Kalau makan banyak kang termuntah pulak. Balik cycling dia bantai makan lagi sampai habis. Hahaha.. Takpe, asalkan ada senaman.


Minggu lepas, abah bagi ubi keledek. Hai... cik abang request buat kuih cek mek molek. Saya rasa nak makan keria. Tapi, cek mek pun cek mek lah. Sama aje. Keria gula di luar. Cek mek gula di dalam. Tengah-tengah malam aku duk menggentel tepung keledek bagai siapkan kuih untuk suami. Terasa macam Cinderella pulak Hahaha.. 

Takpelah, suamiku itu tak banyak songeh. Jenis tak cerewet. Selalu memanjakan saya yang selalu mengada-ngada nih. Sporting. Baik hati. Sangat sayangkan saya. Banyak sangat membantu saya sepanjang hidup saya bersama dia. Maka, sesekali apa salahnya saya berkhidmat dengan penuh janji setia. ahahaha.. Ayat tak menahan dan dipenuhi dengan pembodekkan yang harum mewangi. (Hujung tahun, dia dapat bonus oiiiii) wahahahah....




Oleh kerana banyak lagi ubi keledek, dia minta saya buat pengat pulak. 
Oklah, sayang.. 
Memang segalanya untukmu lah... hahaha 


1 comment:

Lynn Hamzah said...

sedapnya...nak sket...hihihi...