Pembaca Blog Ini...

Wednesday, February 12, 2014

Sawan Rajin


Huhuiiiii lama tak update blog. Kerja banyak lah sejak kebelakangan ini. 

Ini cerita lama.

Masa cuti raya cina tu kan cuti 3 hari direct. Cik abang dengan aktiviti berbasikal tak sudah. Sampai aku merajuk sebab dia sibuk dengan basikal aje. Nasib baik tak aku musnahkan aje basikal dia... huahuahauahuaua.... 

Dengan basikal pun nak jeles.. <------ dia="" kata.="" p="">
Saya jawab, "Mestilah.. sebab kanda suami dinda!" Ala-ala Seniwati Sarimah dalam 3 Abdul. Wahahaha

Saya memang bosan gila duduk rumah. Nak balik Melaka pun tak boleh sebab berbasikal punya aktiviti lah. Saya sabar aje. Saya amik yang positif sahaja lah. Malas nak merepek-repek sangat. 

Godek-godeklah resepi kat Internet. 

Maka, terjadilah..............

Puding roti dengan sos kastard. 


Sheperd pai


Kuih bakar.


Pakai loyang pakai buang sebab loyang besi dah karat simpan dalam almari kantoi air masuk tah kot mana. Jadi karat aaaa.. Dulu ada alimunium foil so boleh alaskan loyang karat tu dan tuang adunan apa-apa atas aliminium foil. Sekarang dah habis dah, beli loyang aliminium foil je terus. Senang...  Eh, mestilah nak senang kan? Ada ke orang nak hidup susah? hahaha ayat tak menahan...

No comments: