Pembaca Blog Ini...

Tuesday, April 22, 2014

Pecah!


Kalau ikutkan, malas dah aku nak bercerita pasal kereta kena pecah ni... Tapi, kena tulis juga. Kasi ingat dalam kepala! Jangan selalu lalai.....

Lepas balik Singapore yang gi kenduri PakNgah Din tu, kitorang lepak-lepak kat Bluewave dulu. Makan roti, buat kopi... Alas perut.... Nak makan kat Singapore kemain budget memasing. Heheheh.. Apa nak buat? Kita bukan orang kaya duit melambak. Tapi, kita masih boleh berjimba ramba. Maksud saya, masih boleh pergi bercuti sekeluarga. Tapi, kenalah pada budgetnya. Makan luar kena skip sikit-sikit... Shopping tak yah nak merepek sangat. Yang penting, kita happy dapat jalan-jalan satu family.. Giteww.....

Kalau kita banyak duit, kita boleh lah bercuti bagaikan orang kaya.

Ok, lepas solat maghrib kitorang check out. Sebenarnya, book Bluewave dua hari. Tapi, sebab esoknya (AHAD) bas ke Universal Studio tu amik kat hotel dekat Danga Bay. Maka, kita check in lah hotel budget kat sana. (nanti cerita)

Check out, dan pi Kozi Hotel. Check in amik kunci aje lah.. Pi makan dekat depan hotel tu. Restoran Singgah Selalu nama dia. Alaaa... orang Johor tau lah kot. Kereta banyak masa tu. Parking jauh sikit depan JOHO. 

Saya nak keluar tapi tanya cik abang, "Abang, beg ni nak bawa ke?" - beg sandang belakang.

Cik abang jawab, "Bawa lah... Eh, tumpang bonet kereta Anep."

Adik saya pun bukalah bonet kereta dia. Saya masukkan beg tu. Beg tu ada cash 2k lebih .. untuk bayar pakej ke USS esok dan ada lah sikit-sikit duit belanja... 

Kita pun makan lah kat Restoran Singgah Selalu tu...

Habis makan.. Saya pergi lah kat kereta. Cermin tepi belakang dah rompong! Saya pun cakap, "Alaaaaaaaaaaaaa.. kereta kena pecah...."  Tapi, hati macam rasa tak de apa-apa. Sebab apa? Sebab saya tau brg saya takde apa yang berharga dalam tu. Sebab beg yang ada 2k tu ada kat kereta lain. 

Saya tgk takde apa hilang. Saya tengok Smart Tag ada. Adik ipar saya muka dah cuak. Saya rilek je. Adik saya dah sumpah menyumpah. Cik abang diam aje. Macam biasa.. Dia tak gelabah pun. Dia cool aje..

Mak datang.. "Mak... kereta orang kena pecah..." ~nada paling mengada..

Mak biasa laaa.. Panik... Heheh... 

Saya cakap takde apa. Mak kata beg kain telekung mak hilang... 

"Ada apa lagi dalam tu. Mak?"

"Minyak Mustajab dengan gel pencuci wanita!" hehehe

Oh, bodoh lah penjenayah ni!

Hantar balik rumah adik di Pasir Gudang. Nasibbaik tak jauh. Kitorang yang lain masuk bilik hotel. Anep dengan cik abang pi hantar kereta balik rumah dia.Tutup dengan plastik sampah.. Kurung kereta dalam pagar. Kesian kereta aku..


Takpe laaa... Benda dah nak jadi.

Emak cakap dia rasa bersalah sebab dia yang tinggalkan beg kain telekung. Tapi, bagi saya... Sapa yang tinggalkan tak penting. Musibah ni berlaku untuk ajar saya dan adik2 saya yang suka sangat tinggal beg dalam kereta. Padan muka aku sebenarnya. Amik kau! Mungkin malam tu mak yang tinggal.. dan terkena... Padahal sebelum sebelum ni? haaaaaaaaaaaaaaaaa...

Kesian mak.. Bersungguh2 dia cakap kat saya, "Along... jangan sedih.. Jangan sedih.."

Tak sedih .. Cuma, terkejut aje.. 

Bersyukur sangat sebab musibah ini tak libatkan nyawa ahli keluarga dan tak de siapa yang cedera. Nasib baik lah bukan kereta aku yang dia bawa lari. Syukurlah ... Allah lindungi kami semua walaupun melayang RM350 cari cermin baru. Emak jugak yang bayar..... hehehe 

Terima kasih lah emak kerana memayungi anakmu yang pokai ini.......

2 comments:

Lynn Hamzah said...

sedihnya...banyak banyak bersabar yer ain...

Sidratul Muntaha said...

boleh taha stress wei
ko tahu ain
thun sudah
laki aku molek je paring keta kat paso malam.
mmg tak mkn jalna orang, tak ganggu lalu lintas dan tak kaco jln kuar umah orang lain
tak sampai 30 min
blik kat keta blik, pintu keta kemek teruk.
yg bestnya, yg langgar tu bukan nak tinggal ape2 atas keta, nota ke ape.
menyumpah2 la laki aku
duit dah la tgh bulan plak tu, riso klu kemek tak leh nak belok
udahnya malam tu kerjakan laki bini kitaorg ni gi bukak panel dari dalam n tolak balik.sampai skrg cacat dah keta warisan aqil tu
huhuuh..
bape kali dah kena langgar dek org tgh2 jln lps tu org tu blah
mujur tak teruk