Pembaca Blog Ini...

Monday, April 28, 2014

Universal Studio, Singapore


 Sambung entri Singapore..

Lepas Swift kena pecah tu, cik abang dan adik saya pi hantar kereta balik rumah adik saya tu.
Dalam pukul 12am, cik abang dah sampai hotel balik dah. Saya masa tu dah terbang ke awangan. Dah tidur-tidur ayam. tapi, takleh tidur penuh lagi sebabnya kan tunngu cik abang balik.

Kitorang duduk KoziHotel ye. Kat Danga Bay. Boleh google untuk maklumat lanjut. Bilik paling budget RM80 nett. Tapi, bilik ok lah sangat dengan harga. Ada TV, air panas, cerek, kopi teh, cawan almari semua ada. Tak sempat nak geledah sangat sebab suntuk masa. Bilik air pun ok. Bersih dan memuaskan. Kalau setakat nak tidur malam, memang molek sangatlah.


Lepas cik abang mandi solat semua, terus tidoooo.. 
Econ sejuk gilak!


Pagi, lewat sikit bangun dalam pukul 6.45 gitu.
Saya dah miscol, wassap, sms semua adik beradik (bilik lain-lain).
Suruh bangun dan siap. Pukul 7 di lobi dan jalan 5 minit ke bas depan TuneHotel.


Naim siap makan maggi cup (sarapan) dekat lobi sebab dah lewat. 
Pukul 7 dia tengah duk mandi lagi. 
Hahahha.. memang mandi ala-ala express la tu. 


Sampai TuneHotel, encik yang saya beli pakej ke USS tu dah tunggu. 
Saya google pasal pakej ni dan dapat nombor Encik Hilmi.
Servis bagus. Tak banyak cerita. 
RM199 dewasa
RM165 kanak-kanak
Baby Iman, free.
Oleh kerana lebih 7 orang, dapat diskaun RM3/person.
Pakej termasuk bas dua hala JB-USS-JB.
Kupon makan $10
Kupon cenderahati $5
dan apatah lagi dah lupa.


Tapi, senanglah... 
Naik je bas yang sama dari pagi sampai ke malam.


 Sampai USS je masing-masing cari tandas.
Tandas yang kat luar ni memang takde paip dalam jamban dia.
Ada air kat sinki luar.
Adoi, terseksa batinku. 
Kitorang selamba bawa botol air mineral masuk sebab takkan tak cuci kot. 
Tak siooo ... hehehe..


Tapi, dalam USS ada toilet yang ada air. 
Cari yang paling hujung sekali. 
Puas hatilah sebab walaupun macam tu, tandas bersih. 
Tak macam tempat kita, ada air tapi tanda nauzubillah.. hehehe


Masa hari pertama tu round2 Singapore.
Bengang kepala otak aku. Nak kencing toilet ada, tapi takde air.
Berungutan lah... Nak buang air kena tunggu lepas Imegresen Singapore.
Kat Malaysia baru toilet ada air.
Bengkak... hahahaha
Maklumlah.. Orang tak pernah g "luar negeri"..


Sampai depan tu USS tak buka lagi. 
Dalam setengah jam ambil gambar depan tu barulah boleh masuk.
 


Masuk je, terpaksa naik apakebenda tah kat Transformers ni.
Aku dah cuak. Ingatkan roller coaster ke apa. 
Sebab main masuk aje tak baca apa-apa sebab masih blur blur sikit
Siap pesan kat cik abang, "Abang, abang jaga orang tau."
Cik abang jawab, "Selama ni siapa yang jaga?"
"Abang, kalau seram macamana?"
"Jangan buka mata. Tutup mata. Tido!"
Ceh...
 


Mak kena jaga Iman. 
Kesian Maman. Panas. Haus. 
Mak dia plak tak tinggal air masak. 


Panas oooo masa ni.
Muka dah sememeh. 
Tapi lantaklah. Semua pun sememeh. hahaha


Iman duduk dengan PakLong kejap.
Mak ayah dia main boat apa tah kat MADAGASCAR
Iman tak cukup tinggi. Tak leh naik!
Dia lapar, nangisssss...
Lepas agah sikit, dia gelak.
Budak kecik ni senang jaga. 
Kasi dia kenyang, dia dah boleh happy dah.








Ini tempat paling best. 
Kitorang shopping (sangat) kat sini je.
Beli cenderahati Shrek laaaaa, kucing dia tu laaaaa, keldai dia laaaa.... 


Geram aku dengan Shrek!


Dah...
Bye!


No comments: