Pembaca Blog Ini...

Tuesday, May 20, 2014

Peluang

Saya selalu fikir, saya duk jauh dr orang tua saya. Bila tengok org tua yang gigil2 kat bank, kat pasar, kat mana-mana selalu fikir, manalah anak-anak tak temankan mak ayah?

Saya dah takde peluang nak jaga ayah. Saya rasa terkilan. Tapi, takde apa yang mampu saya lakukuan.
Saya kini hanya ada emak. Emak pun walaupun masih agak muda, tp macam macam masalah kesihatan dialami. Saya sedang mempertimbangkan untuk beralih angin. 

Tinggalkan zon selesa dan bergerak ke Melaka. Duduk Melaka, dan berbakti pada emak semampunya. Selagi mak masih ada. Walaupun kita hanya manusia. Tak pernah tahu siapa yang akan pergi dulu. Mungkin sebenarnya, saya yang akan pergi dulu sblm emak. Tapi, saya taknak sia-siakan hidup dengan berjauhan dengan mak. Sebulan dua sekali balik jenguk mak dua tiga hari kepas tu lamaaaa lagu baru balik tgk mak. Saya taknak jadi anak tah apa apa. 

Saya tak dpt sumbangkan apa apa masa ayah sakit. Seharipun tak bersama dia masa dia sakit. Dan sesungguhnya saya amat sesal dengan diri sendiri. Saya taknak rasa perkara yang sama lagi. Siksa nya rasa tiada ubatnya.

Kadangkala saya fikir wang ringgit, kerjaya, keselesaan... dah takde makna kalau kita tak dapat berbakti untuk emak ayah. Duit banyak, hidup selesa, pangkat semua tak sepenting mana jika kita bandingkan dengan emak dan ayah. Mak ayah pun bukan nak sangat duit kita. Mereka lebih perlukan perhatian dari anak-anak.

Saya tak mahu terkilan lagi. Takkan mahu menyesal dan tersiksa lagi.. 

Semoga Allah memberkati usaha dan keputusan saya ini...

2 comments:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

& leez sokong keputusan itu jika ianya yg dipikirkan t'baik. sbb parents pun hanya ade sepasang je utk seorg anak. good luck!

Eira malik said...

Jemput ke blog saya

http://zarrazspaputrajaya.blogspot.com