Pembaca Blog Ini...

Sunday, January 18, 2015

Icah + Afiq

 14/11/2014  Kitorang dapat ahli famili baru. Icah kawin dengan Afiq. Alhamdulillah. Nikah kat masjid. Majlis ringkas hanya keluarga terdekat sahaja dijemput hadir. Pertama kali Anep jadi wali dan nikahkan sekali adik dia. 




Lepas majlis nikah, ada kenduri kecil kat rumah. Semua buat sendiri. Kita ramai-ramai buat semua sama-sama. Menjadi juga. Semua nya persiapan dalam 2 minggu. Budak2 ni dah dapat kerja dekat dekat. Senanglah disatukan. Hati orang tua pun tak susah. heeeeeeeeeee... 



17/01/2015
Kenduri belah lelaki pulak. Majlis sambut menantu. Kali ni meriah sikit atas permintaan ibu pengantin lelaki. Kita hantar Icah ke rumah mak mertua dia jam 1.00 petang. 


Sedang molek perut tengah lapar dapat makan kat meja beradab plak.. Tah kenapa orang tua tua lain tak mau duk situ. Siap mention nama aku dengan cik abang kekuat suh duk meja beradab. Terpaksalah kan apa lagi. Udang panjat nenas... Tapi, tak suka udang sgt. Kita pass kat cik abang.



Kemain meriah adik aku kena andam. 
Hahaha Macam PashaSanda.. =)
Diorang duk sakat Afiq macam muka Taufiq Batisah katako!
Hahahahahaha...


Icah kawin org dekat aje. 10 minit je jarak rumah dua dua. Tapi, kalau traffic light merah lama sikit, drag lah waktu nya.. hahahahah.. Serius dekat. Apa nak dikatakan. Dah jodoh. Kemain kacak adik ipar baru aku. Yang menyebabkan aku kena pakai tudung bila dia balik rumah mak. hehehehe.. Sebelum ni adik ipar perempuan aje.



Selamat pengantin baru.  
Semoga selalu berpegangan tangan sehaluan sampai akhir hayat. 



Ini pertandingan tunjuk gigi ke?
Annisa bengang sebab blom bleh join. Gigi blom ada! 
HAHAHAHAHAH

No comments: