Pembaca Blog Ini...

Thursday, May 28, 2015

Wassap Berasap

Sejak ada apps WhatApp ni sms memang jarang-jarang sangat dah. Apa apa hal suruh wassap. Nak tanya apa-apa, meh wassap.. Mak ayah tuk nenek semua masuk wassap group. Oh, tetiba ada 10 group wassap. Pening bunyi treng treng treng. Nasib baik boleh off notification setahun. Hahahaha

Sambil wassap kawan2 sekolah, oh.. Bukan semua kawan sekolah. Geng masa sekolah dulu lah. Geng yang sama sama duk ngelat masa prep. Dalam kelas sama sama sibuk tidur sambil salin nota. Geng yang sama sama.kalah main netball. Geng sama sama panjat pagar asrama nak beli kerang bakar.. Hahaha.. Tulis byk pun tak guna sebabnya hal sekolah ni geng geng sekolah je yg faham bila kita buat throwback..

Sambung cite.. Masa saya duk sesaja teringat geng geng masa kat UiTM Shah Alam (2004-2006). Kitorang sewa rumah flat 'lawa gila' kat Seksyen 6 area balai polis. Hahahaaaa..

Geng yg study sama-sama. Pastu lapar memalam, pi goreng cekodok. Ahaha.. Lepas kelas pi pasar beli lauk,sampai rumah terus masak sbb dah kelaparan. Kalau balik waktu lunch, beli nasi campur kat kedai belakang pasar. Hari hari aku makan ikan keli. Hahaha.. Takde lauk lain ke?

Terkenanglah tunggu bas mini warna pink (takde dah kot skrg) nak pi kelas kalau takde bas UiTM atau bas UiTM tu lambat. Tengah tunggu bas, boleh plak terserempak dengan Wan Maimunah yang pelakon tu.

Hah? Apa lagi? Masa tunggu bas, mata melilau duk tgk mamat emsem tah mana-mana dtg aku pon tak tau. Hahahaha.. Jalan kaki dari kolej lelaki (dah lupa nama) naik bukit tonggek habis sampai fakulti. Lecak abis ketiak tp still steady dan bersemangat waja. Skrg kalau kena jalan kaki pi depan rumah pon dah ngamok!

Kenangan kat UiTM Shah Alam banyak yg dah lupa. Kenangan percintaan suam kuku malu tapi mahu. Bod*h bo**h ajelah. Hahahah.. Malu nak ingat balik. Tapi, takpelaaaa dah berlalu.

Tetiba? Hoi! Apesal tak create grup wassap.ni? Kenapa boleh tak terfikir nak create grup wassap! Kenapa? Kenapa? Ya Allah... Yang sebenarnya, dalam hati sangat rindukan geng rumah sewa seksyen enam.

Ya Allah... Rindu sangat! Tapi, pendam ajelah. Boleh tgk perkembangan kat FB. Bila jarang-jarang update kat FB rasa macam lost. Ye aaaa kan. Beratus ratus kawan kat FB. So, mcm berkecamuk je otak nak keep track. Pastu tak berapa.pandai plak nak ber FB. Banyak msg tak terbaca lah apa lah..

Padahal no hp ada je selama ni. Mustahil lah diorg dah tukar no sbb kenal sangatlah bukan spesis gitu. Saya pun baru dua kali tukar no sbb masalah sim card. Itu pun dah bg no br pada kawan2 yang minta melalui FB.

Terus create grup dan...... Ya Allah! It's work.. Semua pun dah lama tak jumpa. Kenduri kawin diorang pun aku tak sempat pergi. Perkembangan diri selain perkembangan fizikal (kalau ada), pun dah banyak. Semua keenam enam gadis jelita sudah bersuami. Alhamdulillah.. Ada sudah punya anak dan anak-anak. Kalau buat gathering oh alangkah seronoknya!

Nampak macam susah sikit nak direalisasi sebab masing2 ada komitmen keluarga, kerjaya... Kita pun faham kan bukan sikit-sikit komitmen tambah lagi jika ada anak kecik. Susah juga nak expect boleh travel jauh-jauh. Tapi, mesti boleh dilaksanakan... Memandangkan masing2 ada di Selangor, Melaka dan Johor mungkin boleh plan satu percutian ringkas atau kunjungan di hari raya..

Semoga Allah permudahkan dan jalinan ukhuwah ini diberkatiNya. AMIN...

No comments: