Pembaca Blog Ini...

Sunday, July 19, 2015

Raya 2015

Tahun ni giliran belah aku. Raya kedua awal pagi dlm kol 9 gerak balik Terengganu. Dulu masa baru kawin, rasa janggal tp dah 7 tahun takkan nak mengada lagi kan janggal balik rumah mertua. Even skrg, rumah mertua pun best juga. Yang tak best tu kita lupakan saja dan anggap sahaja semua org mmg tak sempurna...

Ok.. Raya tahun ni adalah tahun ketiga tanpa ayah. Bila teringat hati meruntun sedih medih. Terasa pedih kehilangan wpun masa ayah ada asik nak bergaduh manja ngan dia. Aku dapat rasakan ayah bangga dgn kitorang sbb mampu jaga keakraban keluarga setakat ini. Dan kalau kita boleh terus jaga mak dengan baik, ayah tentu gembira kalau dia tau lah kan...

Tahun ni semua adik beradik balik. Ada tambah sorang adik ipar lelaki dan anak buah gadis. Alhamdulillah. Tahun depan tambah lagi dan lagi dan lagi.. Kita memang suka ramai-ramai. Baru laaaa meriah...

Wpun masih blom dikurniakan anak utk jadi wakil refund duit raya (hahahahaha), tapi takde rasa kurang apa. As long as hati ko redho dan terima kasih pada Allah atas semua yang dikurnia. Duit raya kena tulis kat sampul nama anak sedara. Kang tertukar dengan budak-budak lain. Emak pun dpt sampul tulis nama emak. Haha...

Aktiviti raya mcm biasa.. Makan, salam, makan, salam, buat air, minum air, angkat dulang, salam, bg angpau pastu budak2 buka angpau depan kita pastu duit.masuk poket, sampul baling depan pintu rumah kita... Aku terhibur..... Keseronokan bagi angpau tu terasa, wpun takde dah terima angpau. Suami ada bg, tp pastu kita refund balik kat dia buat isi minyak balik kampung. Maklum... Minyak mahal sekarang ni! Hmmmm...

Ok, salam syawal. Maaf zahir batin. Moga Allah merahmati dan mengampunkan dosa kita!

1 comment:

Nurhayati said...

selamat hari raya ain!!! maaf zahir batin.