Pembaca Blog Ini...

Saturday, February 6, 2016

Marah itu Syaitan

Ada masanya kita mampu bersabar. Kita boleh anggap semua itu perkara remeh temeh dan tak perlu diperbesar. Tengok... Senyum.. Sabar... Diam... Biarkan.. Nanti semua akan ok. Tak ada apa. Perkara kecil.

Tapi, kadang2 kemarahan itu meletus. Tak mampu dikawal.Rasa yg disimpan dalam hati sekian lama tak terbendung. Tambah pula dipengaruhi keadaan sekeliling yang memburukkan lagi rasa dalam hati.

Masa kita sedang mengabaikan rasa sabar dan melayan rasa marah itu lah syaitan menyelinap masuk. Menyerap dalam segenap urat darah yang ada. Menembusi sekecil-kecil salur rasa. Kita? Akan rasa marah.. marah.. marah.. Hanya rasa marah.

Hati kita marah. Mata kita marah. Hidung marah. Telinga jadi merah. Mulut marah. Otak marah. Tangan rasa marah. Kaki pun marah. Menggigil. Berdenyut-denyut. Satu badan rasa marah. Panas! Ya! Itulah syaitan. Syaitan sudah berjaya masuk di dalam kita. Walau tidak secara fizikalnya, tapi syaitan sedang beransur2 menghisap semua rasional yang ada dalam diri. Syaitan bakar semua kesabaran, serapkan lagi marah... marah... benci... marah.. sakit...

Kalau cuba beristighfar tidaklah melarat kemarahan itu. Tidaklah rasa marah itu diluah dengan perbuatan. Terlajak kata. Terlepas laku. (bukan terlajak laris=untung). Perbuatan itu kelihatan menjolok mata. Pada yang memandang, tindakan dlm amarah adalah tindakan yang tak sepatutnya. Mengakibatkan keganasan. Jadi sakit. Sedih. Marah lagi. Menangis. Memberontak.

Itulah yang berlaku pada aku tadi. Entah mana kesabaran pergi masa itu aku pun tak tau. Tapi sekarang..aku pasti syaitan yang telah bawa sabar itu jauh-jauh dari aku. Syaitan dah bakar semuanya tadi. Aku rasa seluruh badan aku rosak seketika akibat amarah. Otak aku macam terencat sebab terlalu ikutkan rasa marah. Aku tak boleh berfikir. Aku biarkan syaitan kuasai aku. Aku bertindak macam takde akal fikiran. Aku bergerak hanya kerana rasa amarah.

Memang teruk. Aku harap aku masih ada esok untuk membetulkan akibat kemarahan aku tadi. Alangkah bagusnya kalau aku lebih kuat tadi. Lebih kuat mempertahankan sabar aku dari momongan syaitan. Kalaulah aku lebih tenang dan kurangkan beremosi tadi....

Sesungguhnya aku menyesal. Air mata belum tentu dapat melenyapkan sesalan yang menerjah2 masuk ke benak. Dalam hati rasa bersalah.

Maafkan, aku! Aku hanya manusia biasa. Maafkan aku. Aku tak sepatutnya begitu.

Doakan aku berjaya mendidik hati. Tolong doakan aku diberi kesabaran dan berupaya mempertahankannya. Mohon agar aku kuat mengawal emosi dan selalu mengutamakan akal. Bukan perasaan yang dibesar-besarkan.

Maafkan aku....

No comments: