Pembaca Blog Ini...

Tuesday, February 24, 2009

Saya jumpa ular tedung..

Alaaaa.. asik laa cerita pasal binatang2 berbisa ini..

Petang semalam..
Suami saya ajak abahnya a.k.a pak mertua saya jogging bersama..

Saya balik awal sket semalam.. Lepas suami saya sampai, solat Asar dan tunggu dia 'melepas' jap.. (hahahhhah.. itu pun nak dicerita) salin baju, tadah air minum.. terus g ke tempat jogging..Dekat aje dari rumah dalam 5 minit je sampai lah..

Kami jogging dulu se round sementara tunggu abah..(Rumah abah jauh sedikit dari kawasan jogging itu..)~kami jalan ngan kete jauh keliling padang itu ialah 1km tepat.

Abah nak mencuba sesuatu yang baru katanya..
"Abah ingat nak masuk dalam kawasan sekolah dalam tu sikit.. Lama tak tengok sekolah.. (Abah adalah pesara guru, yang hidupnya sudah serasi dengan sekolah.. sebab tu bila tengok sekolah je, apa2 sekolah dan di mana-mana sekolah pun dia minat nak tengok)

Suami saya: Jauh tu, abah.. Kekgi abah lenguh plak.. (Padahal suami saya risau kalau jumpa apa2 yang berbahaya kan. sebab kawasan dalam tu ada semak-semak sikit)

Abah: Tak pelah.kalu mu tok se g, abah g sorang pun dak ape..

Saya: Jom lah bang.. ikut je abah.. Kalau biar abah g sorang kang kalau pape lak kang lagi susah..

Kami pun jalan-jalan beriringan (tidak lah berpegangan tangan kerana 'cover' laaa pak mertua ada sekali kan.. hahhaha..kang termuntah pulak dia kang tengok adegan pegang2 tangan ni.. hahhahah)

Jalan-jalan slow-slow..tiba di tepi padang sekolah..
Tiba-tiba...

Saya terdengar bunyi seperti orang membuang kahak..

Saya rasa pelik lah kerana di situ hanya kami bertiga sahaja.. Tidak ada sesiapa di belakang kami.. (saya agak peka kalau ada bunyi yang mencurigakan)

Teka apa saya nampak??
Saya nampak seekor ular tedung.. kira-kira beberapa jengkal sahaja di belakang abah..

Untuk pengetahuan, saya memang seorang yang rabun tapi, ala-ala taknak mengaku rabun, saya tak pakai spek. Tapi,kali ini saya yakin itu adalah ular tedung..

Saya dengan pantas dan panik (seperti nampak lipan di rumah tempoh hari), saya lari sekuat hati sambil menjerit,

"Abah!! Cepat lari ke depan laju-laju.. Ada ular kat belakang abah!!!!" ~siap dengan arahan sekali jeritan saya kali ini

"Mano?" Abah sepantas kilat berlari.. Mungkin abah juga terkejut dengan jeritan saya yang tiba-tiba.. Suami saya pun lari ke arah saya dengan muka paniknya... Kami berada jauh dari tempat ular itu..kira-kira 2 meter..

Suami saya pantas mengambil batu dan mahu membaling ke arah ular itu.. Saya semakin panik. Saya terus berlari dan memanjat pagar sekolah itu tadi.. HAhahhahaha.. Saya memang teruk kan??

Belum sempat suami membaling ke arah ular itu, ia sudah pun lari ke hutan melalui padang sekolah..

Paniknya saya ketika itu, hanya Allah saja yang tahu..
Abah cuma diam.. tapi saya perasan mulutnya membaca sesuatu.. (saya tak sempat tanya.. petang ini baru saya nak tanya, apa jampi2 ayat quran yang abah baca tu)
MUJUR, tiada perkara yang tidak diingini berlaku.. Syukur Alhamdulillah...

Saya menanam tekad yang padu, saya tidak akan menjejakkan kaki ke kawasan itu lagi.. Biarlah.. Cukuplah saya dan suami jogging di kawasan yang lapang dan tidak di kawasan semak dan sekolah itu lagi..

Kemudian, suami saya berkata sambil tergelak-gelak, "Sayang, udah-udah lah tu.. Bawak-bawaklah turun dari pagar tu. Buruk nau rupanya," HAhahhaha..

Bagaimana saya kelihatan?? Biarlah rahsia..

Nota kaki: Saya nak upload gambar, tapi saya sangat geli setiap kali memikir dan mengingat kembali rupa binatang itu.. Rasa naik bulu roma dan secar spontan, kaki saya akan terangkat dan terdorong untuk memanjat sesuatu.. AHAHHAHAHAH

No comments: