Pembaca Blog Ini...

Thursday, May 28, 2009

Cikgu dah ada gaji

Gambar di atas ialah saya dan adik bongsu saya.
Budak ini adalah watak utama dalam entri kali ini.

Gambar di bawah pula ialah saya.
Sedang menahan gelak sebab adik saya itu suruh baca
kad hari guru yang dia buat sendiri.
Saya mempamerkan kad yang dimaksudkan itu.

Gambar di bawah pula, isi kad itu.
Adik saya tulis sendiri.
Kemas juga tulisan dia, kan? Boleh laaa dari tak da!

Nasib baik sekarang dia sudah lancar membaca
dan juga pandai menulis sendiri.
Walaupun ada juga silap ejaan.

Ayat dia kelakar, kan?

Selamat hari guru
(ok laa kan)


dan higa panjang umur
(salah eja, lepas tu panjang umur.. macam kad hari jadi pula)


dan higa ke anak cucu
(dah macam ucapan untuk pengantin baru)


Selamat tinggal, cikgu Haiza..
(macam nak bertukar sekolah je!)

Lepas tu, yang bulat-bulat ada ekor tu ialah belon tau.

Jangan salah tafsir ye.. hahahah

Masa dia tadika, dia malas pergi sekolah.
Malas berlatih membaca.
Tapi, alhamdulillah..
Setelah hampir setengah tahun berada di Tahun 1,
dia semakin menunjukkan perkembangan positif.

Saya bertanya kepadanya,
"Aim, aim tak beli hadiah hari guru ke?"
"Tak payah lah,"
"Kenapa?"
"Sebab cikgu dah ada gaji,"

~ Ada ke macam tu? :-)

2 comments:

zh-ena said...

tu landang kucing kan..mcm maner la blh msk kan diri dia dlm tu

norainiammran said...

ena.. a'ah.. itu landang kucing. dia kecik je dulu, dia masuk kot pintu nya laa..