Pembaca Blog Ini...

Sunday, May 10, 2009

Setiap hari adalah hari ibu!!


Walaupun hari ini dikatakan Hari Ibu..
Tapi, bagi saya.. setiap hari adalah hari ibu..
Kerana apa?
Kerana ibu menyayangi anak-anaknya
setiap hari..
setiap jam..
setiap minit
dan setiap detik berlalu...

Kasih sayang ibu mengalir dalam urat nadinya selagi nyawa dikandung badan.
Saya juga masih tidak faham
mengapa kasih sayang ibu itu terlalu dalam
sehingga sanggup mengorbankan kepentingan diri sendiri.
Mengapa sampai begitu?
Oh, saya masih belum faham
bagaimana ibu-ibu mendapat kekuatan untuk semua itu kan?

Sesungguhnya, kasih ibu sepanjang hayat.

Mungkin satu hari nanti, bila tiba masanya saya akan faham juga kan??Kalau saya, saya akan call mak saya setiap hari.
sampai mak saya naik bosan nak cakap dengan saya...
Selalu nya untuk tanya mak saya tengah buat apa dan nak tanya resepi masakan mak.. Walaupun, sememangnya
masakan saya tidak pernah jarang jadi sesedap masakan mak..
Sebenarnya saya rindu laaa kat mak saya..
Masa mula-mula kahwin, saya selalu nangis tau sebab ingat kat mak..
Ahahahah.. tak malu



Tidak lupa juga untuk menghadiahkan Al-Fatihah untuk arwah ibu mertua saya yang tidak pernah saya temui.
Hari ini (10 Mei 2009)
genaplah lapan tahun arwah Ma meninggalkan anak-anaknya.
Namun, saya yakin kasih sayang arwah masih belum habis untuk anak-anaknya.
Kasih ibu membawa ke syurga!

Sekali lagi,
saya tidak mahu mengucapkan Selamat Hari Ibu
kerana bagi saya setiap hari adalah hari ibu!!!

Hargailah ibu kita sebelum terlambat!

Sekian, terima kasih...

6 comments:

Abe smart said...

terima kasih sebab ingat arwah mak abg

~ain said...

Abang.. mak abang pun mak owang juga!! hehe.. I love u (tetiba...) heheh

Anonymous said...

setuju. kasih syg ibu kekal sepanjang hayat!

zh-ena said...

tanpa ibu siapa la kita kan

mslvoe said...

petai tu kalo buat sambal tumis petai best tu dear

~ain said...

has.. kasih ibu memang sepanjang hayat

ena.. tanpa ibu, kita bukan sesiapa..

sha. hahahaha... ain tak suka petai..pahit looo...