Pembaca Blog Ini...

Tuesday, June 30, 2009

Di mana dikau??

Kini, genaplah sepurnama dikau tidak datang mengunjungiku?

Mengapa, sayang?

Walhal, selama ini dikau lah teman setiaku bila purnama menjelma
Hadirmu membuat hidupku rasa sempurna
Kau memberi ruang untukku untuk bercanda

Apabila kau hadir menjelma, hatiku akan berkelana
Serupa seiras selalu

Hatiku resah... Hatiku rindu...
Segala keluh gusar sudah puas ku tumpahkan

Jika benar kau tak sudi, bawakanlah aku sebuah berita gembira!!!
Bawakanlah ia segera
Bisikkan ke telingaku, bahawa kau bukan sengaja menyepi diri..

Oh, leraikanlah segala resah gelisah ini.
Berikan lah sebuah kepastian!

Eceh.. eceh... tetiba saya rasa macam A. Samad Said pula...
hahahahahaha

2 comments:

mslvoe said...

dah pegi check blum dear?

~ain said...

sha.. heheheh. tolong ain doakan ada good news ye!!!