Pembaca Blog Ini...

Monday, June 29, 2009

Lambatnya hari Rabu!!!

Kenapa dengan hari Rabu?

Hari Rabu adalah hari yang ditunggu kerana saya dan suami akan balik ke Serdang.

Hari Khamis dan Jumaat saya ada kursus di UPM...
Ohohohoo.. seronoknya!!

Sebenarnya yang seronok ialah balik ke Serdang bukannya seronok kerana berkursus...

Eeeee..... Rindunya kat rumah tempat saya dibesarkan..!!

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.. Lebih baik di negeri sendiri kan kan kan...

Kami sekeluarga berpindah ke Serdang sudah lama.
Kalau tak silap saya dah berpuluh tahun kami tinggal di rumah itu.Dari adik beradik kecil-kecil sampai laaaa sekarang ni semua dah besar panjang.

Dari semua berebut nak ikut mak ayah ke mana-mana dengan proton Saga biru, sampai laaaa Toyota Innova ayah terpaksa dijual sebab ayah kata kosong je setiap kali ke mana-mana. Sebabnya, dah tak ada anak-anak nak ikut ayah dengan mak bila ke mana-mana.
Masing-masing dah besar panjang dan ada jalan masing-masing..

Dari ayah pergi kerja naik kereta proton Saga biru, Wira putih, dan sekarang Savvy...

Dari mak kerja jual kuih hantar kat mak ngah, buat aiskrim hantar kat kedai runcit, jaga taska sampai laaaa sekarang hantar adik-adik pergi sekolah je.

Dari mak naik motor cabuk warna merah, Wira putih, Innova ayah dan sekarang ni ayah suh mak bawa Avanza auto.. haaaa lagi senang....

Dari saya tadika sampai lah sudah bekerja sekarang...

Dari adik beradik saya empat orang,
sampai laaaa sudah tujuh orang...
Ini adik-beradik perempuan saya dengan mak...
Belakang itu, kereta keluarga kami yang telah dijual
dan digantikan dengan yang lain.
Yang lebih praktikal dan ekonomik.
Kami yang ada dalam gambar di atas
bertungkus lumus mengecat bili tidur kami sendiri.
Sehari suntuk tau, bersungguh-sungguh benar.
Belang-belang gitu...
Nak masuk Deko bersama Eric pun tak menang-menang!
Jadi, buat sendiri laaaa...

Dari saya kecil dan comel sampai laaaaaa saya sudah berkahwin dengan seorang jejaka yang kacak wek..wek.. ~sambil jolok-jolok tekak
Apa yang sama hanya lah saya masih comel seperti dulu. :)

Oh... lama sungguh duduk Serdang.
Ayah pun dah nak pencen tak berapa lama lagi.
Jadi, ayah dah mula berdikit-dikit
membuat rumah baru di kampung mak kat Kuala Sungai Baru, Melaka.
Lepas pencen nanti, mak ayah akan berpindah terus ke Melaka.

Ayah dah teruja dah tu sebab tapak rumah baru nya dah siap ditambak.
Siap tanam pokok tembikai lagi.
Sudah berbuah pun pokok tembikai yang ditanam.
Perigi juga sudah digali,
walaupun rumahnya masih belum mula dibina.

Nampaknya,
tak lama lagi saya kena balik ke Melaka laaa dan bukan Serdang lagi.

Tinggallah rumah Serdang bersama memori suka dan duka kami sekeluarga.

Walaupun mungkin suasana di kampung nanti akan lebih tenang,
namun saya pasti kenangan semasa di Serdang
tak mungkin dapat kami lupakan hingga ke akhir hayat kami.....

~harap-harap orang yang akan sewa rumah itu nanti akan jaga rumah kesayangan keluarga kami dengan baik..!! Tetiba pula saya bergenang air mata!

No comments: