Pembaca Blog Ini...

Monday, June 22, 2009

Suamiku murah rezeki

Tengahari tadi, suami saya telefon.

Katanya, hari ini lepas meeting dengan Puan Bos ada berita gembira merangkapberita yang tak berapa gembira didengar.

Yang gembiranya, Puan Bos mahu bagi satu projek baru untuk suami saya untuk dijaga.
Suami saya dipilih kerana tidak ramai staff teknikal di syarikat Puan Bos itu.

Yang tak gembiranya, projek itu adalah di Penang..
Diulangi.. Penang ye puan puan dan tuan tuan..!!

Saya tidak mahu suami saya ke Penang sendiri.
Saya nak ikut sekali.
Tapi, saya tak kan lah nak berhenti kerja kan?
Macam tak sesuai je saya jadi surirumah...
atau saya nak kena cari kerja pula di Penang?

Saya dah berubah riak wajah dah..
Tapi, suami saya kata...
Belum tahu lagi. Kalau nak pergi pun, banyak perkara difikirkan...

8 comments:

zh-ena said...

jd pilihan ain mcm maner klu cik abg kena transfer g penang..

syahdu nyer klu kena berpisah ngan suami..

saya! said...

ena.. belum fikir lagi.. cik abnag kata, kalau bujang boleh laaa nak tranfer2 sesuka hati... tak tahu laaa

abe said...

tak jadi kot,may b mintak kat KB dekat sket

MiszMama@Haslinda said...

salam kenal..
huhu, sedihnye bpisah jauh2. Saya jadi SAHM sampai sekarang sebab bpisah camni arr.. tapi syok woo jadi surirumah..makan, tido, tgk tb..duit tiap2 bulan masuk jugak..duit welfare dr hubby..huhuhu

honeylanz said...

hmm.. kalu abe transfer penang..better ain ikut..jauh tu nak ulang alik penang-setiu...penat nk berulang weekly..hubby has penang-KL "kacang" aja dah katanye..

saya! said...

abang.. owg tak kesah.. cinta kan perlukan pengorbanan.. hahah.. sila muntah...

Haslinda.. duit sendiri tak sama dengan duit hubby. Lagipun untuk masa depan kita juga. Tapi, kalau boleh.. mestilah kita hendak sentiasa dengan suami kita kan..

has.. kalau dah selalu macam hubby has tak pe.. lagipun memang jauh kalau nak dibanding KL-Penang dan Setiu-Penang. Mahunya tercabut urat saraf tetiap minggu nak berulang..

miMiE aZim@Sk ^V^ said...

jadik ke pindah then...???
banyak benda nak setel oo kalau pepindah nieh...

~ain said...

ntah... tengok macamana dulu