Pembaca Blog Ini...

Friday, July 31, 2009

Naim

~mak aiiii panjang nya entri hari ni?
Layan kah saja laaa ye...

Ini Naim..
Adik saya yang bongsu.
Sekarang sudah darjah satu.
Sekarang ni bila saya bawa dia jalan-jalan ke,
mesti orang akan ingat saya ni mak dia..

Oh, no no no..(gaya Fafau)
~saya belum ada tokoh untuk menjadi mak
kepada kanak-kanak seusia Naim..

Naim ni seorang budak yang manja,
lembut hati ala-ala ac anak Has juga laa.
Kalau kat sekolah,
ada budak-budak buli ke apa ke dia diam saja.
Tak melawan pun.. Pasrah je..

"Apa laaa aim ni. Jangan pasrah-pasrah.. Lawan laaa lain kali.
Kata nak jadi tranformer.. hihih"

Manja dengan semua ahli keluarga.
Bagi saya, itu adalah ciri utama seorang anak bongsu.
kan.. kan.. kan.. kan..

Hmm..
Naim ni dilahirkan masa mak dan ayah saya sudah sedikit senang
dari segi material dan spiritual (apa daaa spiritual pulak)..
Oleh sebab itu, apa yang dia nak akan dituruti.


Contoh: (siap nak bagi contoh~penguat hujah!)
Dulu saya selalu ikut mak saya pergi kedai jalan kaki tau..
Lepas tu, nak TORA ke DinDang ke
(alaaaa.. benda alah dalam kotak
lepas tu dalam nya ada permainan tah apa-apa
dengan sedikit bebola coklat..
yang harga RM0.50 kot masa tu...)
jangan harap laaaa nak dapat.
Kena jeling lagi ada.
Kalau nasib tak baik, kena cubit sikit.. ahahhahaahh

Ye laaa masa tu mak ayah saya
mana ada income macam sekarang kan.
50 sen tu macam RM5 laaa masa tu kan..
Masa tu pun ayah saya pun baru-baru je keje,
duit pun tak de sangat laaa.
Duduk di bandar pula kan..
Tak macam sekarang ni kan.
Ayah saya dah nak pencen dah,
anak-anak pun dah ramai yang abis sekolah,
keadaan kewangan keluarga pun dah semakin stabil kan..

Sekarang ni, bila time Naim..huh..
dah lah ikut mak pergi kedai naik kereta.
Kereta bukan kereta sorong tau.
Pulak tu, sebut je laaa apa nak..

TORA
yang harga lebih mahal dari masa saya kecil-kecil tu?
Bakugan Ball?
Hot Wheel beratus ringgit?
Ben10?
Apa lagi?
Semuanya dapat.. jeles betul aku hahahaha..
Kalau mak ayah tak belikan, kakak abang dia belikan..
Kalau saya yang nak masa dolu-dolu?
Sila lah minta..
Dapatkah? Dapatkah??
haaaa.. dapat... dapat cubitan dan bebelan..


Alangkah beruntung nya Naim,
Imahtun dan
Icahtun pun beruntung laaa juga.
Ke mana-mana naik kereta besar,
ada aircond sejuk, ada laptop canggih..
ada rumah besar untuk berteduh,
ada makanan nak dimakan.

Boleh posing bersuka ria..
Ternganga2 mulut masing2 ye...
Yang sorang tu siap mengenyit2 mata ye...
Tak yah fikir, macam mana nak cari makanan, nak cari duit.
Mak ayah je yang fikirkan..

~ Oleh itu, wahai adik-adikku...
sila bersyukur dengan 'keuntungan' kalian!
;-)
dan kita adik beradik juga harus bersyukur dengan 'keuntungan' kita..
Ada orang kemana-mana naik motor je empat beranak.
Kena panas kena hujan.
Nak pergi sekolah pun tak da duit.
Makan pun sekali sehari.
Duduk kat rumah ala-ala pondok je.
Nak buat-buat gembira pun tak larat tau..
Laptop? Tak reti nak on pun. (BERSAMAMU).

Saya bukan mengungkit pun, cuma bercerita.
Bagi motivasi sikit kan budak-budak ni.

Supaya berterima kasih mak dan ayah!!
Hutang ngan mak ayah sila bayar.. hihihi

Saya puas hati, walaupun saya tak dapat TORA tu..
mak ayah beri peluang juga untuk saya
masuk universiti
belajar selagi mahu..
Menjadi insan yang berilmu
untuk mencapai cita-cita
SATU MALAYSIA (apa hal lak ni)

Naim sayang binatang tau..
Kucing ke arnab ke ikan ke hamster ke.. semua dia sayang..
Saya pernah tanya dia,
"Boleh tak Along nak sepak anjing?"
Dia jawab,
"Tak boleh, Aim syayang dia.. Syian dia," ~masa ni dia pelat2 lagi..

Kalau saya, memang jangan harap laaa.
Kucing pun saya rasa nak sepak..
Rasa je tau, tak sepak pun lagi.. hahaha

Semalam mak saya telefon, bagitau Naim demam.
Batuk-batuk teruk sampai hidung berdarah.
Kahak pun berdarah.
Dua kali bawa g klinik.
Risau juga, zaman sekarang ni
macam-macam wabak tengah 'hot' kan.

Mak kata mungkin kegemaran dia terhadap kucing
buatkan dia demam teruk.
Saya pun pernah jadi semput kadang-kadang.
Nasib baik tak teruk...

Ye lah.. kat rumah mak saya ada dua ekor kucing.
Dia kata kucing tu comel. pada saya biasa saja
Naim suka peluk-peluk dan cium-cium kucing.
Bulu-bulu kucing tu kan bahaya..
Naim pulak, lahir tak cukup bulan.
Mak kata budak kecik lahir tak cukup bulan paru-parunya lemah..

Saya nak je suruh mak pergi buang je kucing-kucing tu.
Tapi, ayah saya pun suka juga kucing-kucing tu.
Hari-hari duk menimang kucing tu laa.. membelai laa..
Kucing-kucing tu laaa yang gedik-gedik bila dia balik kerja..
Kang kalau buang kang sedih laaa pulak kan..
Naim sedih, ayah saya pun sedih..

Tapi, kalau fikir sedalam-dalamnya.
Mana lebih disayang?

Kucing yang baru dijaga setahun dua kah?
atau anak yang dah dikorbankan
segala-galanya untuk membesarkannya
selama 7 tahun?

Hanya Tuhan saya yang tahu...



3 comments:

abang said...

oooo sensitip betul ayat yang last2 tu,boleh angin satu badan he he...

budak2 skang ni bertuah,belanja beringgit2 satu ari,abg dulu 40sen jek satu ari.

Mintak lebih kena lempang

~ain said...

apa angin2? heheh

kalau budak sekarang, bagi 40sen memang tak makan laaa dorang kat sekolah..

kena lempang ke? uii.. tragis sungguh.. ada teledera tak time tu, bang? hik hik hik

~ain said...

apa angin2? heheh

kalau budak sekarang, bagi 40sen memang tak makan laaa dorang kat sekolah..

kena lempang ke? uii.. tragis sungguh.. ada teledera tak time tu, bang? hik hik hik