Pembaca Blog Ini...

Saturday, August 8, 2009

Balik Serdang kali ini seronok sangat!!!

Saya dapat simpulkan di sini, kepulangan kami ke Serdang kali ini adalah kepulangan yang paling banyak aktiviti. Sampai mak saya kata, balik ni asyik merayap je..

Oh.. merayap ke? Bukan merangkak atau menyusur.. ~ oh, kalau mak tau.. mati laaaaa.. ahhahaha

Macam-macam tempat kami pergi.
Ke hulu ke hilir melepaskan bosan yang telah lama terpendam di lubuk hati.

Antara aktiviti terakhir ialah bertemu Ena dan suami Ena (tak tahu nama) dan Zura dan Umairah.

Kami menunggu dulu sambil makan kentang goreng.
Oh, burger ikan di Burger King ini tidak sesedap di McD looo..
Saya makan perlahan-lahan saja.
Habis juga akhirnya..

Seronok boleh jumpa mereka secara live
(oh.. ayat ini menggambarkan mereka semua bagaikan artis.. hahaha)
Ena ni sangat ceria orangnya tau.
Asal nak ambil gambar je, dia tersenyum...
Terus je memberikan posing yang menarik.
Macam dah penah pergi kursus modelling terlatih..
heheheh..
Tak suka baju kurung itu sebab saya kelihatan bertambah gemuk!
Tapi, memakai baju itu adalah tindakan rasional
kerana saya tak ada baju lain dah.
Semua baju sudah dipakai...
Tak sempat nak basuh sebabnya sibuk berjalan jek..
Tengok!
Ena sempat lagi buat peace
walaupun ini adalah gambar candid
hasil tembakan suami saya.

Akhirnya dapat juga saya tengok Umairah ini.
Hahahha..
Mesti nak tergelak tengok muka dia.
Suami saya kata, mata dia sangat banyak mata hitam.
Bila sekali pandang, macam tak ada mata putih je.

Umairah.. arghh... geram betoi aku tengok budak ni...!!
~sesuka hati je ...
Relax je dia duduk dengan suami saya.
Asyik-asyik pandang je.

"Kenapa pakcik ni macam babah, tapi tak macam babah..?
Adui.. kompius betul laaa"
kata Umairah sambil memandang
pakcik berbaju hijau ini berulang kali..
kah kah kah..
Cik Umairah kita sedang sibuk makan nuget.Pandai posing pulak tu.
Mungkin itu adalah 'penyakit keturunan"
hikhikhik

Zura pulak macam tak puas hati jek..
Serius je muka. Takut den...
Sebab tak dapat tengok Nur Kasih kot..
heheh~jangan marah ye...!

Apa-apa pun, seronok dapat jumpa u ols semua.
Dah lama dah nak jumpa, asyik tertangguh.
Harap ada peluang nak jumpa lagi!

Oh.. seronok sungguh cuti kali ini.
Esok dah nak balik Terengganu dah.
Hidup akan kembali seperti biasa...

Dah.. nak tido...
tata..


5 comments:

Zura Tahir said...

waaahhhh...awalnye buat entry nie...terlepas nur kasih xpe sbb ade noraini...hehehe...

~ain said...

hahaha.. zura.. noraini tidak sama dengan nor aminah.. heheheh nice to meet u zura.. moga ketemu lagi..

zh-ena said...

mmg sgt seronok jumpa ain n ur hubby yg sgt supporting..siap gelak tak hengat..

next time blh la jumpa lg kan

hati2 blk ganu nnti

Adam said...

ah ! basikal ijau tu .. :p

~ain said...

ena.. itu baru gelak sikit tu. kalau kami hentam gelak sampai kuar air mata, haaaa haru laaaa gamaknya.

lain kali kalau ada masa lapang lagi, kita jumpa ye..


dakjaat.. lawak ok tgk umairah naik basikal hijau dengan muka confident.. ahahahaha