Oh..
Apa yang saya sangkakan, telah jadi kenyataan!
Pagi tadi saya amatlah malas nak pergi kerja awal-awal,
sebab saya dah cancel semua kelas saya.
Saya tengok student dah makin lama, makin tak ramai ke kelas.
Ada yang MC sampai seminggu..
Yang datang kelas pun, ada yang batuk-batuk dan selesama.
Saya terus diorang pergi klinik.
Makanya, saya cakap kat student, kalau mereka rasa tak selamat..
saya benarkan mereka balik. (eceh..macam ada kuasa pulak aku ni)
Lagipun, ramai pensyarah dah ke UPM untuk konvo program kerjasama.
Jadi, tinggal kelas saya je tak cancel.
Dalam pukul 10, saya nak pergi kerja, saya sms officemate
nak tanya econ dah elok ke belum.
Officemate saya kata kolej sudah isytihar tutup hingga 21 Ogos..
Arahan dari kementerian sebab keadaan jangkitan di kolej itu, semakin tidak terkawal.
Oh.. .
Walaupun seronok juga sebab dapat cuti lama dalam hati saya agak risau...
Ini bukan cuti seronok macam cuti raya tau..
Ini cuti sebab wabak penyakit berjangkit yang melibatkan nyawa.
Risau dengan kes H1N1 yang makin teruk hari ini.
Risau sebab silibus tak habis lagi.
Nanti kena buat kelas ganti malam laaa..
Malam pula kalau bulan puasa, mana sempat nak solat tarawikh kan..
Staff lain termasuk pensyarah dapat cuti pelepasan hingga hari Isnin, 17 Ogos.
Lepas tarikh itu, kalau nak cuti digalakkan..
Adakah saya harus sambung cuti sampai student masuk semula?
Cuti tahunan saya banyak lagi, ada 15 hari lagi..
Tapi, apa saya nak buat ni.. Duduk rumah?
Haaa.. kena siapkan sinopsis YK laaa!
Mak saya siap senaraikan lagi nama adik-beradik saya yang sensitif
dengan habuk dan mudah dapat jangkitan.
Saya pun masuk senarai.
Kalau ke mana-mana mak suruh pakai mask.
Saya dulu ada asthma.
Penyakit keturunan belah mak saya.
Sekarang ni ada jugak kena kalau terlalu terdedah dengan habuk ke bulu kucing ke...
Memang mudah kena selsema.
Kalau nasib tak baik, sampai demam dan hilang suara..
Oh, risau ...
Semoga Allah jauhkan dari segala penyakit ini.....
~Amin
3 comments:
semoga kita dijauhkan penyakit nie semua..Amin
ena.. amin...
ena.. amin...
Post a Comment