Pembaca Blog Ini...

Wednesday, August 12, 2009

Bakal Penulis

Tajuk: Rumah Orang Kaya
Karya: Ahmad Naim bin Ammran (7 Tahun)

Ini lah isi kandungannya..

Kehidupan laut, sotong ikan udang.

Rumah itu cantik dan bersih.

Rumah itu berharga satu juta ringgit.
Ada seekor kuda di kandang.
Ada seekor lembu di ladang.

Ada seekor kambing dan
ada seekor kura-kura dan ada sebuah garaj.

Dan ada sebuah kolam mandi dan ada sebuah halaman.
Kolam ikan 2500 ekor.
TAMAT

Siap dengan illustrasi sendiri tu.
Tak payah pakai illustrator dari PTS One.. :-)

Naim memang suka menulis dan melukis.
Dia pernah saman mak saya 1 juta.
Dia pernah buat kad hari guru.
Dia pernah jawab exam dengan ayat-ayat yang tidak tercapai dek akalku!

Ayah
kata, bila dia dah lancar membaca nanti ayah nak suruh dia buat blog juga.
Hehehe..

Semoga Naim juga menjadi penulis suatu hari nanti!
Sudah tentu ayah bangga bagai nak rak, kan kan kan...?
~Aminnnnn.................



p/s:
Saya nak ambil 'Rumah Orang Kaya'
yang dia tulis dan lukis tu, tapi dia tak kasi.
Dia minta duit dulu..
Amboi, belum apa-apa dah nak minta royalti ye?
Mata duitan betul budak zaman millenium ni....

3 comments:

Zura said...

ayah ain penulis erk..??

zh-ena said...

ader bakat lg dr family ain

~ain said...

zura.. a'ah.. ayah penulis sambilan..

ena... itu laa... mungkin ada lagi bakat terpendam yang masih belum kami temui dalam keluarga kami..