Pembaca Blog Ini...

Friday, August 21, 2009

Tabah nya!


Sekarang, di TV3 ada rancangan Dalam Kenangan.
Rancangan khas memperingati Ustaz Asri Rabbani..

Rilek je dengar isteri dia cerita detik-detik akhir.
Betapa tabah nya dia kan.
Dalam hati dia hanya Allah saja yang tahu.
Kehilangan suami yang dicintai.....
Kena jaga 'amanah' yang masih kecil seorang diri.

Sesungguhnya Allah tidak akan menguji dengan ujian dan dugaan
yang tidak mampu ditempui oleh hamba-Nya.

Saya pula yang sedih.
Saya pernah jumpa Ustaz Asri di perkarangan Bazar Ramadhan di PKNS Bangi.
Masa tu tunang saya berniaga sempena bulan Ramadhan rasanya 3 ke 4 tahun yang lalu.
Saya menepek di gerai dia laaaa..
Arwah seorang yang ramah dan sentiasa tersenyum...!

Tiba-tiba rindu nak dengar suara Ustaz Asri
mendendangkan 'Intifadah' dan 'Pergi Tak Kembali'...


Semoga Allah memberi kekuatan kepada
isteri beliau untuk mengharungi dugaan ini.

Semoga Allah merahmati arwah di sana.
.......Al-Fatihah........

~taip entri sambil menitis air mata...

pict: from google

4 comments:

zh-ena said...

al-fatihah

pergi takkan kembali

honeylanz said...

Al-Fatihah utk arwah

~ain said...

ena.. sedih laaa.. tetiba emo tau tengok anak dgn isteri dia tadi..

has.. arwah orang yang bai, moga dia bahagia di sana..

Zura said...

setiap yg hidup pasti mati...al fatihah