Pembaca Blog Ini...

Friday, August 21, 2009

Jemputan Majlis Perkahwinan

Ye ye.. tau.. semua dah bosan bila saya cerita pasal kebun saya kan kan kan?

Sorry laaa, bukan niatku nak buat dirimu bosan..
Ok..

Saya nak ambil kesempatan ni, untuk menjemput kalian semua ke majlis kenduri kahwin.
Majlis ini InsyaAllah akan dilangsungkan di rumah abah @ pak mertua saya pada 24 September 2009.

Dah tiga tahun berturut-turut dah rumah abah ni ada kenduri kahwin.
Haa... biasa laaa kan.. Dah musimnya.
Bila anak-anak kecik, sibuk anak nak periksa UPSR laaaa.. PMR laaa.... SPM laaaa...
Anak nak konvo laaaaa.... Duit mak pak abis pada anak nak belajar laaaa...

Bila dah besar, anak dah kerja setahun dua,
haaaaaaaaaaaaa..
mula laaa mak pak risau nak cari duit sebab nak kahwinkan anak pulak.
Memang laaaa anak-anak ada kerja sendiri dah, tapi.. baru-baru kerja, mana laaaa nak ada duit sangat..
Kalau tak dengan pertolongan mak pak, tak dapat laaa nak buat kenduri ajak sekampung kan.

Di kesempatan ini, saya nak ucapkan terima kasih kepada mak pak saya.. Encik Ammran dan Puan Masnah... yang telah bertungkus lumus menjaga saya dan kemudiannya memperuntukkan sejumlah perbelanjaan untuk melengkapkan majlis perkahwinan saya. Oh, tanpa mereka siapa laaaa saya..

Pertolongan dan ihsan mak ayah laaaa saya atau lebih tepatnya kami suami isteri tidak perlu menanggung hutang selepas kahwin.
Hutang pinjaman peribadi ke.. apa ke.. tak ada..
Selesainya majlis perkahwinan itu, selesai segalanya.
Mak ayah kata, hidup lepas kahwin adalah yang lebih penting.

Mak ayah juga laaaa telah berusaha semahunya untuk memastikan saya belajar dengan dana yang tidak perlu dibayar kepada PTPTN...
Saya sangat bersyukur sebab tak payah fikir berapa banyak duit gaji saya yang perlu saya tolak untuk bayar PTPTN atau MARA atau apa saja pinjaman pelajaran.
Saya bersyukur sebab boleh belajar rajin-rajin, pointer ok dan kemudian dapat biasiswa..

Aduilaaaa..
kalau nak fikir, kalau nak berkira jasa mak pak kita kepada kita memang tak terkira kan.
Tak terkira dan tak tahu macam mana nak balas.
Mungkin tak terbalas.

Saya sentiasa berdoa agar Allah murahkan rezeki saya,
untuk saya lebih berbakti pada mak ayah saya....

Aih...
Saya nak jemput datang kenduri kan tadi?
Melalut lak sampai mak pak..

Ok laaaa..
saya jemput laaa datang ke sini hari raya nanti..
Kalau tak datang pun saya faham..
Bukannya dekat kan?

Ok.. tata.. nak masak pulak ni..

3 comments:

Anonymous said...

Insya Allah has boleh dtg nih...harap2 boss approved cuti lelama!!

zh-ena said...

jauh tu..ain kirim nasi minyak kat ena ajer la nnti erk "D

~ain said...

has.. haaa.. datang laa kalau ada cuti lebih.. bawa seisi keluarga tau!

ena.. kirim nasi minyak? hahahah