Pembaca Blog Ini...

Friday, August 28, 2009

Ubat untuk kulit kering

Saya rasa mcam bersalah je kat kulit sendiri.
Ye lah hari tu kan baru pakai ST Flawless tu.
Punya laaaa nak, sampai sanggup basuh baju sebulan.
Sekarang ni, dah biasa dah tengok baju penuh bakul sikit terus je basuh.
Dan saya yakin, suami saya bahagia dengan situasi tersebut.
Apabila beliau bahagia, saya tentunya lebih bahagia!

Mula-mula pakai, rasa macam elok je.
Tapi, lepas beberapa minggu kulit jadi kering sangat.

Tak suka!! Rasa nak mengamuk je.
Ada yang kata itu tindak balas produk laaa tu sebab baru nak elok.
Tapi, saya dah takut.. macam fobia je dengan produk ni.
Mungkin dulu sesuai dengan saya, tapi bila dah lama-lama tu dah tak sesuai (ada ke gitu?)

Jadi, saya terus stop pakai mendalah tu..
Kang kalau tak stop kang jadi makin teruk kang..
Habis laaaa kan.
Dah lah nak raya ni..
Nanti ada kenduri kahwin pula.
Kalau muka saya tak gebu, habis laaa orang tanya
(ahahhahahaha.. macam aku lak yang jadi pengantin!!)

Dua hari lepas, saya pergi cari moisturizer untuk kulit kering saya yang dah tak bleh blah ni.

Sakit hati je bila setiap kali tengok muka kat cermin,
nampak kuping-kuping kulit yang menggelupas....
Rasa nak tampar je muka sendiri. (hyperbola sungguh ayatku ini)

Round punya round (bukan MerryGoRound),
tanya dengan budak kat farmasi tu macam-macam..
Tetiba berminat nak cuba moisturizer ni.


Mula-mula nak beli moisturizer Garnier Light
yang Fasha Sandha (apesal laaa nama dia Sandha kan?) jadi model tu...
Alaaaaaa.. yang ukurlah sendiri tu!!

Tapi, saya bukan nak putih, cuma nak hilangkan kulit kering
dan garis-garis halus akibat kekeringan kulit itu...

Saya suka warna kulit saya sekarang.
Tidak terlalu putih dan tidak terlalu gelap..
Sawo matang gituuuuu...
Mat Salleh duk berjemur tengah panas kat pantai
sebab nak dapat warna kulit macam ni tau.
Buat apa saya nak kasi cerah pulak..

Beli sekali dengan cleansing foam.
Bau nya ala-ala epal hijau tu.. saya suka!

Murah je tau. Tak sampai RM30 pun dua-dua ni.
Ingat nak try dia punya toner sekali.
Tapi, macam fobia pulak sebab kalau kata toner ni kan tajam sikit.
Macam toner ST Flawless tu, kan..

Biar saya try cleansing foam dan moisturizer ni dulu.
Kalau ok, saya akan fikirkan pasal toner pulak.

Tentu suami saya geleng-geleng kepala bila baca entri ni, sambil berkata,
"Tak habis-habis bini aku ni dengan produk kecantikan dia!"
~guna term produk kecantikan tu yang tak tahan tuuu...
kah kah kah

Alaaaa haiiii.. cik abangku sayang....
Dah nama nya perempuan kan.
Kecantikan ni kena laaa ambil tahu serba sikit kan?
Para suami kena faham la, kenapa perempuan macam ni.
Kalau perempuan ni tak kesah tentang kecantikan dan penjagaan diri ni kang,
akan jadi alasan pulak mereka nak menambah cawangan
ataupun membuka cawangan di lain kawasan..

Jadi, kena faham la juga, kita isteri ni nak cantik untuk suami.
Biar suami tak muak dan cemuih tengok kita kan?

Tak gitu??

5 comments:

zh-ena said...

wooooo ssh gak nak jd cantik nie kan..byk duit kena dikeluarkan..

betul setuju sgt2..kena la jg kecantikkan nnti uncle encem cari lain..ain yg susah huhuhu

~ain said...

ena.. iye laaa. bukan nak cntik sangat, cuma nak jadi tak huduh je.. heheheh

suami mmg kena faham kan? jangan asyik membebel saja.. ahahah

Mrs LVoe said...

ain, sha dr dulu cuma guna moisturiser je then tepek gn baby powder.. jarang sha guna foundation or compact powder. g kenduri or ade dinner yg glamer je baru pegi ;-)

~ain said...

sha.. ain pun pakai baby powder untuk pi kerja. tapi lama-lama muka jadi kusam laaaa.. tak sesuai kot atau mungkin ain selalu je skip pakai moisturizer sebab malas.. adui.. rasanya berpuluh kali dah sebut perkataan malas ni..

azma izatul said...

saya pengguna setia garnier.. sgt berpuas hati dgn garnier