Pembaca Blog Ini...

Tuesday, September 8, 2009

Memang ada bezanya...

Hari sudah 18 hari kita berada
dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini.

Perbanyakkan beramal dan bersedekah.
Semoga Allah merahmati kita semua..

Sepanjang 18 hari ni, saya tak de lah gantung periuk terus tak masak untuk berbuka..
Ada laaaa 3-4 kali dalam seminggu saya merendek kat PARAM.
Kira adil lah kan, separuh minggu masak kat rumah, separuh minggu lagi masak kat PARAM.
Oleh kerana ada 7 hari dalam seminggu maka, sehari itu adalah tidak dikira.. heheheh


Tapi, memang ada perbezaan
antara berbuka dengan masakan dari PARAM...
Ini tak ingat menu hari keberapa.
Ayam percik, daging goreng merah, pari bakar, kuih akok...
Sotong yang secoit tuuuu je saya masak.. hahahha
dan masakan di rumah.
Semalam,
kami macam sangat bosan makan nasi.
Jadi, saya masak mee goreng saja.
Segala 'aksesori' timun, keropok, limau, telur itu
adalah air tangan suami saya.
Kuih kepek idung dan buah melaka tu,
ole-ole dari PARAM..
hahahahaha

Saya tak selalu tepek juadah berbuka
sebab nya malas nak ambil gambar.
Perut dah lapar, mana ada rajin.
Sedangkan kalau kenyang pun tak rajin mana
hahahah
Lagipun, saya tengok ramai sangat dah blogger
yang duk tayang gambar juadah.
Rajin betul mereka..

Sekali sekala ok laaa, kan...

4 comments:

Anonymous said...

terliur sungguh dgn mee grg basah ain buat tuh! komfen ptg ni has cr mee grg

~ain said...

has..haaa.. itulah bezanya antara masakan di PARAM dan di rumah.. hehe

Zura Tahir said...

terliuq tgk

~ain said...

zura.. terliuq? masak sendiri laaa.. sedap kan mee goreng.. tp kadang2 ok laaa makan.. kalau selalu, muak ooooo...