Pembaca Blog Ini...

Tuesday, September 8, 2009

Berurut

Ingat tak entri ini..

Saya masih dalam usaha nak mencari penawar penyakit saya ini.

Abah cakap ada makcik ni bagus mengurut.
Mok (nenek cik abang, tapi cik abang panggil mok, saya tak faham kenapa saya pun panggil je laaa mok), pun kata makcik tu pandai mengurut.
Cik abang pun ajak laaa mengurut kat situ.
Cuba lagi, mana lah tau berkesan ke kan..
Punya saya takut sebab saya tak kenal orang kat situ.
Saya ajak cik abang teman sampai dalam bilik..
Lepas tu, bila makcik tu suh buka baju, tak pasal-pasal nak malu dengan suami sendiri..
Poyo laaaa haku ni..
kah kah kah..

Ini bukan makcik tu. Gambar ni saya google..
Mudah-mudahan beransur sembuh laaa..
Sebab macam-macam dah kami usaha..
Makan ubat laaa..
Balut dengan PB, alhamdulillah memang ada rasa kurang, tapi still sakit-sakit juga..
Berat badan pun (tak de kena mengena) dah turun lagi 2.2 pounds (tetiba nak convert pada pound)
Ayat terakhir di perenggan ini adalah tidak releven.
Anggaplah ia sebagai ayat hiasan sahaja. =p

Pernah jugak urut sebelum ni, tapi rasa macam takde perubahan..
Tapi, alhamdulillah.. urut dengan makcik ni.. memang rasa ketara sangat perubahan.
Semalam mengurut, hari ni rasa lega.
Tak sakit macam dulu sangat dah..
Berdenyut-denyut pun tak de dah sangat.
Kebas-kebas pun kurang.

Tapi, masa dia mengurut tu mak aiii sakit tau..
Berderap-derap urat haku ditenyehnya.
Sakit macam nak lempang orang je rasanya!
Cik abang buat muka cuak sebab dia ingat saya nak nangis laaa tu.
Namun, sangkaan mu meleset. Saya tak nangis tau.. Tahan.. tahan..

Walaupun memang sakit...
Ye lah, tiba-tiba rasa macam kena kejutan elektrik pun ada jugak.
Kuat oooo makcik ni mengurut, walaupun dia dah tua.
Sampai lebam-lebam saya ditekannya.
Dia kata urat halus (apa daa urat halus?) saya dah tegang sangat dah sebab dah lama sakit..
Jadi, payah sikit nak betulkan...

Lepas dia habis urut, memang rasa ringan je.
Memang betul kata abah dan mok, makcik ni pandai urut.
Cik abang kata, nak bawa saya pi urut lagi dua ke tiga kali lagi.
Biar sembuh sepenuhnya.
Nak pi hari-hari tak tahan laaa oiiiii..
Kena laaa tunggu lebam-lebam ni kurang dulu!!!!

Seperti biasa soalan standard, dah ada anak ke?
Berapa lama dah kahwin?
Dia kata lain kali, bawa air..... hape tah.. tak faham pulak saya dia cakap apa..
Yang saya faham, dia kata tak lama lagi lekat laaaaa tu..
Dia nak buat air tawar..
Apa-apa saja laaaa makcik. Asalkan bahagia....

Hmm... saya dulu macam tak berapa suka, bila orang duk tanya hal ni.
Tapi, laaaaaaaaaa ni saya betul-betul tak kesah dah..
Haaaa... ada sape2 lagi nak tanya ke?
Haaaa.... sila laaaa tanya..
Nanti saya jawab yea?
Bukan susah sangat nak jawab soalan tu, senang saja...
Tanya laaaah.. tanya laaaah....

Jangan terlambat pulak nanti!

hehheheh.. =)

~apa saja perkara, akan jadi baik kalau kita melihat dan menilai dari sudut yang baik..

4 comments:

zh-ena said...

betul tu kita kena berusaha..tak blh tggu ajer kan..

honeylanz said...

lama x buat massage. sini mn nk cari yg tradisional mcm tuh.

Zura said...

usaha tangga kejayaan

~ain said...

ena.. sakit tak tahan, mlm2 tak leh tido.. tu yang usaha jugak cari tukang urut.. merata duk tanya..

has.. kat kg2 biasanya ada laaa, kan.. kan bandar2 tu biasa saloon je laa.. tapi tak sama macam orang dulu2 urut kan..

zura.. kejayaan masih dicari.. usaha masih diteruskan.. hahah. poyos je ayat..!!