Pembaca Blog Ini...

Sunday, September 6, 2009

No Chicken at Home


Dah lebih sebulan tak masak ayam kat rumah...

Asyik-asyik makan ikan.
Kalau pi PARAM pun, bila tengok ayam je terus kenyang.. ahahhaha
Masa beli ayam golek tu pun, saya macam malas je nak makan.
Konon-konon nak makan nasi sikit je sebab nak ratah ayam,
tetiba ayam tu tak berapa masak pulak...
Terus mati selera..

Saya tahu, mesti cik abang dah bosan makan ikan.
Sebab tu laaa dia beli ayam percik kat PARAM semalam.
Kali ni banyak pula saya makan ayam tuuu.. heheheh..

Masa berbuka kat CRS pun, saya makan nasi dengan sayur je banyak.
Ayam sikit-sikit je..

Saya tak tahu laaa apesal yang saya jadi
menyampah (tak baik menyampah kat makanan) kat ayam..
Tetiba macam geli je nak makan ayam.
Pelik kan? Bukan apa, bila saya cuci ayam tu kan, saya nampak lelemak tu..
halaaaahai, tak kuasek laaa..



Mengada, kan? Padahal sebelum ni makan je apa pun.
Lemak tak lemak semua sapu.. Hahah..
Tetiba je nak geli kat ayam. Kesian ayam.. Ayam tak salah apa-apa pun.
Tapi, nak buat macam mana.. Dah memang tak de nafsu nak makan ayam..

Kat rumah mak saya, ada dua orang yang tak berapa suka ayam jugak.
Ayah dan Imah pun kureng sikit kalau ayam-ayam ni.
Sebab tu, mak saya selalu masak ikan.
Agaknya saya dah terkena penyakit keturunan kot. hehehhe

Hmmm.. Petang ni, nak berbuka rumah abah.
Mesti ada lauk wajib berasaskan ayam.
Kalau keluarga cik abang, ayam adalah menu wajib.
Ayam memang sentiasa ada stok dalam peti ais.
Percaya atau tidak, boleh dikatakan setiap hari makan ayam..
Kalau tak ada ayam, macam pelik je...

Masa saya duduk rumah abah dulu, abah akan perap ikan siap-siap.
Bila saya balik kerja, abah akan gorengkan ikan untuk saya
sebab dia tahu saya kureng sikit makan ayam.
Tapi, lama-lama saya macam segan je bila abah gorengkan ikan untuk saya.
Menantu lain pun duk cakap belakang-belakang.
Diorang kata saya menantu kesayangan abah..
Ada pulak macam tu.. ?!! Jeles ke? =)

Oleh kerana saya bukan macam tu,
saya pun pindah laaa rumah.. hahahaah alasan tak kukuh..

~Lain padang, lain belalang, kan? =)

2 comments:

honeylanz said...

ayam grg kunyit panas2 amat la sedap!! hehehe.. jgn marah ye ain :)

~ain said...

has.. hahahah.. tadi buka, pak mertua buat ayam goreng kunyit tuu.. ain makan juga, seketul.. carik yang paling kecik.. tengah makan, teringat has.. serius.. tak berapa selera laaa nak makan ayam..