Pembaca Blog Ini...

Friday, October 16, 2009

Macam Umairah

Haaaaa..
saya baru balik dari KT.
Bosan ooooooo duduk rumah hari cuti.
Guling-guling-guling.
Tengok tv.
Tengok dinding.
Tengok syiling rumah.

Aaaaaaaarrrrrrrrgggggggghhh!!!!!
Tak boleh blah punya bosan.
Dari semalam lagi dah bosan kan.
Siap nak jadi penyanyi laaa.
Nak pi Midvalley laaa.

So, jalan-jalan sikit laaa.
Beli barang sikit kat Mydin.
Lepas tu nak bayar kena beratur laaa kan.

Masa beratur tu, kat depan kami ada laa
sepasang suami isteri tu pun beratur juga nak membayar.
Dalam troli diorang ada anak diorang laaa..
Perempuan laaa kot sebab pakai baju pinky-pinky gitu kot..
Eh entahlah....
Tak perasan laaa tapi memang nampak cam perempuan laaaa...

"Abang, cuba tengok budak tu," ~saya kata.

"Heheheh.. macam anak kawan sayang tu.." ~cik abang kata.

"Kawan yang mana?" ~saya cuba recall, anak kawan saya yang mana ek?

"Alaaaaa.. Ena.." ~jawab cik abang.

"Ena mana ek bang?"
~saya ni confuse laaa sebab sebenarnya ramai kawan saya yang nama Ena.
Nama Azlina je ada laaa dekat 3-4 orang..
Belum cerita lagi yang nama Fazlina, Sapinah, Sarina, Sazlina, Farina, Zareena..
Pendek kata memang ramai laaa kawan yang saya panggil Ena....

"Alaaaaaa.. Ena blog laa.." ~ek eh.. ingat pulak dia..

"A'ah laaa.. macam Umairah," ~saya membalas..

Memang betul laaaa..
Budak tu macam Umairah.
Tak ingat nak ambik gambar..
Tapi memang betul, macam Umairah..

Heheh.. rindu pulak kat Umairah...

1 comment:

Zura said...

pelanduk 2 serupa tue...