Pembaca Blog Ini...

Saturday, October 17, 2009

Kek adalah tetap kek...

Rasa macam nak makan kek Bakery Cottage laaaaaa..
Sedap tau kek Bakery Cottage
walaupun ianya tidak lah semahal kek Secret Recipe ini..

Kek yang macam ni...
Alangkah indahnya bila kek masuk dalam mulut.
Kek yang sejuk-sejuk sikit...
Bercakap tentang kek.
Zaman sekarang ni macam-macam jenis kek ada.

Kek cawan homemade pun ada...
Kek boleh dikatakan sebagai penyeri
dalam sesebuah majlis.

Di majlis hari jadi..
Di majlis pertunangan..
Jika di majlis perkahwinan pula,
kek menjadi perkara "mesti ada"..
Baik untuk upacara memotong kek,

mahupun dijadikan sebagai hantaran..

Bagi kami pula,
ada satu peristiwa berkaitan dengan kek di hari kami bernikah.
Apa peristiwanya?

Ini laaah..
Kek hantaran jatuh semasa dalam proses menukar
hantaran belah pengantin lelaki.


Entah mana silapnya,
tertonggeng dulang kek tu menyembah lantai..

Upppsssssssss....
Nak buat macam mana.
Kalau dah bukan rezeki kita,
dah masuk dalam mulut pun boleh terkeluar semula kan.

Malam tu selepas majlis selesai,
kami suami isteri pi bergegas ke Bakery Cottage
untuk mencari kek yang baru menggantikan kek yang cedera itu.
Kemudian pi hantar kat keluarga lelaki.

Walau apapun,
kek adalah tetap kek.
Ianya tidak boleh menjadi selain dari itu..
Takkan laa kek nak jadi nasi lemak pula, kan...
(Pengakhiran yang entah apa-apa)

4 comments:

Anonymous said...

x sedapnye if kek bertukar nasik lemak... hahahah.. tp sesekali mkn cake ni sedapkan...perhh..ni yg rs mcm nk ke SR ;)

Sidratul Muntaha said...

aduhh
sayangnyer ain kek tu jatuh
aduyaii
dah ler mahal plak tu kan?!!

~ain said...

has.. haha.. a'ah sesekali makan kek memang nikmat nya sampai ke tulang.. hahah

ayu.. memang sayang pun.. terjerit2 seisi majlis melihat kejadian itu. tapi nak buat macam mana kan dah tak de rezeki...

Zura Tahir said...

hahaha...statement last tue kelakar...sian nye kek jatuh plak masa pertukaran hantaran tue...