Pembaca Blog Ini...

Sunday, November 8, 2009

1 kg.. (Sebenarnya, JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU adalah jihad yang paling berat)

Hihihihihihih..
Seronok laaa sebab seminggu lepas kawal makan
(terutamanya nasi, mee, bihun dan yang sewaktu dengannya)
saya sudah kehilangan 1 kg.

Haaa.. tu mesti ada 'mulut busuk' yang nak kata,
"Eleh.. setakat 1kg tak yah kecoh laaa wei..."

Eh, suka hati saya laa..
1 kg adalah lebih baik dari 0 kg kan kan kan?

Lagipun, takkan laaa seminggu kau nak aku turun 10 kg..
Nak bunuh aku ke hape?

Ini yang buat saya lebih bersemangat ni.

Terima kasih laa kepada cik abang
sebab dia memberi sokongan dan dorongan
yang sangat saya perlukan.
(Eceh.. macam ucapan artis bila dapat award saja)

  • dia tak paksa saya makan nasi. kalau saya termakan pun, dia tak suruh tambah.
  • dia tak paksa saya pi masak cekodok tengah-tengah malam.
  • dia tak ajak saya pi makan bihun sup, kuew tiaw goreng tengah malam.
  • dia tak suruh saya buat air panas malam-malam.
  • dia tak pi beli burger malam-malam.
  • dia duduk diam je kalau lapar tengah malam buta.
  • dia tak ajak saya pi makan heavy-heavy kat Restoran Ayu. (tempat makan yang dapat kupon tu. Kami dah berjaya dapat 3 kopun tau!)

Pasal pi makan sate tu, saya yang ajak dia
sebab saya bengang sebab tak dapat ikan air tawar.
(Sebenarnya, JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU adalah jihad yang paling berat)

Setakat ni, pagi dan tengahari saya memang ambil shake tu je.
Gigih laaa tapau pi opis.
Air masak memang banyak.
Memang lebih banyak dari biasa.
(Bersih buah pinggang ahkak)

Petang balik kerja, baru laaa saya masak untuk cik abang.
Dia makan nasi, saya makan lauk saja.
Kalau ada roti, saya makan laaa dua keping roti ngan lauk.
Ada jugak laaa makan junk food macam Mister Potato laaa, Chocos laa..
Tapi amaun nya memang sangat sedikit. Buat-buat rasa kata orang.
(Sebenarnya, JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU adalah jihad yang paling berat)

Senaman memang setiap pagi sebelum pi kerja.
Nak pi jogging tak boleh sebab nya musim hujan kan sekarang ni.

Kak Leeds kata (semua pakar pemakanan pun kata),
nak dapatkan berat badan ideal adalah dengan jaga pemakanan
BUKAN duk togok ubat kurus
sambil nasi ambil 3-4 pinggan sehari.
(Sebenarnya, JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU adalah jihad yang paling berat)

Doakan saya terus kuat semangat demi untuk suami saya.

6 comments:

abang said...

tadi dah belasah nasik 2 pinggan,bila nak kecik macam tu

~ain said...

abang.. hahahah.. itu sebab ikan air tawar yang sedap nak mati!! Tapi, 2 pinggan pun hujung2 senduk je kaaaan!!

zh-ena said...

hehehehehhehehe hah dh terbongkar

~ain said...

ena.. dia memang camtu.. saje je nak kasi bakar hati kita ni.. hahah

Zura said...

lain kali kan ain..bile agak2 nk makan kan cube ingat zura ngan ena nye badan yg agak mantap gitu..hehehe...jdkanlah ktorg idola ain...hahahaha...xrugi pape pun...

~ain said...

zura.. ye laa.. boleh tu, jadi idola.. kang tengah2 makan nampak muka korang dalam pinggan kang haru laaaa pulak kang.. hahhaha