Pembaca Blog Ini...

Showing posts with label diet. Show all posts
Showing posts with label diet. Show all posts

Sunday, September 8, 2013

Bimbang Kurus

Hmm... hari ni masuk office. 
Esok lusa outstation. .
Letihnya!

Oh, nak cerita.


Minggu lepas ada dua orang cakap saya kurus. 
Sorang tu rakan sekerja. Siap tanya saya makan supplement apa?
Lepas tu, abah (pak mertua) pun cakap saya makin kurus.

Hari ni, sekumpulan pelajar pulak tegur saya nampak kurus. 

Oh, saya macam manusia biasa juga. 
Maksud saya, "Aku wanita biasa..." yang sangat happy bila diberitahu begitu. 
Dan agak makan hati jika ditegur 'gemuk' atau 'nampak semakin sihat'.. 

Saya sedar. 'nampak kurus' atau 'makin kurus' yang mereka kata itu bukanlah bermaksud kurus yang langsing. Cuma, sedikit kurus dari biasa dan semestinyalah masih gemuk. hahahaha

Tapi, sekarang macam bimbang aje bila orang kata saya kurus sebab saya tak berdiet pun. Saya makan macam biasa. Bimbang lah kalau makin lama semakin kurus tanpa menjaga makan. Takut ada penyakit lain ke, kan...... Nauzubillah....

Untuk sedapkan hati, saya anggap sahajalah pakaian yang saya pakai pada ketika ini yang menampakkan saya sedikit 'kecil' dari biasa. 


Ini gambar saya tahun 2004 kot.
Walaupun tidaklah langsing, tapi tidak gemuklah..

 Memori ajelah ni....
Bak kata kawan saya, "Nenek dia pun dulu masih dara!"

Arghhhhhhh!! ~ makan hati.

Monday, December 31, 2012

Aku, Dia, Mereka dan Ais


Nak luahkan perasaan ni.. Hari ni kerjalah macam biasa. Takde kelas tapi, duk menanda kertas exam banyak gila nak mamps.. Sampai tersengguk-sengguk dah ni..


Masa makan pagi tadi, ada lori ais lalu depan kedai.
Cik abang perli saya, "Yang , itu kan lori kilang Sayang tu?"


Hari tu, dia marah saya asyik minum ais sampai ugut nak bakar kilang ais. Apa da.....?


Saya memang suka ais. Suka! Sangat menyegarkan kalau dapat ais. Lagi pulak, kalau tengah haus dan panas. Saya bukan tak minum air masak. Saya minum sebotol besar 1.5 liter mesti habis setiap hari kat opis. Tapi, kalau kat rumah.. saya selalu geledah peti ais cari ice cube.. Tak kisahlah air kosong pun, asalkan sejuk! Kalau rajin, saya buatlah air manis macam air sirap ke, teh ke... 


Cik abang selalu bising. Dia macam sangat memerangi air sejuk dan air manis. Kat kedai asik mintak air suam je.. Tapi, kalau saya buat dia minum jugak. Padahal dia malas nak buat. Alasan laaa macam-macam. Jaga kesihatan lah apa laaaa... 


Sampai pi potluck rumah si Ayu Blog, haku sempat tanya, "Ada ais?" hahahhahah.. buat malu company! ahahhahhaa.. Takpelaaa. Ayu je pun. Kawan kembar tak seiras, kan? Apa nak malu?


Yelah, betullah! Ais ni tak baik untuk kesihatan. Urat beku laaaa apa la... Tapi, dah sedap dan nikmat.. Apa nak dikata. Kadang-kadang saya tahan juga, tak minum ais. Buat air panas. Tapi...... Tak tahan! Air panas tu, saya tunggu sejuk dan buh ais jugak akhirnya. Dah nak buat camne.. Kenapalah mendalah sedap ni biasanya tak baik untuk kesihatan? Menyampeh.....


Cik abang geleng kepala sambil membebel, "Jaga gok kesihatan tu. Nanti lemau je kang!" Kebetulan masa dia bebel tu, saya tengah minum air mineral. So, menjawab lagi laaaa kan saya kan.. Selagi mampu...


Hari tu, masa tengah minum petang sekeluarga ipar duai semua tak tahan minum ABC. Ngilu gigi laaaaa katanya. Saya rilek je. Hantu ais, kan! Pelik saya tengok diorang tak habis ABC. Saya macam nak menambah satu lagi je... 


Naim cakap, "Along jumpa ais, macam nampak emas..." Dia siap kasi nasihat, "Along, ais kan buat kita jadi gemuk macam lembu... Bahhhhhh Bahhhhh... " ~ siap buat bunyi lembu. Naim 10 tahun, lepas makan minum air suam. Jaga buah pinggang.. Alaaaaaah, perut ko buncit juga, Aim! Ahaksssss......


Ok, disebabkan faktor umur yang semakin meningkat kini, sempena tahun baru 2013 ini saya akan cuba kurangkan pengambilan ais dalam hidup sehari-hari. Bukan berhenti terus tau! (tak berani nak janji berhenti terus)... Saya akan kurangkan ais.. Kalau biasa sehari tu 5 kali, saya akan kurang jadi sekali je.. 


Berjaya atau tidak? Sama-sama kita saksikan...


Gitewwww!

Sunday, November 4, 2012

Vitamin Shaklee yang Best

Saya kan selalu kata, saya ini wanita Jelly.. Entah, asyik malas je. Lemah longlai. Padahal bukan apa sangat pun kerja saya buat. Cuci baju, mesin buat... Jemur baju, cik abang buat... Masak pun, bukan saya je masak, cik abang selalu tolong siapkan bahan. Saya tinggal campak-campak je.. Basuh pinggan mangkuk kuali periuk semua, dia yang buat. Saya takde buat kerja banyak. Agaknya, itulah sebab badan jadi lemau tu kan.. hahaha

Balik kerja melepek. Melepek... Tah apa yang buat saya letih bebenoo saya pun tak pasti. Saya pun fikirlah.. Mungkin saya perlukan supplement. Cik abang kata, saya ni kurang vitamin. Yang banyak vitamin M je.. kahkahkah.. Tak beragak kan dia punya komen. Tapi, betullah tu..

Saya pun fikir dan fikir. Nak try vitamin Shaklee. Dah lama saya tau fasal Shaklee ni. Sejak zaman belajar lagi. Tapi, masa belajar manalah ada duit nak bersuppliment bagai. Makan pun tak tentu hala. 

Emak kata, jenama itu mahal sikit tapi mujarab. Takde kesan sampingan. Saya ni kalau emak kata bagus, saya teruslah terpedaya. hahahaha.. Kata-kata emak saya kalau 10 tu, 9.5 saya akan percaya tanpa periksa. Sebab saya yakin, emak saya takkan menipu saya. kan kan kan... Lagi 0.5 tu tolak sebab emak selalu gelak-gelak kalau saya tanya benda yang tah apa-apa.

Saya fikir lagi, apalah sangat duit takde dibandingkan dengan keadaan badan yag lesu dan sengal. Badan dah guna lama, dan akan digunakan lebih lama lagi. Mesin pun kena hantar servis kan. Saya ni dah tua (sangat). Perlukan vitamin tambahan sebab vitamin dan nutrisi kita dapat dari makanan mungkin tak mencukupi untuk pertumbuhan badan kita.

Saya pun carilah agen yang jual vitamin Shaklee. Eh, tetiba ternampak Ayu Blog adalah Independent Distributor, kan.. Teruslah tak fikir panjang. Sebabnya, saya pun dah kenal baik dengan Ayu. Senanglah urusan nya kan. Saya pm Ayu kat FB. Kemudian, gigihlah si Ayu meneliti mana-mana vitamin yang sesuai untuk keperluan saya. Siap tanya bos bagai... hahaha

Buat masa ni, saya ambil Vitalea, Vitamin B, Vitamin C dan GLA Complex. Tak mahal pun. Ayu suggest amik Trial Pack. Harga lebih murah dan takdelah jemu sangat nak ngadap botol vitamin besar-besar untuk 3-4 bulan kan.. hahahhah..  Emak lah cakap. Baguslah kalau beli bulan2 sebab kalau banyak2 sekaligus, kita akan jadi jemu dan malas nak layan sebab tak habis-habis mendalah nya. hahahha Betul lah, kan? 

Sekarang, dah lebih kurang 3 minggu saya consume 4 jenis vitamin tu .. Saya rasa ruam di dahi macam dah tak de. Macam magik...  Baru beberapa hari makan je masa tu. Rasa macam halus je dahi mak ni, nak...  Masa tengah cuci muka pun kita gosok-gosok muka, eh... mak rasa kulit mak makin halus, nak... Tapi, malas lah nak tanya kat cik abang dia nampak pape beza tak kat kulit saya. Kang terus jatuh semangat yang ada. Terus demotivated terus kang.. ahhahaha.. maklumlah . komen2 beliau bukan reti nak amik hati aku ni.

Sebenarnya jugak, saya tak tahu vitamin yang mana satu buat kulit saya nampak semakin membaik. Saya makan je semua lepas makan. Ikut mana sempatlah. Kalau sempat tengahari, makan tengahari. Kalau tidak, lepas makan malam. Tak yah tepek bedak ke apa. Sebab makan vitamin. So, kulit kita membaik dari dalam kan. Cumanya, kalau makan vitamin ni.. kena sabar sikitlah. Kesan dia tak macam ubat hospital. Kesan serta merta sebab banyak dadah. kan.. Ini semulajadi dan lembut sahaja tindakbalasnya. Maka, kena sabar dan konsisten.

Lagi satu, penghadaman pun makin ok. Tetiap hari mesti membuang. Kalau dulu, nak membuang sakit hati. Tai, sekarang senang hati. tak perlu 'berusaha keras' sangat. hahaha. Malas nak hurai banyak-banyak. Pepaham je lah..

Itu jelah perubahan setakat ni. Jerawat pipi kanan yang teruk sikit dari pipi kiri tu dah semakin ok. Pipi kiri dah halus.. Takde jerawat baru. Sebenarnya, saya nak tambah tenaga je. Tenaga macam biasa, tak menepek dah lepas balik kerja. Boleh terus masuk dapur. Itupun, kalau vitamin M takde.. hahahha.. 

Tapi, tetiba kulit pulak jadi makin elok. Ruam pelik-pelik takde dah. Perasan pagi tadi, masa nak pi kerja tertelek muka sikit. Eh, memang lain lah kulit I sekarang (jom.. jom.. muntah beramai-ramai).. 

Kalau korang nak try, silalah contact Ayu..


Tuesday, February 21, 2012

Kalsium

Saya lenguh kaki.... Huhuhu... Tolong! Tulang dah semakin mereput. Bila saya ngadu kat cik abang, dia bantai gelak, "Macam-macam bini aku ni. Tulang patah lah. Reput lah..."


Berat badan makin bertambah kot. Ini masalah negaraku sekarang. Makan banyak pun naik, makan sikit pun naik. Kena pi jogging hujung minggu ni. Asyik je nak jogging tetiba je ter jogging depan tv lah, ats katil lah. Masalah malas tu lebih BESAR dari tuannya.



Lagipun, saya memang kurang kalsium kot. Sejak kecil tak minum susu sebab emak saya sakit masa saya kecik-kecik tu. Saya duduk dengan arwah atuk nenek. Hisap tet*k atuk. Mestilah mengamuk kan sebab takde susu di situ. Adoi. (*__*) Emak kata, bila atuk nenek kasi susu formula, saya tak mau minum. Kesudahnya, minum susu soya sampailah ke besar. Itulah...... Susu memang tak minum sampai sekarang. 


Dulu, tah tahun bila tak ingat..... Cik abang belikan susu Anlene. Perisa coklat sebab saya kan anti susu tepung warna putih tu. Rasa macam yek yek.. Kononnya, kalau beli susu perisa coklat saya akan minumlah. Memang lah minum. Tapi, ada lah sekali ke dua kali tah. Lepas tu terkandas lah susu tu kat lemari dapur sehinggalah sampai tarikh luput.


Pak mertua saya pun sakit lutut. Tapi, normal lah kan sebab pak mertua dah umur 65 tahun. Saya ni muda lagi pun dah sakit lutut. Alahai hai hai hai... Dia cakap, dia minum Anlene, kurang sikit sakit lutut dia.. Kenapa susu lagi? Kenapa?


Adoi! 
Korang ada tak cara nak dapat kalsium selain minum susu?

Sunday, October 3, 2010

Low determination!


Assalamualaikum


Hai... korang!


Apa kabo? Diharap agar semua sihat belaka.


Saya? Baru baik demam-demam manja!
Batuk, ada sikit-sikit lagi.
Alahai... sakit sikit-sikit tu Allah nak kasi hapus dosa kecil lah tu.


Hari ini, baaaaaaaaaaaanyaaaaaaaaaaak kerja...
Ada 60 transkrip jawapan nak kena tanda.
**pengsan**
Tadi, masa ambil transkrip kat UPP,
ada orang kata saya dah nampak kurus.
Ahhhhhhh.. jangan nak menipu ok!
Jangan nak menipu!
Lempang kang baru tau!
**memang garang sikit hari ni sebab panas.
**Econ sedang dibaik pulih.


Sebenarnya, saya adalah naik banyaaaaaaaaaaaaaaaaaak kg selepas raya.
Kenaikan kg itu adalah melebihi 3 kg yang hilang masa bulan puasa!
Tidak berbaloi.
Semuanya kerana makan banyak di hari raya!


Korang tau apa pak mertua saya tanya kelmarin?
"Ain, abah nak tanya ni. Abah tengok Ain gemuk luar biasa lepas raya ni. Ke ada apa-apa?"


Hahaha.. pak mertua I memang begitu, tau.
Ada sikit kapochi di situ. hehehe.
Lagi satu dia mungkin kemaruk nak menambah cucu.
So
, pepaham je laaaaaaaa!


Saya jawab laaaaaaaa dengan selamba badak.


"Eh, tak de apa-apa laaaaaa.. Masa raya makan banyak. Memang naik berat badan. Banyak!"


Sesungguhnya saya adalah tidak tipu.
Memang saya makan banyak masa raya.
Malah sebelum raya pun (saya dah raya dulu).
Makanya, kenaikan yang mendadak itu adalah memang disangka.


Dengan rasminya, hari ini......
Saya memulakan pemakaian PB yang telah lama ditinggalkan.
Saya bukan tinggalkan terus.
Memalam saya pakai bengkung.
Tidur akan lebih nyaman bila pakai bengkung.
Saya kalau nak nampak kurus dengan segera memang saya pakai PB.
Pakai PB ni sedap sebab badan jadi kemas.
Nanti pinggang rasa kena peluk senantiasa.
Sakit belakang memang hilang. **tak payah minum Tongkat Ali.
Kalau pakai bengkung, memang angin banyak keluar.
Luar biasa........!


"Dah tu, kalau sedap pakai kenapa ko tak pakai, Ain?"
~mesti ada orang tanya gitu kan?


Sebenarnya, bukan salah PB.
Semua tu salah saya!
Saya yang malas pakai sebab kalau pakai PB,
saya tak ada mood nak makan pagi...
Tak dapat makan dengan cik abang pepagi.
Lepas tu, makan cepat kenyang.
Saya nak makan banyak, sebab tu tak mau pakai PB!


So, yang salah bukan PB!
Saya yang salah... sebab low determination!


Ok, kerja banyak!
Harus berhenti membebel sekarang............

Thursday, August 12, 2010

800 gram...

Sudah masuk hari kedua berpuasa..
Tapi, sudah 3 hari tak makan nasi ooooo..
Tak de mana pun teringatkan nasi.
Biasa saja....
Mungkin perut kenyang sebab makan lauk + roti + oat.


Eh, ini bukan nak diet kasi langsing kurus macam model tu tau.
Tak mana nya.. Tak de pun target nak capai berat ideal ke apa.
(hahahahhaha low determination)


Bukan apa, saya banyak kali dah try,
tapi turun naik turun naik berat ni..
Tak kurus pun.
Kang ada kata saya poyo lak kang.
Asyik nak diet tapi, asik tewas.
Makanya, malas laaa nak poyo sangat kan.
Sedang sedang je sudah laaa ke poyo an dia tu..


Sekadar dapat pakai baju raya longgar sket pun dah kira ok laaa.
Setakat ni, tak makan nasi, rasa perut ada longgar sket.
Tak de laaa ketat mana (tapi, masih ketat juga laaaa... =D)


Bukan salah nasi kan, kesian nasi.
Tapi, saya ni kalau dah makan nasi,
tekak tu macam sedap benoooo nak menambah.
Mengada kan.
So, baik laaa jangan makan.
Kalau terpaksa makan sekali sekala, tak pe kot..
Akan cuba kawal kuantiti nya.


Haaaaaa..
cerita pasal nasi ni,
dulu arwah moyang saya cerita.
Nasi ni dah berjanji dengan manusia
akan buat manusia kenyang sentiasa.
Hahhahah
Jangan percaya...
Orang tua memang suka cerita benda tak logik
Lepas tu, cakap macam laaa orang percaya.
(tapi dulu, saya pun percaya juga)


Moga-moga badan boleh kecik sikit.
Kalau tidak, aku pi besarkan baju raya aku.
(Kain baju raya bukan kain lycra yang streachable)
Mungkin (mana tahu kan) tetiba rasa macam
nak teruskan rutin diet selepas raya ke kan...
Manalah tahu, kan!!


Pagi ni timbang, udah tiga hari tidak makan nasi.
Berat sudah turun 800 gram ..
Heheh.. Suka laaa sket.
Tapi, tak leh percaya sangat.
Kang lepas berbuka kang, naik pulak 1000 gram.
HAHAHAHAAHA
Perkara sebegitu sering berlaku..


Hari ini bang ipar suh kami balik
teman abah berbuka kat rumah.
Sebab dia nak berbuka rumah sedara bini dia kat ... (tak ingat)
Kalau berbuka kat rumah abah,
memang makan nasi laaa jawab nye wei....
Hehehehehe


Esok pun abah suh berbuka kat rumah dia.
Dia sesiap taruk menu ikan siakap dah.



Nak suruh saya masak macam dolu2.
Lama tak makan masakan saya katanya.
Ye laaa, saya memang jarang balik sana
sebab "longkang" kat sana busuk wei...
Tak larat nak tengok.
hep.. hep.. astaghfirullah..
puasa.. puasa...


Bila tanya dia, "Lauk apa, bah?"

Dia jawab, "Tak ingat."

"Steam ke tiga rasa?"

Dia jawab lagi, "Tak ingat.."


Nervous wei, bila pak mertua request macam ni.
Nak menambat hati satu hal.
Nak jaga hati satu hal...


Doakan saya berjaya!

Friday, July 16, 2010

"Air Suam Satu, Dik!"

Sekarang ni tak de air manis dalam hidup..
Ewah.. Padahal baru lepas minum milo o...


Sebenarnya, bukan tak de langsung. Cuma, kurangkan laaa..
Kalau selalu 3 kali, kurangkan jadi 1 kali je kan.


Makan kuew tiaw ladna kat tempat biasa pun minta air kosong.
Hahaha... Ini buktinya!

Budak ambil order tu macam pelik, siap tanya dua kali.
Hahahaha..
Lantak laaa, dik!
Ini diri ahkak, ahkak nak air suam laaa..
Ko bagi air suam ah....
HAHAHAH


Nak tayang singgang sotong yang dimasak beberapa hari lepas.
Asyik masak sotong je kan?
Cik abang ni peminat sotong laaa..

Nak tahu macamana nak buat?


Sila ke blog masakan saya..
Cari menu sotong..


Sedap laaaaa singgang sotong ni.
Bagus untuk kesihatan.
Takde minyak...

Friday, April 2, 2010

Tulang oh Tulang! Susu oh Susu!

Mak kata sejak saya kecil, saya tak minum susu.
Mak sakit masa saya kecil-kecil.
Saya tak berkesempatan minum susu mak.
Saya tak suka minum susu formula.
Saya duduk dengan atuk nenek masa kecil,
cuma minum susu soya sahaja.
Bila bagi susu formula, tak nak..
(Dari kecik dah degil!)


Akibatnya, saya memang kurang kalsium.
Sekarang pun saya tak minum susu.
Kalau susu strawberi ke coklat ke boleh laaa....
Kalau susu plain yang macam kucing kat rumah ayah minum tu,
jangan berharap laaa...
Agaknya, susu bahagian saya masa kecil-kecil tu
ayah salurkan untuk kucing-kucingnya sekarang kot.
Entah-entah tulang kucing ayah saya tu lebih kuat dari tulang saya.
HAHAHAHA


Saya: Abang, owang kan kalau masa solat kan
semua tulang belulang owang bunyi-bunyi.
Macam nak patah aje tau. Dah reput kot!



Abang: Minumlah banyak susu.


Saya: Apa? Susu? Oh, no!


Gambar di bawah ini adalah dari google.
Saya beli yang perisa choc, ye!
Kalau yang putih tu,
ahahahahah tak tahu laaa mampu minum ke tak.

Yang perisa choc ni pun tengah duk tenung-tenung lagi ni....

Demi kesihatan tulang, saya akan usahakan!


psss....
Cik abang tanya, susu untuk urat tegang tak de?
hish... apa jenis soalan ni?

Tuesday, November 17, 2009

Syanie tak pandai bergaya (COPY PASTE. SAHAJA)

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA




"SAYA sedar berat badan naik mendadak sejak di bangku sekolah lagi. Paling tidak boleh lupa, dulu saya bedal nasi ikut sedap. Semakin lama, badan semakin berisi macam dipam-pam," luah Syanie atau nama sebenarnya Syaniza Hisham, 35, ketika ditemui di syarikat produksi milik ibunya, Nizarman (M) Sdn. Bhd. di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini.

Keadaan menjadi semakin buruk, lebih-lebih lagi selepas ibu bapanya bercerai. Akibat tekanan dan tidak dapat menerima hakikat, Syanie mula makan pelbagai jenis makanan tanpa mengira masa.

"Masa kecil saya manja dengan ayah dan rapat dengan mummy. Sejak itu, bila rasa sedih dan menangis, saya akan makan," kata anak kepada penerbit filem Ruhani Abdul Rahman itu.

Hubungannya dengan ahli keluarga sangat rapat. Selepas ibu bapanya bercerai, Syanie mula rapat dengan adik perempuannya, Syarina. Apa sahaja masalah akan dikongsi bersama.

Ketika berusia 11 tahun, berat badannya meningkat sebanyak 70 paun (31 kilogram). Anak sulung daripada lima beradik itu juga memberitahu, pernah ada orang tersalah anggap yang dirinya sudah remaja. Sedangkan umurnya pada masa itu baru berusia 12 tahun.

Syanie sentiasa merasakan dirinya tidak pernah normal sejak kecil. Disebabkan memiliki badan yang besar, dia mula malu untuk bercakap dengan orang. Malah, menjadi seorang yang sangat sensitif.

Rezeki berlakon

Keadaan itu berterusan sehingga Syanie masuk ke Kolej Sunway, di Petaling Jaya, Selangor pada usia 18 tahun. Dia yang tidak mempunyai ramai teman semakin rasa terasing dan tertekan.


SYANIE mudah penat setiap kali selepas menjalani rakaman program televisyen atau drama.


"Setiap kali habis kelas saya akan pulang ke rumah. Jarang sekali melepak dan menghabiskan masa dengan kawan-kawan.

"Saya rasa diri kecil sangat kalau hendak dibandingkan dengan orang lain. Sewaktu remaja, saya tak tahu bergaya. Pakai baju pun tak ikut fesyen," katanya yang mengakui sering diperhatikan ketika di kolej.

Biarpun pandai dalam pelajaran, disebabkan oleh tekanan yang diterimanya, dia tidak dapat menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda.

Bercerita mengenai penglibatannya dalam dunia lakonan, Syanie memperoleh tawaran berlakon dalam drama Sayang Si Montel daripada Azmah Advertising selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Selepas itu, dia pernah mendapat jemputan daripada pengarah Aziz M. Osman untuk menjayakan dua episod drama Cili Padi.Nama Syanie mula dikenali selepas menjayakan drama arahan Azwan Ali iaitu Lontong dan Sambal.

Cepat penat

Menceritakan kesukaran dihadapi sepanjang membawa beban badan yang besar, Syanie menyatakan dia sukar mencari saiz baju, kasut dan seluar yang sesuai. Sehinggakan dia terpaksa membeli pakaian dalam di luar negara.

"Apabila badan sudah terlalu besar, nak berjalan pun payah. Jadi, pada tahun 2006 saya ada makan pil. Saya gembira kerana berat badan turun. Tetapi selepas saya berhenti makan pil tersebut, berat badan bertambah sebanyak 70 kilogram (kg). Lebih daripada berat badan sebelum ini.

"Saya juga menghadapi masalah setiap kali pergi ke set penggambaran. Saya sering merasa gementar untuk keluar dari kereta dan berjumpa dengan orang," kata Syanie yang enggan mendedahkan berat badannya ketika itu.

Dia juga sering penat setiap kali menjayakan rakaman drama. Sebaik sahaja pengarah menjerit 'cut', dia akan segera mendapatkan kerusi berdekatan untuk duduk dan berehat.


SAIZ tubuh yang besar membuatkan Syanie berasa rendah diri.


Pada bulan November tahun lalu, dia menghadapi masalah kerap terjaga pada waktu malam (obstructive sleep apnea). Setiap kali tidur pada waktu malam, dia akan terjaga kerana sesak nafas.

Kadangkala, Syanie boleh terjaga beberapa kali. Ini menyebabkan dia merasa mengantuk pada siang hari. Jelasnya, pernah semasa duduk bersembang dengan orang dia boleh terlelap.

Gastric bypass

Takut dengan masalah yang dihadapinya, Syanie pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Doktor memberitahu, setiap kali dia tidur, oksigen tidak sampai ke otaknya sebanyak 70 kali. Disebabkan kesukaran dan masalah kesihatan yang dihadapi, dia nekad mengubah gaya hidupnya.

Berat badannya ketika ini telah berkurang sebanyak 45kg. Ia semakin berkurangan selepas dia melakukan pembedahan gastric bypass bagi memendekkan ususnya. Itu pun selepas mengambil masa selama setahun untuk memikirkannya.

"Pembedahan itu tidak ada kena mengena untuk tampil cantik. Semuanya kerana soal ingin menjaga kesihatan. Doktor cakap, umur boleh jadi pendek jika berat badan melampau.

"Selain itu, mereka yang berbadan besar juga cenderung menghidap penyakit jantung, asma, kencing manis dan darah tinggi," kata pelakon yang pernah mendirikan rumah tangga selama enam tahun tetapi tidak berkekalan.

Doktor juga ada memberitahunya mengenai kemungkinan berlakunya kebocoran usus selepas pembedahan.

Alhamdulillah, selepas melakukan pembedahan gastric bypass dia tidak mengalami sebarang komplikasi.

Namun, bukan mudah untuk doktor melakukan pembedahan ke atas Syanie. Disebabkan terlalu banyak lemak, doktor menyarankan supaya dia mengurangkan berat badan sebanyak 10kg.

Dalam tempoh sebulan sebelum pembedahan, dia cuma makan sup, Nestum dan roti. Syanie juga berenang untuk mengurangkan berat badan. Bertekad untuk kurus dan sihat, dia sanggup menahan lapar.


PEMBEDAHAN yang dilaluinya bukan untuk tampil cantik, sebaliknya ingin menjaga kesihatan.


Bersikap positif

Kini, selepas hampir lima bulan menjalani pembedahan di Hospital Pakar Damansara, Petaling Jaya ternyata berat badannya semakin berkurang.

Selain pengambilan makanan dalam jumlah yang sedikit, Syanie juga rajin bersenam.

"Nafsu makan masih macam dulu. Kadang-kadang saya ambil nasi penuh sepinggan dengan dua ketul ayam dan lauk-lauk lain. Tetapi selepas menjamahnya dua atau tiga suap, saya sudah kenyang," katanya.

Syanie menyeru kepada individu yang bertubuh besar agar jangan sesekali berasa rendah diri dan tidak berani mencuba untuk menguruskan badan.Tanamkan sikap positif dalam diri.

Biarpun sifat malu dalam diri masih tebal, namun Syanie meminta supaya golongan senasib dengannya membuang dan melawan semua perasaan tersebut. Walaupun pernah diketepikan dan dicemuh, anggaplah itu semua sebagai cabaran untuk mematangkan diri.

"Berani mencuba apa saja yang ingin dilakukan. Saya pernah teringin menaiki Roller Coaster. Pergi beli tiket dan cuba duduk di kerusi Roller Coaster tersebut tetapi malangnya tak muat.~SEDIH KAN??

"Kalau tidak berani mencuba, kita tidak tahu kemampuan diri sendiri," katanya yang kini sudah boleh memandu kereta selepas dua tahun sekadar menjadi penumpang.


Haa... kadang2 masyarakat kita ni memandang enteng perasaan orang berbadan besar!

Kalau Allah jadikan dia berbadan besar jugak, baru dia tahu kot!

Sunday, November 8, 2009

1 kg.. (Sebenarnya, JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU adalah jihad yang paling berat)

Hihihihihihih..
Seronok laaa sebab seminggu lepas kawal makan
(terutamanya nasi, mee, bihun dan yang sewaktu dengannya)
saya sudah kehilangan 1 kg.

Haaa.. tu mesti ada 'mulut busuk' yang nak kata,
"Eleh.. setakat 1kg tak yah kecoh laaa wei..."

Eh, suka hati saya laa..
1 kg adalah lebih baik dari 0 kg kan kan kan?

Lagipun, takkan laaa seminggu kau nak aku turun 10 kg..
Nak bunuh aku ke hape?

Ini yang buat saya lebih bersemangat ni.

Terima kasih laa kepada cik abang
sebab dia memberi sokongan dan dorongan
yang sangat saya perlukan.
(Eceh.. macam ucapan artis bila dapat award saja)

  • dia tak paksa saya makan nasi. kalau saya termakan pun, dia tak suruh tambah.
  • dia tak paksa saya pi masak cekodok tengah-tengah malam.
  • dia tak ajak saya pi makan bihun sup, kuew tiaw goreng tengah malam.
  • dia tak suruh saya buat air panas malam-malam.
  • dia tak pi beli burger malam-malam.
  • dia duduk diam je kalau lapar tengah malam buta.
  • dia tak ajak saya pi makan heavy-heavy kat Restoran Ayu. (tempat makan yang dapat kupon tu. Kami dah berjaya dapat 3 kopun tau!)

Pasal pi makan sate tu, saya yang ajak dia
sebab saya bengang sebab tak dapat ikan air tawar.
(Sebenarnya, JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU adalah jihad yang paling berat)

Setakat ni, pagi dan tengahari saya memang ambil shake tu je.
Gigih laaa tapau pi opis.
Air masak memang banyak.
Memang lebih banyak dari biasa.
(Bersih buah pinggang ahkak)

Petang balik kerja, baru laaa saya masak untuk cik abang.
Dia makan nasi, saya makan lauk saja.
Kalau ada roti, saya makan laaa dua keping roti ngan lauk.
Ada jugak laaa makan junk food macam Mister Potato laaa, Chocos laa..
Tapi amaun nya memang sangat sedikit. Buat-buat rasa kata orang.
(Sebenarnya, JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU adalah jihad yang paling berat)

Senaman memang setiap pagi sebelum pi kerja.
Nak pi jogging tak boleh sebab nya musim hujan kan sekarang ni.

Kak Leeds kata (semua pakar pemakanan pun kata),
nak dapatkan berat badan ideal adalah dengan jaga pemakanan
BUKAN duk togok ubat kurus
sambil nasi ambil 3-4 pinggan sehari.
(Sebenarnya, JIHAD MELAWAN HAWA NAFSU adalah jihad yang paling berat)

Doakan saya terus kuat semangat demi untuk suami saya.

Saturday, November 7, 2009

Nikmat Musim Tengkujuh

Akhirnya, hari ni dapat juga kamu beli ikan air tawar.


Ikan terubuk sungai yang digoreng garing
Ikan sepat pekasam
Celur pucuk ubi
Budu
Nasi panas-panas



Kalau mak mertua lalu, confirm tak perasan!

(wahh terpaksa saya makan nasi)

Sikit je..
Lebih sedikit dari biasa tau!

Wednesday, November 4, 2009

Kenapa tak makan? Sebab nak sihat..

Sebenarnya saya rasa berat hati nak cerita pasal benda ni?

Eceh.. berat hati konon!

Tapi orang kata perkara baik eloklah diwar-warkan.

Saya nak beritahu bahawa saya sangat suka mendalah ini.


Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah sepanjang beberapa hari ambil mendalah ni, saya kurang rasa nak makan. Sampai cik abang naik risau. Dia risau bukan sebab apa. Sebab kebiasaannya saya ni jenis suka makan dan kuat makan. Jadi, kalau tiba-tiba tak nak makan, kan pelik jadinya kan.. Itu lah yang dia risau tu.

Sebenarnya, saya kenyang. Memang kenyang. Kenyang tu kena disulami dengan azam yang kuat laaaa baru jadi kan. Kalau kenyang, tapi tak tahan dugaan, mesti saya cakap gini, "Abang, jom kita pi makan roti canai.. tak pun mee goreng .. "

AMARAN!
Saya makan bukan untuk kurus melangsing macam supermodel.
Bukan sama sekali. (Ayat penafian yag cukup tegas sekali)
Kang ada suara sumbang lak cakap gini,
"Weii.. sudah laaaa weiii.. Keturunan gemuk, makan laaaa apa pun.. Gemuk jugak laaa ko!"
"Jangan berangan laaa weiiiii.... Makan macam-macam, ada hati nak kurus!"
"Wei... penguin.. Sudah-sudah laa tu.. Pasrah je laa..."

Saya mahu jaga pemakanan saya mulai saat ini.
Saya berjanji dengan diri saya, saya perlu sihat.
Saya perlu sihat.
Saya perlu sihat untuk suami saya.
Azam kena kuat.. Kena kuat..
Persetankan orang poyo yang cakap macam-macam kat saya.
Kalau saya sakit, ada ke orang poyo nak tolong saya?
Ada ke? Orang poyo memang suka perkecilkan orang.. (eh.. emosi lak)

Kalau nak sihat, kena jaga makan.. Jaga makan.. Jaga makan..
Sebab mulut kan punca segala penyakit.
Kita adalah apa yang kita makan.
(Dah laaa saya ni keturunan banyak penyakit.. Keturunan Mazenah..)

Saya fikir (bukan baru fikir, lama dah fikir), saya ni makan macam-macam.
Semua makan tanpa fikir apa jadi dengan makanan yang banyak-banyak masuk dalam perut tu.
Banyak benar lah nampaknya telah menjadi lemak.
Lemak jahat tau, bukan lemak baik.
Macam-macam masalah kesihatan barpunca dari lemak jahat ni.
(Dah laaa saya ni keturunan banyak penyakit.. Keturunan Mazenah..)

Bila badan sihat, dengan sendirinya kita akan cantik.

Saya belum menjadi ahli atau join apa-apa business berkaitan dengan mendalah ni.
Niat saya buat entri bukanlah sebab nak iklan kan produk ke apa.
Sebelum ni saya pernah cuba sesuatu yang juga seperti ni.
Tapi saya tak tahan sebab rasanya tidak serasi dengan tekak saya.
Saya cuma ingin kata, mendalah ni adalah sedap.
Dah lah murah.
Makanan kesihatan yang murah, sedap, lazat ..
Kombinasi yang hebat kan?
dan InsyaAllah kalau diizinkan Allah ianya berkesan ..

~ops..
Lupa... saya beli dari Faida.

~ops..
Lupa sekali lagi...
Saya juga pakai PB yang dibeli dari Kak Eila.
Saya suka PB sangat-sangat.
Saya dah tak sakit belakang dah sejak pakai PB. Alhamdulillah...

~ops..
Lupa lagi daaaa... (banyak teeeeeeeerrrrmakan semut)..
Jangan lupa senaman skippingtau..
(Peringatan untuk diri sendiri)


Ok.. bui.

Risau


Tadi kan angin baik.
Tetiba nak sms cik abang.

"Abang, i love u soooooooooooooooooooo much!"
~ huruf 'o' tu memang banyak macam tu tau.

Nak tahu dia balas apa?
Dia jawab..

"Dah makan ke belum?"

Hahaha..
Tak romantik langsung!!!
Balas laaaa i love u toooo ke....

Sebenarnya dia risau tau sebab saya tak makan sangat sekarang ni.

Dia sedih laaa sebab saya tak makan.
Selalunya saya makan sama je banyak dengan dia makan.
Kadang-kadang siap ngecek dia punya makanan dia pulak.. (serius ok)
Dia ok laaa kan, lelaki.
Saya ni......... (jawab sendiri)

(Padahal dia tak perasan saya makan roti banyak.. ahahahhahahah)

Tuesday, November 3, 2009

Tak boleh minum

Kami berdua kena pantang minum kopi, teh, nescafe...
Sebab apa?

Nanti-nanti lah saya bagitau ye.

Kalau kopi dan nescafe tu mungkin laaa mudah je nak abaikan.
Sebab selama ni pun kami memang tak de stok nescafe di rumah.
Ada sekali je hari tu sebab tetiba kemahak nak nescafe.
Seminggu melantak nescafe sampai sakit kepala, dup dap dup dap di dada..
Bukan tak leh minum.
Tapi, kureng minum je.
Kat rumah mak ke rumah pak mertua ke, memang takde nescafe.
Semua minum teh.
Tak pun milo macam nama kucing adik saya
Kalau minum kat kedai ke kan memang jarang sangat order nescafe.
Kopi apatah lagi.
Kapal api ke, kapal asap ke.. mana ada..
Kalau kopi tongkat ali adalah jugak kadang-kadang.
Minum kat kedai.
Itupun cik abang je laaa.
(ntah apa yang ditongkatnya, saya pun buat-buat tak faham)

Kat rumah mak, ada kopi Radix.
Kalau balik rumah mak, selalu saya rembat sepaket.
Rindu jugak lama tak minum kan.
Lepas ni dah tak leh "mai secawan!" laaaa
heheh



Tapi kalau teh, payah sikit laaaa nak pantang.
Sebab apa-apapun memang teh.
Kalau tak teh tarik, teh o..
Kalau tak teh ais, teh o ais..
Teh dah jadi macam minuman ruji..

Baru-baru ni, rasa nak beli teh o lemon ke apa tah..
Alaa.. sekarang kan dah macam-macam ada kan.
Teh mangga laa.. Teh peach laaa..
Tapi tak leh minum.
Kena lah simpan je kalau ada orang datang rumah boleh hidangkan.
Tak pe laaa... kena berkorban lah.
Demi kebaikan bersama.
Maaf kan owag ye, bang..

Mesti abang rindukan rasa teh nanti kan? kan? kan?

Tuesday, September 1, 2009

Tidak sejajar


Menu berbuka pada hari ke-9 berpuasa adalah

Kari ikan..
Gambar diambil semasa masakan kari saya
masih menggelegak
di atas dapur...


Wahai Cik Puan Noraini..

Anda kata mahu berdiet ye?

Mengapa menu ini tidak sejajar dengan diet yang sihat?

Masih makan makanan yang berlemak seperti ini?

Masih makan kuih berminyak ye??

Haip.. haip..

Benarlah bahawa

Jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu.....

Tapi, saya rasa puas dan senang hati apabila melihat
cik abang saya makan bertambah sehingga menghirup kuah.
Kuah kari tuuuuuuuu sampai berhirup-hirup.
Itu lah salah satu saat bahagia sepanjang saya menjadi isteri!


Monday, August 31, 2009

Ilusi Optik?

Selamat Menyambut Hari Merdeka yang ke-52...
Semoga negara kita akan terus aman dan damai.
Semoga rakyatnya merdeka dalam erti kata yang sebenar!

Malam tadi cik abang ajak 'merendek' ke bandar.
Jalan-jalan sambil tengok suasana malam merdeka.
Sebelum keluar tadi, seperti biasa duk mengambil gambar.
Cik abang pun dah lali dengan perangai si isteri. =)

Tetiba nak tunjuk gambar saya yang nampak macam sedikit kurus..
Hahahahahahah..
Habis la jap lagi ada anonymous yang budiman duk kutuk saya.
Kata perasan laaaaa apa laaaa..

Kalau anonymous tengok gambar beberapa minggu yang lalu ini,
tentu anonymous tu akan lebih rancak mengutuk saya..


Ada saya kesah?
Untuk pengetahuan, saya memang besar di bahagian atas.

Alaaaa....
Yang penting cik abang saya berulangkali duk panggil saya,
"Hai, isteri abang yang cantik!"

"Eh eh.. abang ada isteri lain yang tak cantik ke?"
~adoi, puji salah tak puji pun salah...

Mungkin semua ini
hanyalah ilusi optik semata-mata...
Tapi, bagi saya tidak perlulah secara drastik
untuk nampak kurus dan langsing.
Asalkan kita happy, kan..?

Kita adalah apa yang kita fikirkan.
Kalau kita ceria dan gembira, biar kurus ke gemuk ke,
kita tetap akan nampak cantik dan berseri.

Itulah sebenarnya yang dikatakan natural beauty!

Thursday, July 30, 2009

Apa nak dikata....?

~Auto publish..

Baru je nak mula diet, tapi petang semalam dah pergi makan
ikan besar bagak masak sweet sour
dengan tomyam campur
dengan nasi.. perlu gambar? :-)

Aduii.. balik rumah sikit punya ketat perut!
Macam nak nangis saja.
Ada rasa menyesal..
(aaaa.. jangan kena penyakit menyesal pas makan tu sudah!!)

"Abang laaaa ni...
Ajak owang makan ikan besar bagak tu.
Kan dah kenyang..
Kita kan tengah diet..!!"
ehehe.. padahal saya yang ajak dia..

Tengah malam pulak,
termakan roti dengan telur dengan cheese..
Arghhhh.. sekali lagi menyesal..
ahahha..

Pagi ni, makan kuih + air kosong saja.
Tengahari nanti pasti kenyang lagi.

Malam ni tak mau makan nasi...
TAK NAK...!!
~ macam kempen TAK NAK merokok pulak dah...

:-)

Tuesday, July 28, 2009

Macam Sha dan Has...


Bila pergi blog sha, has dan beberapa orang teman blogger yang lain..
Tiba-tiba rasa semangat tengok mereka hilang ber kg kg!!
Jeles tau!!

Saya cakap dekat suami saya, yang saya nak diet.
Macam sha dan has.
Maklumlah... nak masuk bulan puasa ni, kan..
Bulan penuh barakah dan juga bulan untuk bagi peluang perut untuk berehat!
Bagi saya, kalau boleh 4-5 kg pada bulan puasa ni, kira ok dah kan?
Dari tak da turun langsung....

Selepas beberapa bulan meninggal menu diet saya,
saya rasa macam dah makin berat dah..
Walaupun, bila naik timbang, tak da apa-apa perubahan yang besar sangat!

Saya cuba mempengaruhi suami saya supaya turut serta menjayakan program diet ini.
Saya cakap kat dia, perut dia dah makin ke depan.
Saya ingatkan dia tentang risiko orang bersaiz XL.
Saya bagitau dia, nanti semua baju dia kena beli baru.
Saya cakap kat dia, "Hari tu kan kita diet, kurangkan nasi 3 bulan, banyakkan berat turun?"
Macam-macam saya cakap kat dia.
Akhirnya, dia termakan hasutan
Eh.. ini hasutan yang baik tau!

Macam biasa, kalau saya berdiet..
adalah tidak ada nasi dalam menu harian saya.
Tidak ada sama sekali.
Nasi akan saya gantikan dengan roti ke, oat ke setiap hari.
Kemudian, lauk-lauk rebus, panggang dan kukus..
Lauk pauk saja...
Sekali lagi tidak ada nasi!!
Ditambah dengan buah-buahan dan togok air masak dengan banyak.
Diperlengkapkan dengan aktiviti fizikal secara aktif!
~macam has.. buat senaman skipping!

Kalau ada pun, mungkin 2-3 sudu pada hujung minggu.
Itu sebab tak boleh nak elak, kena pergi rumah mertua.
Kang kalau tak makan kang, kecik hati pulak orang tua, kan..
Makan ambil hati, kata orang...

Minggu depan nak balik rumah mak..
Adui.. kena lupakan sekejap diet sebab mak kanmasak sedap!!
Haa... itulah masalah saya!
Saya harus lebih kuatkan azam, macam sha.. dan has..

Suami saya tanya,
"Sayang, nak target berapa kg pulak kali ni?"

Dengan muka selamba, buat-buat confident, saya menjawab,"
"40kg!!!"

HAHAHAHAHAHAHA
jom gelakkan saya beramai-ramai!...
Target saya yang sebenar sememangnya lebih realistik!


~harap-harap berjaya macam sha dan has...

Wednesday, January 28, 2009

Penimbang berat...

Selepas suami saya mengecilkan hati saya secara tidak sengaja, apa lagi seperti biasa dia nak memujuk laaaa...

Nak tahu apa dia buat untuk memujuk?
Bukan meninggalkan notes yang membuat hatiku berkembang...
Tapi, dia membelikan saya sesuatu seperti ini....

Cantiklah penimbang saya?? hihihihijau gituuuuuuu!!!!

Katanya, dia memang support benar saya nak turunkan berat badan. Dia tak berniat pun nak buat saya kecil hati...

Tapi, saya pulak menjawab...

"Alah, saje je laaa tu nak perli owg kan?? Siap duk beli penimbang berat lagi sebab nak bagitau owg masih berat kan kan kan kan??"

Hehhehe.. sebenarnya, saya saja2 je buat2 mengajuk. Padahal sebelum2 ni pun saya memang banyak kali dah pesan kat dia belikan penimbang berat ni..

"Alahai, sayang oii.. Jangan lah merajuk lagi. Memang lah manusia semua berat, kalau tak berat tu bukan manusia. Manusia kan berjisim... Lagipun, kalau setakat nak bagitau sayang ni masih berat, hari-hari abang boleh bagitau sebab hari-hari abang rasa tau.. tau.. tau..."

HAHAHAHHAHAHAH.. ntah apa apa tah laki aku ni punye modal memujuk.. takde kene mengena langsung...Sudah lah begitu, berbaur 21sx pulak tu..tak senonoh....HAHAHAHAHA....

Malangnya, penimbang itu sedikit ngek ngok.. Bayangkanlah, untuk menguji ketepatan penimbang ini, saya testing2 laaa kan... Saya timbang waktu pagi jadi 75kg, tengahari 74kg, petang 73kg, malam 72kg, tengah malam semasa bangun kencing 71kg... Pagi tadi bila timbang 70kg pulak.... Ahahahahhaha apa jenis penimbang kah ini?? Rasanya nak kan sesuatu seperti ini laaa pula....

Tuesday, January 20, 2009

Tips...

Tips from sini
AMARAN: ENTRI INI LEBIH BERTUJUAN UNTUK MENINGKATKAN KEAZAMAN DAN KEKUATAN SEMANGAT SAYA UNTUK BERJIHAD MELAWAN HAWA NAFSU... KALAU BOSAN, TAK YAH BACA..

1. Eat less. More often. Rather than eating large meals, chop up your eating into smaller portions throughout the day. I found myself eating 3 meals most days and having a snack around 3pm as well as another in the evening. That was enough to keep me from feeling hungry while still eating less in total.
-makan sket sket... tapi, saya ni kalau dah makan tak reti laaa nak sket sket...tapi, saya akan cuba lah.. tanamkan keazaman...

2. Don't eat right before going to bed. I've read this numerous times and don't get why it works, but it does. I set a limit of 3 hours. So I planned to go to bed at midnight, I wouldn't eat past 9pm.
-jangan makan sebelum tidur.. Tapi, semalam saya lapar laaa sebelum tidur. Saya ngap laaaa beberapa potong buah tembikai @ timun cina...

3. Brush your teeth early. For whatever reason, I won't eat when my teeth still feel clean. By brushing them several hours before bed, it was easier to accomplish #2.
-ohoo... kene gosok gigi awal laaa ye.. ahahha.. mau nye saya ngap lagi kang pas gosok gigi.. Tapi, kesungguhan saya ada, cuma kadang-kadang hehehehhe..malu nak cakap...hehhehe

4. Kick the sugar habit. If you drink sugared soft drinks (I used to be a Mt. Dew and Coke fan), replace them either with their diet counterparts or water. This can make a very, very big difference.
-saya sudah kurangkan makanan & minuman super manis kegemaran saya: teh tarik, teh ais, dan puding.... Sebelum ini, ayah saya selalu perli air yang saya buat sangat manis.. Tapi, sekarang sekilo gula di rumah saya masih belum habis setelah 3 bulan saya beli dari kedai..

5. Eat vegetables before the main course. Whenever possible, I'd make sure to have an ample serving of a vegetable (you get very few calories for the amount you eat) before eating the denser main course--often a meat or fish. You'll need less of the dense stuff to be happy.
-ni payah sket.. saya kureng laaa sayur mayur ni.. tapi, saya akan kuatkan keazaman...

6. Update your spreadsheet daily. Keeping a running count will help you ration out the rest of your daily calorie allowance, which we'll talk about tomorrow.
-heheh.. payah laaa pulak nak ngira kalori sehari-hari.. agak-agak je udah le...

7. Get used to leftovers. When you eat out, expect to take some of your meal home. If you eat standard restaurant portions, you'll almost certainly overeat.
-ya.. saya dah lama tak makan kat restoran..

8. Shop with calories in mind. When you're at the grocery store, spends some extra time reading the labels and nutritional information. You'll probably end up changing your shopping habits along the way. You'd be surprised by the how widely the calorie counts in various granola bars varies, for example.
-akan diusahakan. saya tak mau beli beras bulan ni.. biar kami tak yah makan nasi. heheh..tapi, beras 2 bulan lepas pun tak abis lagi tu.. ahahaha

9. Slow down! When you eat fast, you end up ingesting more food before you body has a chance to figure out that it's satisfied (not full).
-slow slow je makan..

10. Drink more water during the day. This is fairly generic advice, but definitely seems to help.
-saya memang banyak minum air sejak rumah saya ada water filter.. Terima kasih mak.Mak saya yang hadiahkan water filter itu.. hehhehe

11. Trick yourself with gum. Sometimes we eat out of habit or because it just feels good to get some flavor in your mouth and chew for a while. Find yourself some sugar-free chewing gum and use it when the urge strikes.
_tak nak ah .. tak suka chewing gum

12. Reduce the amount of breads, chips, crackers, and salty snacks you eat. A lot of starchy and/or salty food make you want to eat and drink even more. This comes straight out of Atkins diet culture.
-tapi, antara roti dan nasi, roti lebih kurang kalori.. 2 keping cukup..

13.Eat Fewer Calories and Monitor Your Intake

I hate to make this sound simple but it is. There are 3,500 calories in every pound of fat. So if you eat an "extra" 250 calories every day (meaning 250 more than you use), you'll gain 2 pounds every month. That's 20 pounds a year. If you eat an extra 125 calories every day (a large banana or apple), that's 10 pounds per year. If you eat an extra 50 calories per day (half a tablespoon of creamy peanut butter), that's still 5 pounds you'll gain in a year.

Like I said yesterday, small changes have a big impact over time.

You can, as many people do, exercise to combat the effect of extra calories. But, honestly, that's a lot of work and takes a lot of time. For example, you'd need to spend an hour walking to burn off those 250 calories. Every day.

I'm not arguing against walking (I do it myself in the morning), but consider how much easier it is to simply not eat the ice cream bar in the first place. Spend a minute or two looking at the list of calories in various foods from the Hacker's Diet. Just give yourself an idea of how easy it is gobble down a bit too many.

Habit #1 is to record what you eat every day. For each meal, jot down the foods and their calorie counts. Then total them at the end of the day. Bonus points for keeping a running total throughout the day. We'll use this both for historical purposes and to help develop your sense of how much to eat every day.

In addition to reading your food packaging (pay special attention to the serving sizes), you can use any number of web sites to figure how roughly how many calories are in various foods. I've found that Calorie King is the best. You simply type the name of the food into their search box and click on the result that best matches. Then pick the quantity and they'll tell you how many calories you ate.

Record everything you eat. Even the little snacks and scraps. It all counts.

After you're comfortable doing this, it'll take you less than five minutes per day. The sooner you start, the sooner you'll know what your daily intake is.


waaaah.. waaaah.. waaaah...
dah macam pakar pemakanan dah saya ni..

Hehehe...
Saya bukan apa u ols...
Saya nak turun berat badan bukannya nak jadi langsing mcm model tu..
Sekadarnya sahaja...
Sebab, kalau semakin berat badan saya, semakin banyak lah masalah yang akan timbul dalam hidup saya..
Perkara utama nya ialah saya nak sihat.. bukan nak cantik (saya tahu, saya ni bukan lah cantik pun)

ENTRI INI LEBIH BERTUJUAN UNTUK MENINGKATKAN KEAZAMAN DAN KEKUATAN SEMANGAT SAYA UNTUK BERJIHAD MELAWAN HAWA NAFSU...