Pembaca Blog Ini...

Wednesday, November 4, 2009

Kenapa tak makan? Sebab nak sihat..

Sebenarnya saya rasa berat hati nak cerita pasal benda ni?

Eceh.. berat hati konon!

Tapi orang kata perkara baik eloklah diwar-warkan.

Saya nak beritahu bahawa saya sangat suka mendalah ini.


Apa yang saya nak kongsikan di sini adalah sepanjang beberapa hari ambil mendalah ni, saya kurang rasa nak makan. Sampai cik abang naik risau. Dia risau bukan sebab apa. Sebab kebiasaannya saya ni jenis suka makan dan kuat makan. Jadi, kalau tiba-tiba tak nak makan, kan pelik jadinya kan.. Itu lah yang dia risau tu.

Sebenarnya, saya kenyang. Memang kenyang. Kenyang tu kena disulami dengan azam yang kuat laaaa baru jadi kan. Kalau kenyang, tapi tak tahan dugaan, mesti saya cakap gini, "Abang, jom kita pi makan roti canai.. tak pun mee goreng .. "

AMARAN!
Saya makan bukan untuk kurus melangsing macam supermodel.
Bukan sama sekali. (Ayat penafian yag cukup tegas sekali)
Kang ada suara sumbang lak cakap gini,
"Weii.. sudah laaaa weiii.. Keturunan gemuk, makan laaaa apa pun.. Gemuk jugak laaa ko!"
"Jangan berangan laaa weiiiii.... Makan macam-macam, ada hati nak kurus!"
"Wei... penguin.. Sudah-sudah laa tu.. Pasrah je laa..."

Saya mahu jaga pemakanan saya mulai saat ini.
Saya berjanji dengan diri saya, saya perlu sihat.
Saya perlu sihat.
Saya perlu sihat untuk suami saya.
Azam kena kuat.. Kena kuat..
Persetankan orang poyo yang cakap macam-macam kat saya.
Kalau saya sakit, ada ke orang poyo nak tolong saya?
Ada ke? Orang poyo memang suka perkecilkan orang.. (eh.. emosi lak)

Kalau nak sihat, kena jaga makan.. Jaga makan.. Jaga makan..
Sebab mulut kan punca segala penyakit.
Kita adalah apa yang kita makan.
(Dah laaa saya ni keturunan banyak penyakit.. Keturunan Mazenah..)

Saya fikir (bukan baru fikir, lama dah fikir), saya ni makan macam-macam.
Semua makan tanpa fikir apa jadi dengan makanan yang banyak-banyak masuk dalam perut tu.
Banyak benar lah nampaknya telah menjadi lemak.
Lemak jahat tau, bukan lemak baik.
Macam-macam masalah kesihatan barpunca dari lemak jahat ni.
(Dah laaa saya ni keturunan banyak penyakit.. Keturunan Mazenah..)

Bila badan sihat, dengan sendirinya kita akan cantik.

Saya belum menjadi ahli atau join apa-apa business berkaitan dengan mendalah ni.
Niat saya buat entri bukanlah sebab nak iklan kan produk ke apa.
Sebelum ni saya pernah cuba sesuatu yang juga seperti ni.
Tapi saya tak tahan sebab rasanya tidak serasi dengan tekak saya.
Saya cuma ingin kata, mendalah ni adalah sedap.
Dah lah murah.
Makanan kesihatan yang murah, sedap, lazat ..
Kombinasi yang hebat kan?
dan InsyaAllah kalau diizinkan Allah ianya berkesan ..

~ops..
Lupa... saya beli dari Faida.

~ops..
Lupa sekali lagi...
Saya juga pakai PB yang dibeli dari Kak Eila.
Saya suka PB sangat-sangat.
Saya dah tak sakit belakang dah sejak pakai PB. Alhamdulillah...

~ops..
Lupa lagi daaaa... (banyak teeeeeeeerrrrmakan semut)..
Jangan lupa senaman skippingtau..
(Peringatan untuk diri sendiri)


Ok.. bui.

9 comments:

honeylanz said...

iye..kita bkn nk slim mcm supermodel..just nk berat badan yg ideal..utk lebih sihat kan..

Zura said...

erm...nmpak sedap klau perisa coklat nie...

Miss B said...

apa benda tu ek? betul la. nak kurus sebab nak sihat. risau bila gemuk risiko dapat penyakit tu lebih.

Apapun, salam perkenalan.

saya said...

hello.. 1st time saya baca blog you. azam untuk sihat tu bagus. saya sokong!!! semoga tercapai. kene kuat semangat tau. peace!!!

zh-ena said...

cha yok cha yok
betul tu jaga badan utk kesihatan

~ain said...

has.. kalau dah dapat badan cam supermodel, boleh laa kita buat part time jadi model majalah ke catwalk ke.. hahahah... mahu terbeliak mata en lanz.. hahah

zura.. bukan nampak sedap je. memang sedap.

missB.. itu adalah makanan kesihatan..

~ain said...

has.. kalau dah dapat badan cam supermodel, boleh laa kita buat part time jadi model majalah ke catwalk ke.. hahahah... mahu terbeliak mata en lanz.. hahah

zura.. bukan nampak sedap je. memang sedap.

missB.. itu adalah makanan kesihatan..

~ain said...

has.. kalau dah dapat badan cam supermodel, boleh laa kita buat part time jadi model majalah ke catwalk ke.. hahahah... mahu terbeliak mata en lanz.. hahah

zura.. bukan nampak sedap je. memang sedap.

missB.. itu adalah makanan kesihatan..

~ain said...

saya.. TQ atas support tersebut.. saya hargai.. BTW, selamat berkenalan. rajin2 laa dtg 'rumah' saya ini ye..

ena.. ye na.. nak sihat dan cantik untuk suami dan keluarga.