Pembaca Blog Ini...

Tuesday, January 19, 2010

Perancangan Projek Penulisan

Saya semakin berminat menulis. Semakin bersemangat bila dikhabar novel sulung saya telah diulang cetak sebanyak 3000 naskhah lagi. Tak sangka betul! Apa-apapun alhamdulillah.. Syukur kepada Allah telah memberikan nikmat itu kepada saya. Hmm.. maksud saya.. kepada kami sekeluarga.

Menurut perancangan PTS, novel sequel kedua akan terbit pada bulan April. Harap-harap sempat terbit sebelum pesta buku di PWTC nanti. Pesta buku itu adalah acara tahunan bagi saya sekeluarga. Kami pasti akan mengunjungi pesta tersebut paling kurang 2 kali setiap tahun ianya dianjurkan. Gila punya enjoy kalau dapat ke sana. 100000 kali enjoy dari ke Pesta Gempak Gegar.. ahahha tetiba...

Selepas novel sequel kedua diterbitkan pada April 2010, editor meletakkan November 2010 sebagai bulan terbitnya novel sequel saya yang ketiga.

Sebelum tibanya bulan November itu, ada dua lagi projek penulisan yang ayah cadangkan saya meneruskannya. Saya mulai selesa dengan siri Lego dan amat berharap ia akan dapat diteruskan mungkin untuk siri keempat atau kelima.

Projek Young Khalid dan Aishah dan Maria Qibtiah. Hmmm... tak sabar sungguh saya nak mengerjakan semua nya!!

Kalau ayah bergerak secara 'gerila' untuk setiap kerja penulisannya, saya lebih senang berdikit-dikit. Speed akan ditukar kepada kelajuan enjin turbo, jika perlu...

Semoga Allah memudahkan usaha saya .........

~Menulis bagi saya adalah satu kepuasan!


2 comments:

Zura said...

zura pun suke menulis jgak tp cm hangat2 tahi ayam je...hehehe

btw...ade award tuk ain terus ke link nie ya..
http://zura-merrygoround.blogspot.com/2010/01/award-untuk-kamu.html

~ain said...

zura.. tq for the award.. nnti ain pi kutip naa