Pembaca Blog Ini...

Friday, March 12, 2010

Jaga Exam & Dua Kali Sarapan

Saya jaga exam pagi tadi.

Bangun pagi-pagi..
Uiiii.. sejuk nya!!
Hujan lebat.
Kat luar macam malam lagi.
Padahal dah pukul 7 pagi.
Cik abang duk tidur lagi.


"Abang...."

"Hmmm.."
~bunyi sikit je..
badan tak bergerak pun.
mata dengan mulut pun tak buka.

"Abang tak nak sembahyang Subuh ke?
~eceh eceh..
mentang-mentang bendera merah...


"Hmm..."

"Abang...
abang bangun laaa..
boleh hantar owang..
Owang kan tak boleh drive kalau hujan..."

"Ok laaaa..."
~dia malas laaa tu nak layan
kalau saya merajuk
bila dia tak mau hantar saya...

Lepas tu, cik abang belikan
kuih dengan nasi dagang..
Makan dalam kereta..
Hahahah..
gigih makan dalam kereta.

Pukul 8.00 pagi dah terpacak kat bilik UPP.
Hahahha..
Apesal laaa si Ain ni gigih sangat kan?
Ini buat soal kegigihan ke apa..
Ini soal tanggungjawab.
Nak tak nak terpaksa juga....

Cari kertas soalan pulak tak jumpa.
Habis bilik kebal tu kena geledah dengan saya ..
Pegawai yang jaga UPP ni tak datang pula hari ni.
Jadi, dia suh saya ganti dia.
Yaaa!! Saya adalah pegawai UPP pagi tadi.
Pagi tadi je.. Esok lusa tak....

Dia pesan kertas soalan ada kat bilik kebal..
Nervous i...
Cari sana sini tak jumpa..

Lastly, saya masuk bilik pegawai tu.
Gamble je ni....
"Alamak aiiiiii... kunci pulak dah"
Call pak guard, suh buka bilik tu.
Ok...
Kertas soalan tu ada dalam bilik pegawai tu.

Mungkin pegawai tu panggil bilik dia tu sebagai bilik kebal kot?
Aduii....
Tak pe... hari ni sejuk..
Jadi, tak marah.
Hati pun cool je...

Jaga exam dua jam.
Tersengguk 6 kali.. HAHAHAHAHAH..
Maknanya, kalau dikira secara purata...
Sejam 3 kali sengguk..
Orang kata makan nasi dagang memang mengantuk.
Siap buat lompat bintang kat belakang,
sebab nak hilangkan mengantuk.
Hehehe....

Pukul 10.30.. Semua settle!
Alhamdulillah..
Cik abang jemput tepat pada masanya..

Lepas tu, dia cakap,
"Yang, jom sarapan roti tempayan kat
kedai Pak Abu"
(jiran sebelah rumah saya yang buka kedai sarapan)


Cik abang je makan, saya minum sahaja...
Itulah... cik abang je yang sarapan dua kali..


*gambar = pakcik google

2 comments:

zh-ena said...

roti tempayan tu mcm roti nan ker

~ain said...

ena.. roti tempayan tu sama je macam roti nan. bukan macam dah.. memang sama pun.. hehheh