Pembaca Blog Ini...

Thursday, April 29, 2010

Elyana ... Memori.... Teka- teki.....

 gambar = googled

Saya suka tengok Elyana ni berambut hitam.
Nampak lebih cantik dan natural kan?

Selalunya dia duk warna rambut sikit punya perang.
Macam tak sesuai....

Hmm.. teringat satu ketika, semasa lagu Elyana sedang berkumandang...

"Biar berdentum langit di telapak kakiku ini. Takkanku ubah pendirian. ........"
(tak ingat dah)

Saya baru turun bas UiTM, singgah di kedai makan Seksyen 6 Shah Alam.
Mau tapau lauk tengahari.
Saya jalan beriringan dengan kawan saya, Aisyah Muhamadon.

Aisyah tanya pada saya,
"Ain, apa maksud lagu dia tu ek?"

Saya jawab,
"Entahlah, Aisyah. 
Agaknya maksudnya biar apapun orang nak kata, dia tetap dia."

Aisyah pun membalas, 
"Ooooooh..."

Teringat lauk kat warung depan pasar Seksyen 6.
Dulu suka makan ikan keli masak merah + sayur lemak putih.
Rumah sewa saya dulu kat Flat sebelah Balai Polis Seksyen 6.

Hmm.. kat Balai Polis Seksyen 6 tu, ada encik polis
yang suka main teka-teki.
Ada satu masa, kami ke balai polis tu untuk cop pengesahan pegawai kerajaan.
Sementara tunggu pegawai nya duk suruh kami jawab teka teki.
Antara teka teki yang saya ingat:

"Kenapa orang Terengganu naik kereta Wira boleh muat 10 orang?"

haaaaaaaaaaaaaaaa??
Jawab..........
Jawab..........

(Rindu Aisyah)





4 comments:

Nurhayati said...

sebab ejaan terengganu tu ada 10 abjad. hihi betul ke.. ntahhapehape jawapan aku ni.

said...

elyana memang comey....

naik 10 orang?

camner tu? hehehhe

~ain said...

yati.. salah..salah.. heheh

~ain said...

yanie... haaaaaaa.... teka teki ni macam hampeh sikit.. nnti ain buat entri pasal jawapannya ek..