Pembaca Blog Ini...

Wednesday, April 28, 2010

Lulus kot! Misi LP Part 3 (last laaaa...)

Semalam bawa laksa ke rumah pak mertua a.k.a abah.

Haaaaaaa...
abah menambah-nambah makan.
Luluslah kot dengan piawai rasa dia....
(tapi, dia hangkut balang garam kat meja makan..
hahahah.. dia kata saya masak tawar.)


Abang ipar pun makan menambah.
Kesian.. Lama kot tak makan laksa yang dimasak di rumah.
'Masak' kat kedai lainlah kan?
Saya pun tak puas hati kalau makan laksa kat kedai.
Kekadang sedap, kengkadang tak.
Tapi, banyak kali kena yang tak sedaplah..

Abah kan suka bercerita.
Dia cakap dia malas nak buat laksa
sebab dia malas nak tumbuk ikan.
Saya pun jawab, "Kita tak tumbuh, abah! Kita blender je."
Dia tergelak-gelak.
Yelah.. tak kuasek nak menumbuk eh.
Zaman sudah moden, beb!

Kesian kat abah.

Cik abang kata, perjalanan hidup abah sekarang
serupa macam arwah to'ki (ayah kepada abah).

Isteri meninggal dunia awal.
Kena jaga anak-anak a.k.a single parent.
Lepas tu, setiap hari anak cucu duk hantar makanan kat dia.
Cik abang kata lagi,
bila tengok tupperware-tupperware tu semua,
teringat dia kat to'ki.

Kadang-kadang dengan pak pertua ni malas nak berkira sangat.
Sebab pak mertua kan macam ayah kita juga kan.
Kalau nak ikutkan,
ayah saya jenis cerewet dan suka membebel sikit.
Tahap piawaian ayah saya
sebenarnya lagi tinggi dari tahap piawaian abah.
Menakutkan tau!
Buat itu salah, ini salah.
Tapi, diam je laaa kan.
Biasalah.......
orang lebih tua dari kita ni lebih banyak makan garam.
(sampai sekarang saya duk terfikir,
apesal garam yang jadi perumpamaan)


Nasib baik diorang cerewet,
kalau tidak tak thrill laa hidup ni kan?

hahahaha

(tumpang lalu, ayah!)

10 comments:

honeylanz said...

betul.. jd x mencabar gitu ;)

CkDs AhRa said...

cerewet tu ada gak bagusnya..tapi stress skit lah..heheheh

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

hihihihihihi waaaa.. nie yg buat mimie makin nak merasa laksa ain nie.. bila nak ajak mie makan???? :D

Tihara said...

owh engat kan pe die la LP tu..rupanya Laksa Penang..sedap tuuu..

ps: ain, jum buat tag nak..kalud ah buat pn wat sekali lg..jum :)

~ain said...

has.. yelah.. orang yang lebih dewasa mmg amat berjasa dalam pembentukan sahsiah diri kita kan..

~ain said...

ckds.. stress mmg stress.. tapi kalau dah biasa tak stress pun.. telinga udah kebal gitu.. ahha

~ain said...

mimie.. mai laaa datang rumah kalau mimie dtg tganu pi bercuti ke apa ke kan.. nnti ain buat laksa special gituu..

~ain said...

kak tihara.. LP itu adalah Laksa Penang.. heheh

Nanti ain free, ain pi buat tag.. Yang senyum2 tu ke? heheh.. ke pi geledah gambar nak cari senyum paling menawan ni.. (ada ke tak? tak tahu laa)

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

betulll??? emmmmmm nanti mau g tganu mie roger2... hehehehehehehehehe

~ain said...

haaaaaa.. mie. janhan lupa tau!