Pembaca Blog Ini...

Saturday, April 17, 2010

O.U.R - L.U.N.C.H - T.O.D.A.Y

Semalam macam tak puas je makan ikan bakar.
Jadi, masa abang pi hantar nenek dia pergi kursus haji tadi,
dia beli ikan talapia.
Minggu lepas dan minggu sebelum minggu lepas
pun ada juga cari ikan talapia ni.
Sampai hampir kena saman dengan pak polisi.
Hehehe


Dua minggu berturut-turut pergi pasar
cari ikan talapia,
dua-dua minggu hampir kena saman
dengan pak polisi yang sama.
Badi ikan talapia ni.. hahahah


Inilah pak pembeli dan penyiang ikan
serta penghidup api.
juga ratu hatiku
Saya tak boleh aaaaa bau ikan ni
macam tak boleh blah sangat pula rasanya.

Nanti jadi macam ayam.
Bila saya siang ayam,
saya tak rasa nak makan ayam tu.

Terus macam fobia dengan ayam..
Mengada.. eh.. ini bukan mengada laaa..
Ini betul-betul..
Dah usaha dah makan, tapi tak boleh..

Haaa.. macam nak buat ikan salai.
Tapi, tak salai dah..
Hampir rentung dah haaa..
Nasib baik tinggikan sikit tungku tu.
Sebab api nya besar sangat.


Cicah dengan air asam... ops... sambal kicap je laa..
Yo yo oooo je call mak nak tanya pasal
macam mana nak buat air asam tu.
Tup tup buat sambal kicap jugak akhirnya.
Sebab? Asam jawa macam habis je.
[padahal malas...]


Kesimpulannya, selepas makan tengahari..
Kenyang...
Haa.. apa lagi kalau kenyang,
sila ucapkan alhamdulillah!


Duduk kejap, cik abang pi jemur baju.
Saya pi vakum
bilik tidur,
bilik baju,
bilik solat,
bilik pakai baju,
bilik iron baju,
bilik buku,
bilik toto,
bilik setor,
bilik peti ais.


Dan nak cuci
bilik air,
bilik termenung..
Hahahahahah banyaknya bilik di rumah ko, ain?


Tak aaa..
Sebenarnya, bilik ada lima je.
Sengaja nak bagi banyak nama untuk bilik2 itu semua!


Ok..


Nak pi buat minum petang jap!

1 comment:

zh-ena said...

sama la hari sabtu adalah hari untuk mengemas rumah