Pembaca Blog Ini...

Monday, May 24, 2010

Panas

Cuaca memang tidak menentu sekarang ni. Yang paling ketara, kepanasan yang melampau. (panas di akhirat tak yang kiralah kan. Yang itu, faham-faham sendiri lah).


Malam-malam kami suami isteri dah tidur gaya 'bebas' dah (ikut suka korang nak tafsirkan macamana). Cik abang tu pulak jenis kuat berpeluh. Tahap kecekapan sistem perpeluhan dia tu tah level berapa tah, saya pun tak tahu. Buat kerja sikit, peluh... Nak kata berat badan, tidaklah.. Sebab menurut beliau, memang masa kurus pun dia kuat berpeluh.


Kasihan juga melihat dia setiap malam. Jenis yang memang panas sokmo kan. Kalau cuaca panas ni lagi laaaaa kuat kilang peluh dia bekerja. Kejap-kejap tukar baju, tukar kain sebab rimas. Mandi tak usah kira laaaaa..

Kadang-kadang lepas mandi, dia pi solat Isyak ke apa kan. Eh. lepas tu berpeluh balik dah. Nasib baik jenis yang tak berbau. Kalau tidak, hadap je laaa kan.. hehehhe Suami suami.... Sangat kuat berpeluh. Rasa macam kena pasang econ ke apa ni ek?


4 comments:

Mama Hanim said...

btul tu ain cocer mmg panas pelik loni.. kt kedah ni sejak awal tahun ni lagi mmg panas membahang..

hri tu on air cond 2-3jam je bila tido, tp loni on smp pg.. panas sgt..

Zura said...

mmg pun...xleh nk ckp panas nye...xpe ain..tue latihan tue...hehehe

CkDs AhRa said...

pasang lah aircond...tapi skang serius mmg panas gila xpecilly weekends..

~ain said...

ye ye.. mmg bahangnya subhanallah.. ini baru panas dunia ni..