Pembaca Blog Ini...

Wednesday, June 2, 2010

Siapalah saya ini. Keazaman saya selalu ke laut!


Seperti kata Puan Ainon, di laman blog nya.. Bulan Jun dan ke atas pada setiap tahun adalah sangat dinantikan oleh penulis PTS. Kerana apa? Haaa... royalti laaa.. Royalti, beb! Royalti... Bangun.. bangun.. royalti laaaa.. Ahahahhaha (menulis malas, bila tang royalti rajin..)


Punya excited si Ain ni.. Gilaaaaa tak excited? Saya adalah penulis baru PTS. Kira macam raw lagi. Novel pun baru sebuah terkontang-kanting. Bulan depan baru masuk stor sebuah lagi. Tak macam orang lain, (ayah saya terutamanya). Karya dah bersusun dalam almari. Boleh buat perpustakaan dah. Ada yang dah jadi penulis sepenuh masa lagi kan. Apa lah sangat saya ni kalau nak dibandingkan dengan dorang. Royalti tahunan boleh buat beli kondo tengah bandar KL tu tau. Bayangkan, banyak tak banyak tu? Saya punya royalti ni, celah-celah gigi mereka je laaa.. Untuk saya yang baru bertatih ni, dapat seratus dua pun kira dah bersyukur gila. Dapat ribu-ribu lemon lagi laaa sedap kan? Royalti pertama dalam hidup, akan dikenang sampai bila-bila...


Apa-apa pun syukur kepada Allah atas rezeki yang sudi dikurniakan-Nya kepada saya. Pada keluarga kami khasnya. Terima kasih laaaa kat ayah sebab mengheret saya dan Hafizahtul Kak Imah ke arena penulisan ini. (Walaupun, macam paksa rela masa mula-mula dulu.. hahahhahah.. Alaaa, apa salahnya buat ayah bangga dengan kita kan?)


Hafizahtul Kak Imah (penulis bersama) yang dapat 20% macam-macam mahu dibeli. 20% tu kalau budak sekolah macam kira banyak lah kan. Takpe, imah.. Next project, (kena hantar manuskrip bulan 12)... Imah amiklah 50%. kita bagi dua laaa.. Kerja pun senang, tak yah pening2. Tak de hal laaa.. Bukan orang lain. Kalau orang lain, tak de maknanya nak kasi 50%.. hahahah (Gila punya tamak si Ain ni).


Saya tahu, setiap apa yang dilakukan kena ada azam. Orang putih kata determination. Semua.... Semua perkara dalam hidup kita kena ada azam. Makan kena ada azam nak habiskan semua makanan supaya tak membazir. (makan nak first) Tidur kena ada azam nak bangun pukul berapa. Nak kurus kena ada azam. Belajar kena ada azam nak grad on time. Menulis entri pun kena ada azam nak tulis sesuatu yang berkesan dan orang nak baca. Berhutang pun kena ada azam nak membayar. Ahhh.. semua kena ada azam.


Selain azam, kena ada usaha. Usaha beb... Usaha... (Kadang-kadang usaha saya ke laut gak, sama macam azam kengkadang dah sampai ke muara sungai dah. Dah macam nak jatuh kut air terjun tu.. hahahhahah).. Kerja keras kena ada. Dato' Siti Nurhaliza pun kata, masa dia mula2 jadi penyanyi dulu langsung tak ada cuti beb. Raya pun kena kerja. Sebab tu dia berjaya... Berjaya dalam perspektif dia laaa kan..


Adui.. panjang benar saya membebel ni. Melalut sampai ke Siti Nurhaliza pulak dah.. Sebenarnya nak cakap, bahagian pengurusan royalti PTS sudah email memberitahu saya tentang royalti Ikan Tawar untuk Lego. Itu sahaja. Yang bebelan atas tu semua penambah rasa je tu. Semangat! Semangat! Usaha.. Usaha... (tiba-tiba saja)


Ok.. Saya sangat berterima kasih kepada cik abang saya. Dia sangat menggalakkan saya melakukan apa saja yang saya minat dan suka.. Dia faham keadaan saya masa nak siapkan manuskrip. Dia rela hantar saya pi bengkel penulisan, pi pesta buku berkali-kali. hhahahhah. Memberi kata-kata semangat umpama pompom boy di sisi saya. Dia juga ada sumbang idea untuk sambung sikit-sikit ayat atau bab-bab yang saya macam dah blur. Maklumlah, penulis baru kan... Nanti owang belanja abang ye. (huuh.. Sedih la pulak.. Nasib baik saya ada suami yang macam ni. Kalau tidak, habis laaaa saya. Saya harap beliau bahagia hidup dengan saya sampai bila-bila)


Tak dilupakan kepada yang beli novel saya tu (ada ke?), terima kasih ye.. Kesudian korang amatlah saya hargai..


Tata..


Tidak lupa juga kepada Icah.. Imah dah masyuk sekarang. Silalaaaaa bodek.. Itupun kalau dia makan bodek laaa.. hahahah

6 comments:

CkDs AhRa said...

nak bodek imah gak lah...hahahha

ise said...

bak 10%

Zura Tahir said...

wooooooooow..

~ain said...

ck.. imah? imah? bodek? hahahhaha

~ain said...

abang.. ek eleh...

~ain said...

zura.. apa yang wow?