Pembaca Blog Ini...

Wednesday, July 14, 2010

Benchmark yang hebat!

Hari ini hari pertama kelas sem 1 2010/2011.


Oh...
Ini sem ke-5 saya menjadi
orang yang memberi syarahan di depan kelas.


Adakah anda rasa saya orang yang hebat?
Tentu tidak, bukan?
Sememangnya sangat ramai lagi orang yang lebih hebat.
Saya tidak hebat.
Saya hanyalah pembebel picisan yang
tidak seperti orang yang ada Dr. di hadapan nama mereka.
Saya mengaku saya tidak hebat.
Saya memang tidak hebat..
Profesor yang ada Dr. adalah benchmark yang terlalu hebat untuk saya.
Jauh sungguh lagi perjalanan ke arah itu.
Bukan sahaja jauh, malah masih kabur!




Tapi, sekurang-kurangnya saya yang hari ini adalah
manusia yang lebih hebat dari saya yang masih di bangku sekolah.
Saya lebih hebat dari saya yang masih di universiti yang
asyik dapat pointer yang tak mencapai 4.
Nak present di khalayak ramai kaki menggeletar.




Sekarang saya sudah tidak menggeletar kaki bila bercakap di khalayak ramai.
Saya sudah boleh cool, sambil melalut tah ke mana-mana,
lepas tu tiba-tiba boleh balik semula ke topik perbincangan dengan mudah sekali.
Tidak seperti zaman menuntut universiti dulu.
Segala isi penting dicatat dengan rapi.
Kalau ter lencong sikit, memang menggelabah gilaaa... Hahhahahaha.


Benchmark
yang tidak begitu hebat untuk saya
ialah saya sendiri pada zaman dahulu kala.



(Walaupun saya selalu kelu ketika itu, namun saya tetap rindu zaman di universiti)




Sekurang-kurangnya saya tidak pernah berkata,
"Dia hanya juruteknik di sebuah kilang.
Nanti saya malu berkawan dengan dia.

Kakak saya semua kahwin dengan orang hebat-hebat!" ....



Sumpah!
Saya tidak sedikit pun dipengaruhi sentimen cemburu
atau apa sekali pun.
Tapi, entah mengapa....
saya memang loya weiiii dengan statement di atas.


Mungkin kerana saya ini tidak ada kakak,
jadi tidak adalah kakak yang berkahwin dengan orang hebat... =D


Maaf....... ini blog saya. Saya berhak ke atasnya.
Dan jangan silap blog ye..
Blog saya tidak menjual cili di sini, jadi pulanglah..
Pergi beli cili di blog lain!


Sekian...
Assalamualaikum.
Ikhlas dari Dr. Noraini..
upsssss.... terberangan dan terperasan hebat pula!

3 comments:

Anonymous said...

alah..br nk beli cili dgn Dr. Noraini..nk wat sambal mkn bukak pose nnt..hehehehe

n.a.j said...

i like your blog...

Sidratul Muntaha said...

klu aku terjumpa itu betina yg ckp dia malu berkawan dgn si polan yg cume bekerja juruteknik kilang..
mintak itu betina cermin diri dan wajah dahulu sbelum bercakap.