Pembaca Blog Ini...

Thursday, July 22, 2010

Burger paling sedap di dunia yang fana ini.

Dalam hidup kita, mesti ada macam-macam perkara yang 'paling' pernah berlaku kan?



Ada 'paling' yang best.
Ada juga 'paling' yang tak berapa best.



Contoh;
Kenangan manis PALING tidak dapat dilupakan.
Aset PALING mahal yang pernah dibeli.
Hari PALING bahagia dalam hidup.
Bekas kekasih yang PALING hampeh yang pernah dikenali.
Berat badan korang yang PALING membanggakan.



Ahhhh.. macam-macam PALING laaa..
Hmmmmm...
Saya nak cerita pasal burger yang PALING sedap di dunia yang fana ini.


Burger Segamat!!!!

Gambar diambil dari blog student UiTM Segamat.



Student UiTM Segamat memang tahu laaaa burger ni.
Sedap ooooooo..
Sedap yang macam mana pun tak reti nak explain.
Siapa yang pernah rasa je yang
memahami kesedapannya yang tidak boleh diluah dengan kata-kata.
Macam berhantu pulak burger ni.



Tah apa dia bubuh dalam burger ni.
Gabungan mayonis, sos, rempah ratus, kicap... uiiiiiiiiii..
Memang tak boleh diluahkan rasanya.
Hanya lidah yang merasa akan
menghantar gelombang ke otak untuk meng interpretasi rasanya.
tah tah dia bubuh dadah



Dua tiga minggu lepas,
ex-coursemate saya pergi Segamat.
Beliau kata burger Segamat masih ada
dijual di tempat yang sama (depan Pasaraya Billion Segamat)
Masih dijual oleh pakcik yang sama
dengan rasa yang sama.



Cuma yang berbezanya,
pakcik tu dah tua.
Tak larat nak masak burger.
Ananya yang dulu kecik lagi dah belajar masak burger.
Beliau memantau je duduk atas kerusi.



Heheheh



Rindu burger Segamat!!



Sejak grad diploma awal 2000-an,
saya tak pernah lagi ke Segamat.

2 comments:

Tihara said...

mesti windu segamat kan..akak lak rindu sangat kat serdang...upm..Mardi..sangat rindu..

p/s burger tu mmg nampak best sgt..

~ain said...

a'ah.. rindu betul kat tmpat belajar dulu.. tp masa dulu tak sabar2 nak abis belajar.. heheh